Quantcast
Channel: DRAMATIC UNIQ
Viewing all articles
Browse latest Browse all 185

Azam Tahun Baru 1437H

$
0
0
Sebenarnya dah lama saya pasang hajat nak berhijrah daripada satu tabiat ni. Walaupun saya menyukainya dan bahagia dengan tabiat ni, tapi saya sedar ia bukanlah tabiat yang baik untuk saya lagi. Seiring dengan usia dan tanggungjawab yang semakin bertambah, memang sesuai sangatlah kalau saya berhijrah dengan meninggalkan tabiat yang satu ni.

The Me I Want To Be


Berhijrah Ke Arah Lebih Baik

Mana ada orang nak berhijrah kepada keburukan, betul tak? Mesti semua nak jadi lebih baik, lebih baik dan lebih baik lagi di masa hadapan. Bagi seorang muslimah, impian nak jadi solehah itu sangat-sangatlah besar dan abadi di dalam hati. Kalau boleh nak masuk syurga dari mana-mana pintu yang di sukai (harap faham maksud saya)

Berhijrah Dengan Ikhlas Vs Dengan Paksaan

Saya adalah manusia yang tak suka dipaksa-paksa. Orang kata, saya ni keras hati. Lagi orang paksa, lagi saya tak nak buat. Lagi orang marah, saya akan jadi lagi keras dan tak akan mengalah. Walaupun saya tahu orang paksa saya tu untuk kebaikan, tapi saya memang dari azali jenis TAK BOLEH orang paksa-paksa. Saya tak suka...!

Pun begitu, ada sesetengah perkara tu kita memang kena paksa diri kita ubah. Kalau tak paksa, alamatnya sampai bila-bila pun tak berubah. Betul tak? Jadi walau sekeras manapun hati tu, kena juga paksa diri buat, buat dan terus buat. Kerana dengan terpaksa itu lama-lama akan datang terbiasa dan seterusnya akan jadi amalan. Tak perlu nak paksa-paksa lagi, terus buat.. :)

Tinggalkan Perkara Yang Lagha

Azam tahun baru saya kali ni adalah nak tinggalkan perkara-perkara yang lagha (perkara yang tak berfaedah dan membuang masa). Apa perkara lagha yang saya suka sangat buat tu? Haaaaaa... ni lah dia, perkara yang dari celik mata sampai nak pejam mata balik (tidur) yang SAYA MESTI buat setiap hari...........

Main games...!! ;p

Jadual hidup saya bakal berubah mulai hari ini. No more games....!! 

Siapa tak kenal dengan games yang popular macam Candy Crush tu kan? Memang tak sempoi lah siapa yang tak pernah main Candy Crush ni. Saya bukan setakat peminat CC malah dah sampai tahap berhantu main CC ni. Satu hari tak tengok gula warna-warni ni memang hidup saya celaru jadinya..!! Saya main CC baru sampai level 875 tau, berhempas-pulas nak sampai level tu.

Siang malam, pagi petang saya menghadap Candy Crush tanpa rasa jemu. Lepas tu main pula games lain macam Farm Heroes Saga, Garden Mania 2 dan Cookie Mania sampai naik hang handphone dibuatnya. Saya paling pantang handphone saya habis battery sebab nanti tak boleh nak main games. Handphone saya memang tak boleh orang lain usik sebab saya takut dia usik games-games saya kat dalam tu.

Siapa yang gila main games kat handphone macam saya ni, mesti faham apa yang saya maksudkan... hehehehe.. Nasib baik saya tak terjebak dengan games yang baru tu..!! arrggghhh.. sikit lagi nak terjebak. Nasib baik berjaya tepis... :p

Kenapa Saya Nak Berhijrah ?

Maka, sempena 1 Muharram 1437H hari ini, saya nak tinggalkan tabiat suka main games ni. Kenapa? Sebab tabiat main games ni sudah tak mampu saya kawal ke arah positif lagi malah tabiat ni telah menyeret saya ke lembah negatif yang sangat menyedihkan saya dan orang sekeliling saya terutama Pokchik. 

Bayangkan kalau dah asyik menghadap games tu, saya tak ada masa untuk orang lain atau buat benda lain. Semua kerja tertangguh, masa tidur saya terganggu, sanggup solat hujung waktu sebab nak main games dulu. Ohh..!! sadisnya hidup saya jadi hamba kepada games yang tak mendatangkan faedah apa-apa tu.

Kalau main games boleh dapat pahala, boleh dapat duit 2.6 billion, boleh dapat travel pergi luar negara.. tak apa lah juga kan..!! Ini tak, lagi buang masa saya sahaja malah boleh menyebabkan saya menanggung dosa pula tu.

*tarik nafas dalam-dalam*

Hari ini, akhirnya saya dah uninstall semua games di handphone saya...!
Bye Bye Candy Crush...!! Bye Bye semua games.. ;)

Welcome to new me...!

Masa saya adalah untuk diri saya dan orang-orang yang saya sayangi. Saya tak ingin berkompromi lagi. Kita hanya diberikan satu hayat dalam kehidupan ini. Manfaatkan sepenuhnya untuk mencari redha Allah dan menjadi manusia yang berjasa kepada kehidupan yang lain. 

Ayuh berhijrah....!
Tinggalkan semua yang negatif itu, sama-sama kita berubah kepada yang lebih positif dan lebih baik. InsyaAllah ada sesuatu yang lebih manis dan indah sedang menunggu kita di hujung sana.

Selamat tahun baru.. Selamat berubah... :)






Viewing all articles
Browse latest Browse all 185

Trending Articles


EASY COME, EASY GO


UPDATE SC IDOL: TWO BECOME ONE


Pokemon para colorear


Sapos para colorear


Smile Quotes


Patama lines and Tagalog Quotes Pinoy Sayings


Tropa Quotes


“Mali man na ikaw ay ibigin ko, akoy iibig padin sayo”


RE: Mutton Pies (frankie241)


Vimeo 10.7.0 by Vimeo.com, Inc.


FORECLOSURE OF REAL ESTATE MORTGAGE


HOY PANGIT, MAGBAYAD KA!


Girasoles para colorear


tagalog love Quotes – Tiwala Quotes


The business quotes | Inspirational and Motivational Quotes for you


Long Distance Relationship Tagalog Love Quotes


5 Tagalog Relationship Rules


Re:Mutton Pies (lleechef)


Ka longiing longsem kaba skhem bad kaba khlain ka pynlong kein ia ka...


Vimeo 10.7.1 by Vimeo.com, Inc.