Quantcast
Channel: DRAMATIC UNIQ
Viewing all articles
Browse latest Browse all 185

Cafe Cerita Kambing Dengan Menu Kambing Bakar Special

$
0
0
Saya dan keluarga kalau bab kambing bakar ni memang jarang mengelak. Tambahan pula kalau sesekali makan kambing bakar ni, makin berselera jadinya. Kambing bakar kalau kena dengan sos lada hitam dan daging kambingnya pula lembut dan tidak berbau hamis, memang laku keras di mana-mana. Ratah kambing bakar begitu sahaja pun sedap walau tanpa nasi.

Soalnya mana nak dapatkan menu kambing bakar yang sedap dan special ni?
Jom kita ke Cafe Cerita Kambing di Anggerik Mall, Shah Alam

Terima kasih Cafe Cerita Kambing

Cafe Cerita Kambing, Anggerik Mall Shah Alam

Lokasi yang sangat strategi memudahkan penggemar menu kambing bakar untuk datang singgah dan menjamu selera. Orang Shah Alam memang tahu sangat Anggerik Mall ni kan, senang nak cari dan kawasan pakir pun mudah dan luas. Masuk sahaja ke dalam Anggerik Mall tu dan cari restaurant Cafe Cerita Kambing ni. Sangat popular di situ.

Selain daripada menu kambing bakar, Cafe Cerita Kambing ada menyediakan pelbagai lagi menu makanan berasaskan kambing seperti kari kambing dan sebagainya. 

Makan Tengahari 1stEFGathering Dengan Menu Kambing Bakar

Alhamdulillah, pertama kali saya dapat merasai keenakkan menu dari Cafe Cerita Kambing ni tentulah semasa 1stEFGathering tempoh hari. Menu makan tengahari kami ditaja sepenuhnya oleh beliau. Makin teruja dan gembira la ahli EFG semua sebab makan lauk kambing hari tu.

Antara menu yang dijamukan kepada kami adalah kambing bakar, kari kambing, ayam masak merah, acar timun, nasi beriani, air sirap sebagai minuman dan pengat pisang sebagai pencuci mulut. Sangat bertuah kan kami dapat menikmati jamuan tengahari yang sangat enak dan memenuhi selera.

kambing bakar
Memang sedap kambing bakar ni bila makan panas-panas. Daging kambing lembut dan tidak berbau hamis. Digandingkan pula dengan sos lada hitam yang pekat dan menggiurkan. Memang ini lah menu yang saya terkam dulu... hehehehee.. :)

acar timun
Acar timun ni pun sedap. Sedang elok je rasanya. Bila kita makan lemak-lemak macam kambing bakar dengan kari kambing tu, acar timun ni buat 'potong' rasa berlemak dan berminyak tu. Baru  la balance.. :)

kari kambing
Mula-mula saya pandang sebelah mata je kari kambing ni, maklum lah mata duk pandang kambing bakar dengan sos black paper tu je kan.. hehehehe. Tapi bila sekali rasa kari kambing ni terus jatuh hati. Lembut giler daging kambing dalam kari ni. Memang sedap meratah. Kalau buat minum petang cecah dengan roti pun sedap tau.. ehhh..! :p

ayam masak merah
Pokchik memang kegemaran sangat ayam masak merah. Memandangkan Pokchik tak makan lauk kambing, jadi ayam masak merah dari Cafe Cerita Kambing ni jadi penyelamat. Pokchik bagi thumbs up untuk ayam masak merah ni. Dia suka dan siap bertambah pula tu.

Tak ada dalam gambar adalah Nasi Beriani yang super lembut dan gebu. Memang sedap jadi peneman kambing bakar. Orang putih kata perfect...! :)

pengat pisang
Walaupun saya kurang gemar makan pengat, tapi melihatkan pisang yang cantik dengan warna kuning diraja tu, rasa melambai-lambai pula ke dalam hati. Menggoda betul. Tanpa berlengah saya cuba pengat pisang Cafe Cerita Kambing ni semangkuk. Sedap, manis dan pekat kuah santannya. Tak cukup semangkuk, tambah pula semangkuk lagi (anggap je saya makan kan bagi pihak Pokchik.. boleh gitu..?? hehehehehe..) 

Alhamdulillah memang berselera kami makan tengah hari tu. Sambil makan sambil berborak-borak dan gelak-gelak pula tu, tak sedar licin dan nasi di pinggan. Terima kasih sekali lagi Cafe Cerita Kambing, InsyaAllah ada rezeki boleh kami menjamu selera lagi.

Bagi anda yang sedang mencari-cari tempat untuk menjamu selera dengan menu kambing yang lazat dan harga berpatutan, sila la singgah ke Cafe Cerita Kambing. Pasti anda akan terpaut hati. Alamat mereka seperti berikut :

Cafe Cerita Kambing 
Level 1, Anggerik Mall, 
Seksyen 14, Shah Alam





Viewing all articles
Browse latest Browse all 185

Trending Articles


Girasoles para colorear


mayabang Quotes, Torpe Quotes, tanga Quotes


Tagalog Quotes About Crush – Tagalog Love Quotes


OFW quotes : Pinoy Tagalog Quotes


Long Distance Relationship Tagalog Love Quotes


Tagalog Quotes To Move on and More Love Love Love Quotes


5 Tagalog Relationship Rules


Best Crush Tagalog Quotes And Sayings 2017


Re:Mutton Pies (lleechef)


FORECLOSURE OF REAL ESTATE MORTGAGE


Sapos para colorear


tagalog love Quotes – Tiwala Quotes


Break up Quotes Tagalog Love Quote – Broken Hearted Quotes Tagalog


Patama Quotes : Tagalog Inspirational Quotes


Pamatay na Banat and Mga Patama Love Quotes


Tagalog Long Distance Relationship Love Quotes


BARKADA TAGALOG QUOTES


“BAHAY KUBO HUGOT”


Vimeo 10.7.0 by Vimeo.com, Inc.


Vimeo 10.7.1 by Vimeo.com, Inc.