Kalau kita singgah di mana-mana RnR di seluruh negara ni, pasti kita akan terlihat banner atau iklan tergantung yang memaparkan tentang jumlah kalori makanan dan minuman yang biasa ambil. Berapa ramai di antara kita yang mengambil perhatian serius terhadap iklan tersebut?
Bagi saya, iklan tersebut sangat informatif dan berguna kepada pengguna dan pembeli. Terutama jika anda serius ingin mengamalkan gaya pemakanan yang sihat untuk tubuh. Ataupun anda mempunyai penyakit seperti kencing manis, anda WAJIB mengambil kira jumlah kalori makanan yang anda ambil setiap hari.
Kempen Kawal Kalori Cegah Obesiti Oleh Kementerian Kesihatan Malaysia
Ini adalah inisiatif yang sangat baik daripada Kementerian Kesihatan Malaysia untuk memberi kesedaran kepada masyarakat tentang pentingnya mengira jumlah kalori dalam makanan dan minuman yang diambil. Walaupun kita masih sihat, tak bererti kita boleh ambil mudah sahaja tentang jumlah kalori.
Jom kita tengok poster kempen kawal kalori cegah obesiti ni...
Diet Kira Kalori
Bagi anda yang nak kuruskan badan, boleh juga cuba amalkan Diet Kalori yang mana anda perlu mengira jumlah kalori makanan dan minuman anda setiap hari. Daripada celik mata sampai pejam mata (tidur) anda perlu buat kira-kira dan pastikan anda tidak mengambil jumlah kalori yang berlebihan daripada keperluan tubuh anda.
Memang nampak leceh dan rumit tapi dengan adanya poster jumlah kalori seperti yang disediakan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia ni, pasti lebih memudahkan anda.
Jadi bila singgah di RnR tu jangan lupa intai-intai poster Kempen Kawal Kalori Cegah Obesiti ini ya.. :)
p/s : ini sebahagian sahaja poster yang ada. sebenarnya banyak lagi poster sebegini telah dipamerkan untuk kempen ini. kalori minuman pun ada tau...! terima kasih KKM.. :)