Quantcast
Channel: DRAMATIC UNIQ
Viewing all articles
Browse latest Browse all 185

Kelantan Tours | Syurga Beli Belah

$
0
0
Hari kedua baru dapat jalan-jalan dan betul-betul jadi pelancong...! hehehehe.. Destinasi pertama kami pada hari kedua adalah Pengkalan Kubor. Salah satu syurga membeli-belah paling popular di Kelantan ni. Kalau datang Kelantan dan tak singgah di Pengkalan Kubor rasa tak lengkap lawatan tu.

Walaupun saya pernah belajar di Kota Bharu satu masa dulu tapi hanya sekali dua saya pernah ke Pengkalan Kubor, itu pun dulu tak cantik macam sekarang. Teruja sangat nak tengok Pengkalan Kubor yang berwajah baru.

van besar tapi kami berdua je.. hehehehe.. Pemandu pelancong kami namanya En. Shamsul. Baik dan peramah, panjang kami berbual tentang tragedi banjir besar di Kelantan tahun lepas

Pengkalan Kubor Destinasi Membel-Belah Popular

Saya dan suami di bawa ke Pengkalan Kubor menaiki van penumpang yang 12 seater tu.. hehehehe. Rasa bertuah dan teruja. Anda kalau nak bercuti-cuti ke Kelantan ni ambil la pakej percutian dengan Xcell Travel & Tours ni, dijamin puas hati. Mereka sediakan layanan macam VIP. Tak kira anda datang sekeluarga ke berdua ke mereka akan sediakan kenderaan paling selesa untuk anda ke mana-mana.

Berbalik kepada perjalanan ke Pengkalan Kubor tadi, kami gerak selepas selesai sarapan pagi kan jadi macam awal lagi. Perjalanan pun dalam 20 ke 30 minit sahaja. Sepanjang perjalanan kami menikmati pemandangan perkampungan yang menarik. Tak lupa juga banyak kelihatan kuil-kuil Budha dengan patung-patung yang besar macam gergasi tu. 


Sampai je di Pengkalan Kubor suasana masih lengang tak ramai orang lagi. Kedai-kedai pun macam baru buka je, masih nak susun-susun barang.. hehehehe. Benda pertama yang saya cari tentulah MESIN ATM...!! hahahahaha. Jangan risau, di Pengkalan Kubor ada ATM BSN jadi boleh 'cucuk' duit dulu siap-siap ye.. :)


Deretan periuk Correll dan bekas makanan yang ekslusif tu seperti menggamit dan melambai-lambai kepada saya. Kalau ikut hati nak juga 'sambar' satu dua set sebab mata dah rambang memilih. Tapi memandangkan kami datang dan balik ke Kuala Lumpur nanti menaiki kapal terbang, terpaksa la saya simpankan dulu niat nak beli pinggan mangkuk atau periuk-periuk kaca ni.


Mengintai Tebing Tak Bai Dari Jeti Pengkalan Kubor

Salah satu pengalaman yang mengujakan dengan lawatan saya ke Kelantan kali ni ialah dapat melihat sendiri tebing Tak Bai, Thailand dari jeti Pengkalan Kubor. Seronok juga memerhatikan aktiviti yang bertali arus antara dua buah negara ni. Feri kenderaan yang mengangkut segala macam jenis kenderaan daripada motorsikal ke lori barang serta segala jenis barang dagangan. Feri ni sentiasa penuh tau..! 


Di sini kita akan dapat melihat hubungan Malaysia-Thailand yang harmoni. Feri Malaysia dan Thailand saling berselisih mengambil dan menghantar penumpang. Tak ada masalah pun. Kagum pula saya tengok mereka bekerja bersama dan rata-ratanya menggunakan bahasa Malaysia dengan loghat kelate.. hehehehe.. Dah macam satu negara pula kan.. :)


Selepas menghabiskan beberapa ratus RM untuk shopping satu jam setengah di Pengkalan Kubor ni, kami bertolak balik ke Kota Bharu. Dalam perjalanan kami singgah di Pantai Sri Tujuh tapi disebabkan cuaca sangat panas dan sekitar pantai lenggang sahaja, kami singgah sekejap sahaja lah selepas tu terus balik ke hotel.  

Pesta Wau Antarangsa 2016 Di Pantai Sri Tujuh Kelantan

Jika anda bercuti ke Kelantan hujung bulan depan, jangan lepaskan peluang singgah ke Pesta Wau Antarabangsa 2016 yang popular di Pantai Sri Tujuh. Acara ni hanya berlangsung pada 30 Mei 2016 dan acara gilang-gemilang ni hanya diadakan sekali dalam setahun. Untuk maklumat lanjut KLIK SINI

Wakaf Che Yeh (gambar dari google image)

Night Market Wakaf Che Yeh

Siapa kata di Kota Bharu ni tak ada aktiviti menarik di waktu malam. Jangan tak tahu ye, di Kota Bharu ni kalau sebelah malam aktiviti wajib adalah shopping ke pasar malam Wakaf Che Yeh yang mana ia merupakan pasar malam paling havoc dan meriah di Kota Bharu.

Macam ala down town tu lah, macam-macam jenis jualan ada di sini. Paling banyak yang ditawarkan adalah pakaian la. Daripada baju kaftan, t-shirt, seluar sampai ke kasut roller blade.. semua ada di jual..!! Murah-murah pula tu daripada harga pasaran. Kena pandai-pandai tawar-menawar ye.. :)


Satu jam lebih juga kami menghabiskan masa di Wakaf Che Yeh ni walaupun tak banyak yang saya shopping sebab memikirkan susah nak bawa balik naik flight nanti. Jamu mata sahaja lah, sambil-sambil tengok gelagat penjual dan pembeli yang meriah di sini. Kat tengah-tengah pasar malam tu kan ada satu gerai jual pelbagai jenis gadjet tau. Jual handphone gred AAA pun style lelong-lelong je. Ralit saya tengok mereka berjual beli.

Anda kena pergi ke sana dan lihat sendiri suasana meriah tu. Mesti ternganga mulut...!!hehehehee..

Kota Bharu Syurga Beli-Belah

Selain daripada Pengkalan Kubor dan Wakaf Che Yeh, Kota Bharu juga terkenal sebagai pusat beli-belah kerana terkenal dengan Rantau Panjang, Pasar Siti Khadijah dan Bazar Buloh Kubu. Jika anda bercuti ke Kelantan, WAJIB pergi kelima-lima tempat ni atau salah satu daripadanya okey...!


Ada orang yang tanya mana lagi best, shopping di Pengkalan Kubor atau di Rantau Panjang? Selalunya saya akan jawab dua-dua tempat pun best. Kalau anda jenis yang suka tempat shopping yang tak terlalu sibuk dan padat, saya cadangkan anda ke Pengkalan Kubor sahaja.

Tapi kalau anda tidak kisah untuk bersesak-sesak sedikit, boleh lah ke Rantau Panjang. Di sana ada lebih banyak pilihan dan kepelbagaian barang-barang. Dari segi harga sebenarnya sama sahaja. Yang penting anda mesti pandai membuat pilihan dan pandai tawar-menawar.

Bazar Buluh Kubu (gambar dari google image)

Lokasi tempat shopping ni juga tak sama ye. Jangan ingat tempat ni dekat-dekat pula. Pengkalan Kubor terletak di Tumpat, Rantau Panjang di Pasir Mas, Wakaf Che Yeh berdekatan dengan Kota Bharu (10-15 minit dari Kota Bharu dengan menaiki kenderaan) manakala Pasar Siti Khadijah dan Bazar Buloh Kubu terletak betul-betul di pusat bandar Kota Bharu.

Jika anda kali pertama sampai ke Kota Bhari, sila dapatkan peta negeri Kelantan dahulu jadi anda boleh merancang perjalanan anda dengan lebih baik.. :)

Rantau Panjang (gambar dari google image)

Dari segi barang-barang yang dijual walaupun nampak lebih kurang sama sahaja, tapi sebenarnya kalau anda dah biasa berkunjung ke tempat-tempat shopping ni anda boleh bezakan sedikit kelebihan antara kelima-lima tempat ini.

Kalau anda nak beli set periuk, bekas makanan tahan panas, bekas minum kedap sejuk, cadar dan barang-barang dari Thailand saya cadangkan anda ke Rantau Panjang atau Pengkalan Kubor. Kalau anda nak beli pakaian, kain batik sutera, kaftan dan mainan kanak-kanak anda pergi Wakaf Che Yeh pun okey banyak pilihan. Tapi kalau anda nak beli barang makanan ringan, buah-buahan dan kuih-muih tradisional Kelantan anda boleh cari di Pasar Siti Khadijah.

Andai kata anda membuat lawatan pendek ke Kelantan dan tak punya banyak masa untuk pergi shopping ke Rantau Panjang atau Pengkalan Kubor, anda masih boleh dapatkan barang-barang yang sama di Wakaf Che Yeh, Pasar Siti Khadijah dan Bazar Buluh. Jadi jangan risau.

Kalau nak lagi senang, ambil hotel yang berdekatan dengan pusat bandar supaya mudah anda nak bergerak, misalnya Hotel Ridel ni lokasinya sangat strategik (KLIK SINI). Kalau anda memang target nak shopping di Wakaf Che Yeh sahaja, Hotel Ridel pun ada cawangan di sana. 

Tapi apa-apapun terpulang kepada citarasan dan pilihan anda. 

 gambar masjid beijing dari : muhammadismailibrahim.wordpress.com

Kunjungan saya ke Kelantan kali ni tak berkesempatan pergi ke dua tempat yang biasanya saya wajib singgah iaitu ke Masjid Beijing dan Kampung Pulau Melaka (tempat tinggal Allahyarham Tuan Guru Nik Aziz). Kalau drive kereta sendiri ke Kelantan, memang saya akan pergi juga dua tempat ni walaupun jauh dari hotel sebab dua tempat ni sangat-sangat istimewa di hati saya selain Politeknik Kota Bharu di Kok Lanas

Pun begitu terubat juga rasa hati ni kerana berkesempatan masuk ke Muzium Islam di Kota Bharu dan melihat pameran Tuan Guru Nik Aziz di dalamnya. Itu nanti saya kongsikan dalam entry akan datang ye.. :)

bersambung..




Viewing all articles
Browse latest Browse all 185

Trending Articles


Vimeo 10.7.1 by Vimeo.com, Inc.


Pokemon para colorear


Sapos para colorear


tagalog love Quotes – Tiwala Quotes


Two timer Sad tagalog Love quotes


EASY COME, EASY GO


5 Tagalog Relationship Rules


5 Uri ng Pambobola


Best Love Life Quotes Collection


Vimeo 10.7.0 by Vimeo.com, Inc.


FORECLOSURE OF REAL ESTATE MORTGAGE


Girasoles para colorear


Gwapo Quotes : Babaero Quotes


Long Distance Relationship Tagalog Love Quotes


Ligaw Quotes – Courting Quotes – Sweet Tagalog Quotes


Tagalog Quotes about Love


INUMAN QUOTES


Hugot Lines 2020 Patama : ML Edition


Re:Mutton Pies (lleechef)


Inggit Quotes and Kabit Quotes – Tagalog Patama Quotes