Sudah menjadi trending sekarang di setiap majlis mesti ada photo booth. Kalau dulu saya rasa agak janggal dan kekok melihat mereka bergambar secara bersahaja di depan kotak kamera itu, tapi kini tidak lagi. Mungkin kerana sudah kerap kali melihatnya dan beberapa kali mencubanya juga. Memang seronok kalau ada geng yang sporting dan sekepala, macam-macam aksi dan gaya akan muncul secara spontan.
Tapi agaknya apa yang terlintas di dalam fikiran anda setiap kali orang sebut pasal photo booth ni..? Tentu anda akan terfikir "Mesti mahal ni...." betul tak? Haaa.. meh saya kongsikan dengan anda di mana nak dapatkan pakej photo booth yang BAGUS tapi HARGA BERPATUTAN...! :)
![]() |
KOTAK LENSA | Instant Photo Booth |
Tempah Photo Booth Pilihan Yang Tepat
Zaman sekarang ni kalau nak bergambar sudah tidak susah lagi, sebab masing-masing dah ada smartphone yang canggih-canggih. Jadi tentu sekali camera smartphone pun hebat-hebat belaka. Kalau setakat nak selfie, guna smartphone pun boleh. Tapi masalahnya snap gambar je rajin, nak pergi print gambar-gambar tu malas. Betul tak?
Jadi gunalah perkhidmatan photo booth ni. Snap gambar banyak-banyak lepas tu boleh terus print gambar-gambar tu. Tak adalah gambar-gambar tu jadi bahan pra-sejarah dalam hard disk smartphone kita berkurun lamanya.. hehehehehee..
![]() |
lepas bergambar terus boleh bawa balik buat kenangan |
Kelebihan Photo Booth Kotak Lensa
Perkara pertama yang perlu dititik beratkan bila nak tempah photo booth tentulah KUALITI GAMBAR dan service yang ditawarkan. Kalau ambil photo booth yang murah pun tapi gambar blur dan tak berkualiti, rugi juga. Maklumlah gambar-gambar ni kita nak buat kenangan, kalau mudah rosak tak dapat la kita nak simpan lama bertahun-tahun.
Dengan Kotak Lensa, anda tak perlu risau sebab mereka menggunakan premium high-resolution dye-sublimation printer yang menghasilkan gambar bermutu tinggi. Tambahan lagi, lapisan photo strips tu akan di laminate kan untuk menghalang daripada pudar, cap jari dan air.
![]() |
photo strips yang berkualiti hanya dengan Kotak Lensa |
Selain daripada itu, ada beberapa ciri lain yang membuatkan photo booth daripada Kotak Lensa ni pilihan terbaik untuk anda, antaranya :
1. photo strips boleh customize dengan design, logo, tagline, hashtag anda sendiri.
2. gambar yang telah di snap akan diproses dengan sangat pantas, 7 saat je gambar siap print..!
3. guna teknologi kamera DSLR sebab tu gambar kualiti HD. so, memang cantik dan sharp.
4. unlimited print. maka, boleh snap berapa banyak gambar nak dalam tempoh yang mengikut pakej yang anda pilih.
5. kalau ambil pakej Standard atau Premium anda akan diberi soft copy di simpan dalam USB flash drive jadi anda boleh print ulang-kali ikut suka hati.
6. siap dengan backdrop dan props untuk anda pilih dan bergaya dengannya. Semua best dan menarik sesuai dengan majlis yang anda raikan la.
7. crew Kotak Lensa sangaaaaattt sporting and cool..!! best kerja dengan mereka.
8. photobooth ni senang nak di pasang dan tak perlukan ruang yang luas.
![]() |
photo booth yang comel tapi comel-comel pun berteknologi tinggi..!! :) |
![]() |
antara props yang disediakan |
Kotak Lensa Tawarkan Harga Berpatutan
Anda boleh memilih pakej perkhidmatan yang telah disediakan oleh Kotak Lensa melalui laman web rasmi mereka. Pilih sahaja pakej yang bersesuaian dengan majlis dan bajet anda. Yang pasti kualiti perkhidmatan mereka tip-top..!!
Tawaran pakej dengan HARGA DISKAUN RM200 untuk anda jika menggunakan kod ini. Boleh rujuk gambar di bawah untuk mendapatkan harga lebih murah. Jangan lepaskan peluang keemasan ini kerana tawaran hanya dibuka hingga Disember 2016.
Cepat tempah tarikh anda...!
#1stEFGathering Lebih Meriah Dengan Kotak Lensa
Saya yang tak gemar bergambar ni pun jadi tertarik nak bergambar di photo booth Kotak Lensa ni tau sebab tengok adik-adik EFG tu bukan main meriah dan seronok lagi bergambar ramai-ramai di depan photobooth tu. Sungguh bersahaja sahaja mereka possing siap dengan props segala.. hehehehehe. Memang lucu dan menghiburkan gaya mereka. Itulah antara kenangan termanis sepanjang #1stEFGathering kami.
Photo strips yang siap dicetak tu akan diberi 3 salinan. Satu keping akan diabadikan di dalam buku tetamu (guest book) EFG manakala 2 keping lagi di simpan oleh tuan punya gambar. Saya cuma ada satu keping photo strips, nampak sangat tak pandai bergambar.. hehehehee.. :)
Tapi cukuplah sebagai kenang-kenangan saya yang terindah..!
![]() |
antara kenangan yang berjaya dirakam |
Jangan tak tahu ya, artis dan selebriti pun pernah menggunakan perkhidmatan Kotak Lensa ni tau. Jadi memang terbukti Kotak Lensa pilihan yang terbaik dan boleh dipercayai. Ramai yang telah menggunakan perkhidmatan mereka ni dan sangat berpuas hati.
Anda boleh baca banyaaaaaaaakk lagi review mengenai Kotak Lensa ni di page Facebook mereka. Rata-rata mereka telah memberikan markah penuh (5 Bintang) tau. Anda bila lagi nak tempah photo booth dengan Kotak Lensa..??!! Cepat laaaa..!!
![]() |
antara review daripada pelanggan yang berpuas hati |
Hubungi KOTAK LENSA hari ini dan booking tarikh anda..!!
Website :