Sejujurnya, sudah beberapa kali saya terfikir nak tutup blog ni. Terutama apabila sedang dihimpit kesibukan kerja dan urusan peribadi. Sedih sangat tengok blog terabai dan tidak ada entry baru sedangkan masih ada yang sudi singgah ke sini setiap hari. Pun begitu, setiap kali rasa nak tutup blog setiap kali itu juga la saya akan terfikir tentang 7 sebab utama ni. Mulalah hati berbelah bahagi. Nak tutup blog tapi rasa sayang.
Orang kata benci tapi rindu..! macam tu lah.. :)
![]() |
nak tutup blog ke tak..? nak tutup blog ke tak..? |
7 Sebab Kenapa Saya Tak Jadi Tutup Blog
Selain faktor sayang sebab dah lama buka blog dan dunia blog yang dah sebati dengan diri sendiri, jom tengok 7 sebab kenapa saya tak jadi nak tutup blog ni.
1. Sudah Lama Berblog
Saya sendiri mula berblog sejak 2007. Dah dekat nak 10 tahun kan. Mestilah dah rasa sebati sangat dengan jiwa ni. Fikiran ni asyik teringat nak update blog walaupun sibuk dengan urusan lain. Ada sahaja cerita nak share kat blog tapi tak sempat. Jadi kalau saya tutup blog, macam mana agaknya kehidupan saya...? owwhhhh... no..!!
2. Pengikut Dan Pembaca Setia
Bukan mudah nak kumpul follower yang sentiasa setia baca blog kita. Walaupun kadang-kadang kita rasa blog kita ni tak ada lah apa-apa yang special sangat pun. Tapi hari demi hari follower bertambah. Ya Allah, alhamdulillah sangat. Tak sampai hati nak hampakan follower kan?
3. Entry Dikongsi Oleh Stranger
Betul..! Ini lah yang paling mengharukan sekali bila entry kita di'like' dan di'share' oleh orang yang kita pun tak kenal siapa. Rasa penat lelah dan kesungguhan kita up entry tu berbaloi dan terbalas. Rasa dihargai sangat-sangat kan.. :)
4. Terima Komen-Komen Yang Membina
Ini satu lagi sebab yang selalu membakar semangat saya untuk terus berblog. Bila baca komen-komen yang membina macam ni rasa teruja nak update blog selalu. Ye lah kan, bila entry kita tu dapat membantu orang, memberi semangat kepada orang dan dapat memberi kesedaran kepada orang kan bagus tu. Memang itu lah tujuan kita buat blog kan? Untuk menyebarkan kebaikan. InsyaAllah.
![]() |
komen dari entry Resepi Rahsia Teh Tarik Sedap Untuk Memikat Suami |
![]() |
komen dari entry Berapa Kali Anda Selfie Dalam Sehari |
![]() |
komen dari entry Bermulanya Perjalanan Saya Bersama COSMODERM |
5. Susah Payah Tukar Template Blog Sendiri
Kalau dulu saya tak faham kepentingan responsive template untuk blog, tapi sekarang saya dah tahu. Jadi walaupun susah dan pening kepala nak tukar template sendiri ni, tapi saya rasa seronok sebab saya dapat belajar benda baru. Bila dah susah-payah tukar template ni, tak kan nak tutup blog kan? Sayangnyaaaaaaa....!
6. Dapat Job Dan Duit Poket Dengan Blog
Alhamdulillah, sejak setahun lebih buka blog Dramatic Uniq ni saya dah dapat beberapa job berbayar. Walaupun tidak lah lumayan sangat, tapi alhamdulillah saya terima sebagai rezeki. Dapat juga tambah duit poket.. hehehehehe. Kalau saya tutup blog ni, rugilah kan. Tak ada sumber pendapatan sampingan lagi.
7. Kawan-Kawan Baru dan Kelab Blogger
Ini perkara yang saya paling sayaaaaaaaaannngggg nak tinggalkan..!! Ya, kawan-kawan baru yang saya 'kenal' melalui blog ni. Semua baik-baik dan banyak ilmu baru saya dapat. Bukan ilmu pasal blog je tapi ilmu pasal kehidupan, agama malah resipi semua sekali.. hahahahaha. Walaupun kita cuma kenal secara maya, tapi rasa seronok dan bangga sangat dapat kenal you all semua, blogger-blogger hebat...!
Paling sayang sekali, kalau saya tutup blog ni bermakna saya terpaksa dengan berat hati meninggalkan EFG (Exchange Feed Group) sedangkan kawan-kawan di EFG tu saya anggap dah macam adik-beradik. Kami dah rapat sangat. Bergurau, usik-mengusik, berkongsi ilmu blogging, bercerita tentang pengalaman itu dan ini. Alahaiiiiii, sayangnya dengan EFG. Kalau boleh tak nak langsung tinggalkan EFG. Mesti rasa kosong je hidup kalau tak menyembang kat group whatsapp EFG yang havoc tu..!
![]() |
Follow la instagram EFG..!KLIK SINIand tekan follow ehh..! :) |
So, anda pula macam mana? Mesti ada alasan tersendiri kan kenapa nak tutup blog. Walaupun kadang-kala rasa tertekan dan penat jadi blogger ni tapi jauh dalam hati kita masih ada rasa sayang kannnn. Mungkin saya perlu fikirkan semula niat nak tutup blog ni. Atau biarkan masa menjawab segalanya... ewahh..!! :p
Kongsi la sikit apa pandangan anda.
Kenapa anda sayang blog anda dan kalau anda pernah terfikir nak tutup blog, apa agaknya alasan anda..?
p/s : apapun.. TERIMA KASIH sanyak atas sokongan dan kesetiaan anda terhadap blog ni. Hanya Allah yang tahu betapa saya sangat terharu dan menghargainya. Terima kasih sekali lagi.. :)