Quantcast
Channel: DRAMATIC UNIQ
Viewing all articles
Browse latest Browse all 185

Kelantan Tours | Menginap Di Ridel Hotel Kota Bharu

$
0
0
Alhamdulillah semasa #1stEFGathering yang berlangsung pada 19 Mac 2016 yang lepas, saya antara yang terpilih memenangi hadiah cabutan bertuah pakej percutian ke Kelantan. Syukur sangat sebab terpilih walaupun langsung tak sangka. Terkejut sangat sebenarnya sebab saya jarang-jarang nak bertuah dalam cabutan bertuah.. hehehehee.. Mungkin sudah rezeki, pasti ada hikmah yang Allah nak tunjuk.

Maka, pada 10 April yang lalu saya dan suami pun berlepas ke Kelantan untuk percutian 3 hari 2 malam yang sungguh mengujakan ni. Tambahan pula sudah satu tahun saya tak ke Kelantan. Rasa rindu sangat. 

muka teruja dapat percutian yang ditaja

Percutian 3H2M Tajaan Xcell Travel & Tours

Pakej percutian yang saya menangi tu dinamakan 3D2N Kota Bharu City Tour - Historical City Tour untuk dua orang meliputi pakej lawatan dan penginapan. Hadiah istimewa ni ditaja oleh Xcell Travell & Tour yang mana sangat mahir dengan selok-belok dan tempat-tempat percutian menarik di seluruh Kelantan dan Terengganu. Ada pelbagai lagi pilihan pakej yang di tawarkan oleh syarikat Xcell Travel & Tours ni antaranya Islamic City Tour, Kota Bharu City Of Culture & Heritage, Pakej Candat Sotong dan banyak lagi. 

Facebook Xcell Travel & Tours 

Harga pakej ni termasuk penginapan hotel 2 @ 3 bintang , pengangkutan ambil dan hantar ke airport, pengangkutan jalan-jalan, sarapan pagi, dinner dan tiket masuk ke tempat-tempat yang dilawati. Murah sahaja tau harga pakej-pakej yang ditawarkan, semuanya bermula dari harga RM299 (seorang). Dah la tu, anda boleh request mana-mana lokasi tambahan kalau anda mahu. Cuma kena bagitahu awal-awal, mereka boleh arrange kan untuk anda. 

Paling best sekali, pakej percutian yang ditawarkan oleh Xcell Travel & Tours ni juga akan bawa anda pergi ke tempat membeli belah paling popular di Kelantan iaitu Rantau Panjang, Pengkalan Kubor, Wakaf Che Yeh dan Pasar Siti Khadijah. So sila peruntukkan masa dan bajet yang sesuai untuk shopping...!! hehehehehe... :)

Okey stop dulu cerita pasal pakej, nanti saya sambung lagi. 

Radio Televisyen Malaysia Kelantan (RTM Kelantan)

Hari Pertama Di Kota Bharu, Kelantan

Perjalanan kami bermula dengan penerbangan bersama Air Asia. Kira-kira jam 8:50 pagi kami dah selamat tiba di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Kota Bharu. Penerbangan cuma ambil masa 45 minit, tak sempat nak lelapkan mata pun tiba-tiba dah sampai.. ewaahh..!! Destinasi pertama kami terus ke Kelantan FM sebab suami saya ada kerja sedikit di sana. 

Tengah hari barulah kami check in di Hotel Ridel yang terletak di tepi sungai Kelantan. Hotel Ridel ni lokasi memang strategi sebab dekat sangat dengan pusat bandar dan bersebelahan je dengan Dataran Tambatan Di Raja Kota Bharu yang mana di dataran tu tiap-tiap malam meriah dengan pengunjung yang melakukan pelbagai aktiviti santai.

Hotel Ridel Kota Bharu, Kelantan

Jom kita jenguk bilik penginapan kami untuk 3 hari 2 malam ni. Kami dapat Deluxe Room (1 queen bed) dan paling istimewa sebab bilik kami menghadap sungai Kelantan. Wahhhh....! teruja sangat. Bangun pagi je mula-mula sekali dapat tengok pemandangan indah sungai Kelantan yang mendamaikan.



Macam biasa, bilik kami dilengkapi tv, aircond, peti ais mini, pemanas air siap coffee dan teh, manakala bilik air juga bersih dan selesa. Saya kalau check in hotel mula-mula sekali akan check katil, kedua check bilik air. Kalau tak puas hati dengan tahap kebersihan dan sebagainya saya akan minta tukar bilik lain... hehehehe.. dah biasa macam tu.. :)


Warung Dim Sum Haji Loh Di Kota Bharu

Malamnya selepas selesai solat Isyak berjemaah di masjid kami turun untuk makan malam di Warung Dim Sum Haji Loh yang terletak di sebelah Hotel Ridel ni. Ohh.. satu lagi saya lupa nak bagitahu, salah satu kelebihan menginap di Hotel Ridel adalah lokasi hotel ni sangat dekat dengan masjid negeri iaitu Masjid Muhammadi, Kota Bharu. Jalan kaki sahaja dari hotel.


Sebenarnya selain dim sum ada juga menu lain yang ditawarkan. Tapi saya memilih untuk merasa keenakkan dim sum Haji Loh yang popular ni. Suami saya pilih chicken chop dan hot white coffee. Saya sendiri memesan 3 jenis dim sum iaitu Chicken Siew Mai, Prawn Dumpling dan Chicken Button Mushroom Siew Mai bersama milo ais. Setiap set mengandungi 3 biji dim sum. Nampak macam simple kan, tapi cukup mengenyangkan. Alhamdulillah.



Suasana dalam warung Haji Loh ni pun sangat selesa untuk seisi keluarga. Mungkin masa kami datang ni bukan cuti sekolah jadi restaurant ni tak penuh. Kalau anda datang masa cuti sekolah, sila buat tempahan dulu ye. Takut nanti penuh pula, anda yang gigit jari.. :p

Selesai menikmati makan malam, kami jalan-jalan di Dataran Tambatan Di Raja yang bersebelahan dengan hotel. Seperti yang dijangka, meriah dengan ramai orang yang bersantai sambil berhibur. Ada macam-macam yang dijual juga tau. Kalau pandai tawar menawar dapatlah anda beli dengan harga lebih murah daripada biasa.


Saya juga tak lepaskan peluang merasai Aiskrim Pulut yang sangat popular di situ. Kalau anda ke Kota Bharu pun anda mesti cuba asikrim ni tau. Malam pertama saya beli yang bekas kecil, harganya RM3 sahaja. Aiskrim Pulut ni mengandungi aiskrim buatan sendiri perisa vanila, pulut, kacang, jelly, jagung dan sos coklat. 

Oleh kerana tak puas, malam kedua saya beli lagi. Kali ni beli yang bekas besar berharga RM5 dan isi dalamnya sama cuma ada tambahan roti kering dan kuantitinya lebih banyak. Baru lah puas makan.. :)

KB Buskers (gambar dari google image)
Sambil makan asikrim kami duduk menikmati hiburan santai oleh KB Buskers ni. Boleh tahan lagu-lagu yang mereka sampaikan, semua lagu yang popular dan terkini tapi ada juga diselitkan lagu-lagu rock kapak yang menggamit memori. Memang layaaaaannnnn....!

Kalau anda follow akaun Instagram saya, ada saya selitkan rakaman persembahan KB Buskers ni. Keletah monyet-monyet yang cute tapi garang pun ada. Jangan lupa eh follow my IG...!! gituueeww... :p


Malam kedua, ada persembahan dikir barat dan penonton yang datang lebih ramai dari malam sebelumnya. Asyik betul mereka menikmati persembahan dikir barat tu sampai tak berganjak dari tempat duduk sampai persembahan selesai. Betul lah dikir barat ni memang tak boleh dipisahkan daripada jiwa rakyat Kelantan.

Saya dan suami pun turut serta menonton persembahan dikir barat yang menghiburkan dan penuh diselitkan nasihat dan kata-kata semangat. Sambil saya makan Aiskrim Pulut... hehehehehe. Detik kenangan yang sangat manis dan tak akan saya lupakan.. :)


Hari Kedua Di Kota Bharu

Oleh kerana pakej penginapan kami bersekali dengan sarapan pagi untuk dua orang, jadi dua hari di sana kami cuma breakfast di hotel. Menu sarapan pagi di Hotel Ridel juga menarik dan dihidangkan secara buffet. Hari pertama kami dihidangkan dengan nasi goreng, rendang ayam, kue tiow goreng, sosej daging, sos kacang panggang, bubur nasi, buah-buahan, roti bakar dan 2 jenis minuman panas, 2 jenis minuman sejuk. Hari kedua tak ada nasi goreng tapi ada nasi kuning/kunyit (tak ingat pula nama)


Selesai sarapan pagi, kami memulakan 'pengembaraan' menjelajah bandar Historical Kota Bharu tapi yang lucunya pengembaraan kami dimulakan dengan pergi tempat shopping dulu... hahahahaa...!! Kalau perempuan tu, perempuan lah juga kan. Tak boleh duduk diam selagi tak pergi shopping. Memang tak lengkap percutian ni kalau tak shopping kan...!

Jadi, untuk nak puaskan hati saya, semua kena mengalah. Bawa saya shopping dulu dan hal-hal lain sila tunggu.. kehh kehh kehhhh....!

sambung lagi nanti.. :)




Viewing all articles
Browse latest Browse all 185

Trending Articles


Girasoles para colorear


Pokemon para colorear


Gwapo Quotes : Babaero Quotes


Love Quotes Tagalog


Two timer Sad tagalog Love quotes


Inggit Quotes and Kabit Quotes – Tagalog Patama Quotes


5 Uri ng Pambobola


Best Love Life Quotes Collection


Vimeo 10.7.0 by Vimeo.com, Inc.


Vimeo 10.7.1 by Vimeo.com, Inc.


RE: Mutton Pies (frankie241)


Sapos para colorear


tagalog love Quotes – Tiwala Quotes


Long Distance Relationship Tagalog Love Quotes


Ligaw Quotes – Courting Quotes – Sweet Tagalog Quotes


INUMAN QUOTES


Hugot Lines 2020 Patama : ML Edition


Re:Mutton Pies (lleechef)


EASY COME, EASY GO


FORECLOSURE OF REAL ESTATE MORTGAGE