Siapa yang kenal saya pasti mengetahui, saya memang peminat Shah Rukh Khan sejak dahulu lagi. Mula-mula kenal Shah Rukh Khan melalui filem box office beliau; Kuch Kuch Hota Hai. Sejak itu, saya terus menjadi peminat setia beliau. Sedar tak sedar, beliau kini sudah mencecah usia 50 tahun. Masih nampak muda dan kacak lagi.. ehemm..!! :p
Walaupun dah terlewat seminggu, tapi nak juga ucapkan HAPPY BIRTHDAY Datuk Shah Rukh Khan....!! I Love Youuuuu... ;)
Walaupun dah terlewat seminggu, tapi nak juga ucapkan HAPPY BIRTHDAY Datuk Shah Rukh Khan....!! I Love Youuuuu... ;)
![]() |
HAPPY BIRTHDAY KING KHAN |
50 Fakta Menarik Shah Rukh Khan
Kali ni, saya nak kongsikan 50 fakta menarik tentang Shah Rukh Khan yang mungkin bakal mengejutkan anda dan tidak disangka-sangka sebelum ini. Jom baca sama-sama sambil jamu mata tengok gambar-gambar beliau yang saya pilih khas untuk anda. Enjoy reading......!
1. Shah Rukh Khan dilahirkan pada 2 November 1765 di New Delhi, India. Beliau hanya dua beradik, kakak SRK yang tua 5 tahun daripada beliau bernama Shahnaz Lararukh. Kakaknya kini tinggal bersama SRK di Mumbai.
2. Bapa SRK meninggal pada 1981 akibat kanser dan ibunya meninggal pada 1991 disebabkan komplikasi diabeties.
3. Ramai tak tahu, SRK ni mempunyai darah keturunan India, Pakistan dan Afganistan. Nama SRK juga dikaitakn dengan beberapa tokoh politik India dan Pakistan, namun SRK tidak pernah bercakap secara langsung mengenainya.
4. SRK membesar di Rajendra Nagar berdekatan New Delhi dan bersekolah di St. Columba's School. Beliau sangat cemerlang dalam bidang sukan hoki dan bola sepak semasa di sekolah. Beliau juga pernah menerima anugerah Sword Of Honour.
5. Walaupun SRK ni Islam tapi dia berkahwin dengan isterinya; Gauri Chibber seorang Punjabi Hindu dan majlis perkahwinan mereka dibuat mengikut adat agama Hindu. Sampai hari ni, Gauri masih belum memeluk Islam.
6. SRK berkahwin pada 1991 dan kini dikurniakan tiga orang anak iaitu Aryan Khan (18 tahun), Suhana Khan (15 tahun) dan AbRam Khan (2 tahun). Mereka tinggal di kediaman rasmi SRK yang dikenali dengan nama Mannat, terletak di Mumbai, India.
7. Aryan dan Suhana kini sedang melanjutkan pengajian mereka di London manakala AbRam terus mendapat perhatian hangat peminat SRK di seluruh dunia, kerana dilaporkan SRK telah menggunakan khidmat ibu tumpang untuk mendapatkan AbRam.
8. SRK melanjutkan pengajian di Hansraj College (1985–88) dan memperolehi Ijazah dalam bidang Ekonomi. Namun, SRK juga banyak menghabiskan masa di Delhi's Theatre Action Group (TAG), untuk mendalami ilmu lakonan daripada seorang pengarah teater bernama Barry John. Kemudian SRK menyambung pengajian Sarjana di Jamia Millia Islamia dalam bidang Mass Communication. Beliau juga pernah menghadiri National School Of Drama di Delhi sebelum memasuki dunia lakonan.
9. Penampilan pertama SRK di kaca televisyen melalui siri tv Dil Dariya (1988) namun nama SRK langsung tidak menonjol. Beberapa peranan kecil telah diperlolehi namun nama SRK masih tenggelam malah lakonannya dikatakan telah meniru gaya lakonan seorang bintang popular pada masa itu iaitu Dilip Kumar.
10. Pada usia 26 tahun, akhirnya SRK mendapat tawaran berlakon filem yang pertama disamping Hema Malini. Filem tersebut bertajuk Dil Aashna Hai (1991)
11. Dunia Bollywood mula membuka mata terhadap bakat SRK selepas kemunculan beliau di dalam sebuah filem box office berjudul Deewana (1992). SRK telah menjadi hero kedua di samping watak utama digalas oleh Rishi Kapoor.
12. Pada awal kemuculan SRK dalam dunia lakonan, beliau banyak membawakan watak antogonis (watak jahat). Malah SRK pernah dicalonkan dalam kategori The Best Villain Award namun SRK tidak memenanginya.
13. Anugerah pertama yang dimenangi oleh SRK adalah melalui filem Baazigar terbitan syarikat Yash Raj Films iaitu anugerah di Filmfare Award for Best Actor pada tahun 1993
14. SRK juga pernah melakonkan babak 18SX melalui filem Maya Memsaab (1993) namun babak panas itu tidak diluluskan untuk tayangan. Mulai saat itu, SRK berjanji tidak akan melakonkan babak sebegitu lagi.
15. Kemuncak populariti SRK muncul selepas beliau membintangi filem Dilwale Dulhania Le Jayenge di samping actress Kajol pada tahun 1995. Ia merupakan filem paling berjaya dalam sejarah perfileman India di mana telah mengutip keuntungan sebanyak US$18 million melalui tayangan di seluruh dunia pada tahun tersebut.
16. Filem tersebut masih ditayangkan hingga hari ini di Maratha Mandir, Mumbai atas permintaan peminat. Kutipan filem tersebut terus berganda dan dianggap sebagai filem All Time Blockbuster.
17. SRK terus mencipta nama dengan membintangi beberapa lagi filem box office yang telah meletakkan nama beliau di mercu kejayaan termasuk filem Kuch Kuch Hota Hai, Yess Boss, Pardes, Dil To Pagal Hai dan banyak lagi.
18. SRK tidak lagi diberikan watak antoganis sehinggalah pada tahun 2006 melalui filem Don.
19. SRK telah memenangi 8 anugerah Best Actor sepanjang karier beliau, iaitu melalui filem Baazigar (1993), Dilwale Dulhania Le Jayenge (1995), Dil To Pagal Hai (1997), Kuch Kuch Hota Hai (1998), Devdas (2002), Swades (2004), Chak De! India (2007) dan My Name Is Khan (2010).
20. Walaupun SRK tidak pernah memenangi National Film Award, tetapi beliau telah menerima anugerah Padma Shari oleh kerajaan India pada tahun 2005. The Government of France pula telah menganugerahkan beliau The Ordre Des Arts Et Des Lettres pada tahun 2007 dan anugerah Légion D'honneur pada tahun 2014.
21. Rakyat Malaysia pula, tentu masih ingat pada tahun 2008 yang lalu, SRK telah menerima Darjah Mulia Seri Melaka (DMSM) daripada YM Ketua Menteri Melaka dan sekali gus memberikan gelaran Datuk kepada SRK
22. Anugerah terbaru yang telah diterima oleh SRK adalah pada tahun ini (2015) iaitu anugerah an honorary doctorate from The University of Edinburgh dan beliau merupakan tokoh kedua daripada India yang pernah menerima anugerah itu selepas mantan Presiden India sendiri; Dr. APJ Abdul Kalam.
23. Pada tahun 1999, SRK bersama actress Juhi Chawla yang juga merupakan sahabat baiknya telah menubuhkan syarikat produksi filem bersama yang diberi nama Dreamz Unlimited. Filem pertama terbitan syarikat tersebut adalah Phil Bi Dil Hai Hindustani (2000) namun filem tersebut di anggap gagal mencetuskan ledakan.
24. Selepas Dreamz Unlimited dibubarkan, SRK telah menubuhkan Red Chillies Entertainment bersama isteri beliau Gauri Khan pada tahun 2004. Filem pertama terbitan syarikat tersebut adalah filem arahan Farah Khan berjudul Main Hoon Na.

25. Walaupun SRK terkenal sebagai watak hero dalam filem-filem romantik, tapi percaya atau tidak SRK tidak pernah bercium mulut ke mulut dengan heroin yang berlakon bersamanya. Bagaimanapun, rekod itu telah dipecahkan melalui filem Jab Tak Hain Jaan (2012) :p
26. Sebagai rekod, SRK paling banyak berlakon di bawah pengarah Karan Johar, Yash Chopra dan Aditya Chopra. Manakala watak paling sinonim dengan SRK ialah Rahul dan Raj. Selain itu, SRK juga terkenal dengan "Shah Rukh Khan Signature Style" yang menjadi identiti beliau iaitu; gaya berdiri yang seolah-olah sedang bersandar sambil mendepangkan tangannya.
27. SRK pernah berlakon secara percuma tanpa sebarang bayaran di dalam sebuah filem Tamil berjudul Hey Ram (2000) semata-mata inginkan pengalaman berlakon bersama Kamal Hasan.
28. Pada tahun 2002, SRK berlakon di dalam filem Devdas di samping Aishwarya Rai dan Madhuri Dixit. Devdas merupakan pembikinan filem paling mahal pada waktu itu dan telah menelan belanja sebanyak US$7.5 million. Bagaimanapun filem Devdas ini berjaya mengutip keuntungan US$13 million melalui tayangan di seluruh dunia.
29. Manakala filem Kabhi Kushi Kabhi Gham dan Kal Ho Na Ho lakonan SRK pula dianggap filem tayangan luar India paling berjaya dan menguntungkan. Selain filem Veer Zaara yang telah mengutip US$14 million keuntungan dan merupakan filem paling menguntungkan pada tahun 2004
30. Dalam filem Swades pula, SRK berlakon sebagai petugas NASA dan ia merupakan filem India pertama yang pernah membuat pengambaran di dalam pejabat NASA Research Centre di Kennedy Space Center,Florida.
31. SRK telah dinamakan antara Top 80 Iconic Performances pada tahun 2012 di atas lakonan mantap beliau di dalam filem Swades tersebut.
32. Pada tahun 2008, SRK telah ditawarkan watak di dalam filem Slumdog Millionaires namun beliau menolak tawaran tersebut seterusnya watak tersebut telah diberikan kepada Anil Kapoor.
33. Pada tahun 2011, sekali lagi SRK terlibat di dalam pembikinan filem paling mahal di India pada waktu itu iaitu filem fiksyen Ra One. Filem ini telah menelan belanja sebanyak US$19 million dan telah mengutip keuntungan US$36 million.
34. Pada zaman kemuncak karier SRK, beliau bekerja terlalu kuat hingga tidak memberikan rehat yang secukupnya kepada diri sendiri. Bermula 2001, SRK mulai mengalami kecederaan demi kecederaan yang akhirnya telah memaksa SRK berehat daripada lakonan untuk satu tempoh tertentu dan beliau telah mendapatkan rawatan di Wellington Hospital, London.
35. SRK juga merupakan pemilik bersama sebuah pasukan kriket dalam Indian Premier League yang digelar Kolkata Knight Riders (KKR). Pada tahun 2009, KKR dilabel sebagai pasukan kriket paling kaya di India dengan jumlah pendapatan hampir US$42.1 million. Pasukan KKR menjurai liga pada tahun 2012 dan 2014.
36. Bagaimanapun, pada 2012 Mumbai Cricket Association telah melarang SRK memasuki Wankhede Stadium selama 5 tahun kerana tindakan SRK yang mempersoalkan keputusan pengadil pertandingan di samping mempertikaikan tahap keselamatan pada masa itu.
37. SRK juga pernah menunjukkan bakat nyanyiannya dan telah menyumbangkan suara untuk lagu di dalam 3 buah filem lakonan beliau iaitu filem Josh (2000), Don (2006) dan Jab Tak Hai Jaan (2012)
38. Bagaimanapun, penampilan beliau di dalam rancangan televisyen nampaknya kurang berjaya. SRK pernah menggantikan Amithab Bachan sebagai pengara rancangan Who Wants To Be A Millionaires versi India, dan rancangan Wipeout versi India. Kedua-dua rancangan tersebut di anggap gagal di bawah pengacaraan SRK.
39. Shah Rukh Khan pernah datang ke Malaysia untuk mengadakan siri jelajah konsert beliau bersama artis-artis Bollywood lain di Malaysia pada tahun 1997 dan 1998. Manakala konsert beliau di Jakarta telah diadakan pada 2012.
40. Shah Rukh Khan juga dikenali dengan gelaran "King Khan", "The Baadshah of Bollywood" dan "The King of Bollywood". Bilangan peminat beliau di seluruh dunia dianggarkan melebihi one billion.
41. According to a popularity survey, 3.2 billion people around the world know Shah Rukh Khan, followed by Tom Cruise with 2.7 billion
42. Shah Rukh Khan is one of the wealthiest and most powerful celebrities in India, topping the Forbes India's "Celebrity 100 list" for 2012 and 2013. He was named by Newsweek as one of their fifty most powerful people globally in 2008.
43. His wealth has been estimated at US$400–600 million. Khan owns several properties in India and abroad, including a£20 million apartment in London, and a villa on the Palm Jumeirah in Dubai.
44. Majalah The Times of India telah meletakkan SRK di dalam senarai The 50 Most Desirable Men In India, manakala pada tahun 2007 undian pembaca majalah Eastern Eye telah menamakan SRK sebagai Lelaki Paling Seksi di Asia.
45. Sepanjang karier SRK, beliau juga telah di lantik menjadi duta produk-produk syarikat gergasi yang popular seperti Pepsi, Nokia dan TAG Heuer. Malah SRK telah beberapa kali menjadi selebriti paling mahal dibayar sebagai duta produk.
46. Beberapa siri dokumentari telah dibuat mengenai kisah kehidupan dan kejayaan SRK sepanjang karier beliau berada di puncak. Sehingga kini, permintaan untuk merakam kisah hidup beliau masih bertali arus.
47. Shah Rukh Khan juga dikenali sebagai Family Man, Royal Friend dan beliau juga sangat rapat dengan peminat-peminat. Buktinya, beliau sentiasa aktif di Twitter dan Facebook bagi mengemaskini apa sahaja berkaitan dirinya untuk pengetahuan peminat beliau di seluruh dunia.
48. Patung lilin SRK telah dibuat pada 2007 dan diletakkan di Muzium Madame Tussauds di samping patung lilin Amitabh Bachan dan Aishwarya Rai.
49. Seperti kebanyakkan artis popular yang lain, Shah Rukh Khan juga terlibat di dalam beberapa program kebajikan dan amal di seluruh dunia termasuk UNESCO, Make A Wish Foundations, India dan National AIDS Control Organisations.
50. He is one of the richest actors in the world, with an estimated net worth of US$400–600 million, and his work in Bollywood has earned him numerous accolades, including 14 Filmfare Awards and in 2008 Newsweek named him one of their fifty most powerful people in the world
![]() |
always be my first love... :) |
Sumber : Wikipedia Shah Rukh Khan