Quantcast
Channel: DRAMATIC UNIQ
Viewing all articles
Browse latest Browse all 185

Rahsia Parineeti Chopra Dari Saiz 38 Ke Saiz 30

$
0
0
Sebenarnya saya bukanlah peminat Parineeti Chopra sebelum ni. Mungkin kerana saya terlalu memberi perhatian kepada filem-filem lakonan artis yang saya sukai iaitu Deepeeka Padukone, jadi saya hampir terlepas pandang pelakon wanita yang lain. Sehingga saya menonton Daawat-e-Ishq yang mana filem tersebut menggandingkan hero kesayangan saya Aditya Roy Kapur dengan Parineeti Chopra. Daripada itu saya mula memberikan perhatian kepada pelakon kecil molek ini.

Awal tahun yang lalu, saya sangat terkejut melihat penampilan beliau yang ternyata sudah banyak berubah deripada sebelumnya. Setahu saya dia memang agak gempal dan berisi terutama di bahagian peha dan lengan tangannya. Tapi kini, lihatlah sendiri penampilan terbaru Parineeti Chopra yang nyata nampak semakin cantik..!

Parineeti Chopra from size 38 to size 30 in 12 month

Mengapa Parineeti Chopra Nekad Ingin Kuruskan Badan

Saya pun tanpa berlegah terus mengorek rahsia mengapa tiba-tiba sahaja pelakon manis ni boleh nampak kurus dan ramping? Buat pembedahan buang lemak ke atau dia tiba-tiba dihidapi penyakit kronik ke? Maklumlah artis kan, sekejap gemuk sekejap kurus. Sekelip mata pun boleh. Banyak duit, buat apa sahaja pun mudah. 

Menurut laporan di laman web BollywoodShaadiss ni, rupanya Parineeti Chopra memulakan regim diet sihatnya sejak setahun lalu. Selepas 12 bulan berusaha menukar tabiat pemakanan dan gaya hidupnya, akhirnya Parineeti berjaya mencapai berat badan ideal yang diinginkan. Sebelum kita korek lebih banyak rahsia kurus beliau, mari tengok dulu Parineeti setahun yang lalu semasa saiz 38

Gempal juga kan..?
Bagi Parineeti Chopra, sejak masuk ke dalam industri perfileman ni beliau sering menghadapi masalah-masalah berikut, kerana itu akhirnya beliau nekad ingin menguruskan badan dan mendapatkan tubuh yang lebih langsing dan sihat.


   %  Susah nak dapatkan pakaian yang sesuai dengan bentuk tubuh
   %  Tak boleh pakai pakaian yang mendedahkan bahagian perut
   %  Pengkritik filem sering mengkritik penampilannya berbanding mutu lakonan beliau
   %  Kurang stamina dan cepat penat
   %  Sukar menari dengan cantik
   %  Diberi peranan yang sama setiap kali tawaran berlakon filem kerana bentuk tubuhnya

Maka, tanpa menunggu lebih lama Parineeti Chopra yang kini berusia 26 tahun memulakan langkah untuk menguruskan badan dan menutup mulut semua pengkritik yang sering mempersoalkan penampilannya. 

tampil lebih yakin

Kurus Dengan Latihan Seni Mempertahankan Diri Kalaripayattu

Untuk mencapai berat badan ideal yang diidamkan, beliau telah menukar regim senama hariannya secara drastik.

   @  Mulakan pagi beliau dengan jogging
   @  Meditasi
   @  Melakukan yoga selama satu jam
   @  Buat aktiviti yang disukai seperti berenang atau menunggang kuda
   @  Berlari di atas treadmill
   @  Melakukan tarian rancak dan laju yang boleh membakar extra calories
   @  Melakukan aktiviti kardio dan senama biasa

Pun begitu, Parineeti Chopra mengakui dia kurang berminat bersenam di dalam gymnasium kerana ia membosankan. Oleh itu, beliau telah berlatih sejenis seni mempertahankan diri yang popular di Karala yang dikenali sebagai Kalaripayattu.

Seni mempertahankan ini bukan sahaja dapat membakar banyak kalori tetapi juga dapat membentuk tubuh yang lebih langsing, lebih fleksibel, membina otot yang lebih pejal dan dapat menguatkan stamina. Beliau telah mengamalkan senaman ini secara disiplin sejak setahun lalu.

Kalaripayattu
Selain daripada kerja kerasa secara fizikal, Parineeti Chopra jug atelah menukar diet yang diamalkan sebelum ini kepada diet yang lebih sihat. Beliau telah menjalani satu sesi detox tubuh yang sangat efektif dan memberi kesan yang lebih sihat untuk tubuhnya. Beliau juga telah meninggalkan makanan kegemarannya iaitu pizza selama satu tahun.

Kini Parineeti Chopra tampil dengan lebih langsing dan fit. Beliau nampak segar dan jauh lebih muda daripada sebelumnya. Pengorbanan beliau selama satu tahun sudah menampakkan hasil dan memberikan kesan kepada perkembangan kariernya dengan lebih baik. Beliau akui kini hidupnya lebih gembira, kurang stress dan tawaran lakonan dan menjadi duta produk juga datang mencurah-curah.




Seperti ramai pelakon wanita yang lain di Bollywood, Parineeti Chopra juga menegaskan beliau bukan inginkan tubuh badan kurus kering seperti model, sebaliknya inginkan berat badan yang ideal dan masih mengekalkan bentuk (curve) pada tubuh yang menarik. Bagi seorang pelakon, bentuk badan adalah sangat penting. Kurus kering seperti papan lapis tidak sesuai untuk pelakon Bollywood.

:)

Semoga kita sama-sama mendapat inspirasi daripada kisah gadis ini.
Semua orang boleh kurus dengan usaha keras, positif dan tidak mudah putus asa.





Viewing all articles
Browse latest Browse all 185

Trending Articles


Girasoles para colorear


mayabang Quotes, Torpe Quotes, tanga Quotes


Tagalog Quotes About Crush – Tagalog Love Quotes


OFW quotes : Pinoy Tagalog Quotes


Long Distance Relationship Tagalog Love Quotes


Tagalog Quotes To Move on and More Love Love Love Quotes


5 Tagalog Relationship Rules


Best Crush Tagalog Quotes And Sayings 2017


Re:Mutton Pies (lleechef)


FORECLOSURE OF REAL ESTATE MORTGAGE


Sapos para colorear


tagalog love Quotes – Tiwala Quotes


Break up Quotes Tagalog Love Quote – Broken Hearted Quotes Tagalog


Patama Quotes : Tagalog Inspirational Quotes


Pamatay na Banat and Mga Patama Love Quotes


Tagalog Long Distance Relationship Love Quotes


BARKADA TAGALOG QUOTES


“BAHAY KUBO HUGOT”


Vimeo 10.7.0 by Vimeo.com, Inc.


Vimeo 10.7.1 by Vimeo.com, Inc.