Sebelum ni saya dah kongsi tentang diet harian yang baik untuk kesihatan jantung. Memang benar, apa yang kita makan menentukan siapa diri kita dan tahap kesihatan tubuh kita. Kerana itu juga lah, kita perlu menitik beratkan soal pemakanan harian kita tanpa mudah berkompromi. Bayangkan diri sendiri sepuluh atau dua puluh tahun lagi, adakah kita ingin kehidupan yang sihat, cergas dan ceria di samping keluarga atau inginkan kehidupan yang sia-sia di atas katil hospital?
Aktiviti Fizikal Untuk Kesihatan Jantung
Jika anda sudah berkahwin, pastikan anda selalu melakukan aktiviti fizikal bersama pasangan. Kajian menunjukkan lelaki dan perempuan yang menjalani kehidupan rumahtangga yang bahagia dan menggembirakan mampu mengurangkan risiko penyakit jantung. Bukan sahaja aktiviti seks yang sihat, tetapi juga aktiviti fizikal yang ringan dan bersahaja juga baik untuk kesihatan jantung secara keseluruhan.
Peluk Dan Cium Pasangan Anda
Oleh itu, peluk dan ciumlah pasangan anda setiap hari. Selain itu bergurau dan berbual tentang hal-hal yang ringan juga membantu meningkatkan kesihatan jantung. Banyakkan bergurau dan ketawa bersama pasangan anda.
![]() |
Peluk dan cium pasangan anda setiap hari |
Selain daripada aktiviti berpasangan, anda juga mesti memerhatikan hal-hal kecil di dalam aktiviti harian tetap dititik beratkan, sebagai contoh pastikan anda mencuci tangan dengan kerap dan lebih baik jika mencuci tangan dengan sabun khas. Memastikan diri sentiasa bersih dan segar (fresh) akan memberikan aura positif kepada jantung anda.
Berlari Baik Untuk Kesihatan Jantung
Ramai yang sudah tahu fakta ini, berlari dan berjalan pantas sangat baik untuk jantung tetapi ramai yang membuat pelbagai alasan untuk tidak berlari. Jika cuaca di luar tidak baik untuk anda, pastikan anda berlari secara indoor di dalam gymnasium..! Atau lebih mudah lagi rajinkan diri anda untuk menaiki tangga sama ada tangga di rumah mahupun di pejabat. Tiada alasan untuk tidak melakukan aktiviti fizikal..!
![]() |
berlari, berjalan dan menaiki tangga |
Beli Punching Bag
Jika anda merasakan diri sendiri adalah seorang yang pemarah dan cepat naik angin, cuba beli punching bag dan gantung di bilik sendiri. Menggunakan punching bag untuk menyalurkan rasa marah anda sangat baik untuk kesihatan dan menjadikan aktiviti anda lebih positif untuk jantung.
Menonton Filem Seram
Ramai yang mengambil ringan fakta ini, tetapi tahukah anda menonton filem seram yang sesuai dengan tahap umur anda sendiri sebenarnya baik untuk kesihatan. Sebarang sebab yang membolehkan jantung bergerak dengan pantas adalah baik untuk jantung yang sihat.
Berenang Dan Menyelam
Ada yang lebih gemar menyelam di dalam laut dalam seperti snorkeling dan scuba diving lebih daripada sekadar berenang secara santai. Sama ada berenang atau menyelam, kedua-duanya baik untuk kesihatan jantung. Curi masa hujung minggu anda untuk pergi berenang dan menyelam..!
Berkayak Dan Memancing
Jika anda tak pandai berenang atau terlalu takut untuk menyelam di laut dalam, apa kata cuba mendekatkan diri dengan aktiviti air seperti berkayak ataupun memancing. Pergerakkan tangan semasa berkayak dapat menguatkan otot jantung. Manakalan memancing dapat membantu jantung berehat dan bertenang.
![]() |
berkayak baik untuk otot jantung |
Meditasi Untuk Hilangkan Depresi
Mencari ketenangan diri dengan meditasi adalah baik untuk pesakit jantung. Begitu juga untuk mereka yang berisiko untuk menghidapi sakit jantung kerana meditasi dan bertenang selama sekurang-kurangnya 20 minit akan merehatkan otot serta saluran jantung anda. Latih diri untuk bernafas secara perlahan-lahan dan ini dapat membuka ruang pernafasan anda dengan lebih baik.
Jauhkah diri daripada perkara-perkara yang boleh menambah tekanan kepada diri anda. Jika kerja anda terlalu stress, pastikan anda susun jadual hujung minggu anda sebaiknya supaya anda dapat membuang semua stress sepanjang hari anda bekerja. Lakukan aktiviti fizikal yang baik untuk jantung anda mulai hari ini supaya anda boleh berterima kasih kepada diri sendiri selepas sepuluh ke dua puluh akan datang.
:)
Sumber : Majalah RAPI (Februari 2016)