Bagi yang pertama kali dengar perkataan TRX ni mesti teringat dinasour kan? Hehehehehe.. saya pun sama, mula-mula bila coach sebut perkataan tu terus terbayangkan T-rex yang ganas tu. Adakah exercise bersama TRX ini seganas T-rex? Oh my...
![]() |
TRX |
Apa Itu TRX ?
Bagi yang selalu pergi gym mungkin pernah nampak tali TRX ni berjuntaian di bumbung gym kan. Tapi mungkin kalian tak tahu apakah kegunaan tali TRX ini dan bagaimana nak dapatkan senaman berdaya tinggi hanya dengan menggunakan tali-tali ni sahaja kan?
Jom baca sikit apa itu TRX Exercise...
TRX can help you kickstart your metabolism and build that much-sought-after
lean muscle needed for your body to become the most efficient tool it can be.
You’ll find your endurance increasing, your bulk decreasing, and your flexibility
reaching its peak. It really is the perfect “pick me up,” since that is quite literally
what you’ll be doing. Plus, who doesn’t want to be aligned?
TRX can actually help improve posture by toning both sides of the body equally,
requiring the less dominant muscles to match the more dominant ones
during a broad variety of total-body exercises. TRX provides real functional fitness,
strengthening the muscles of the spinal cord and upping your stability
to make you far less prone to injury.
Pertama Kali Mencuba TRX
Dua minggu lepas JK1M Musim 5 Team Sepang telah berpeluang buat pertama kali mencuba senaman TRX ni dalam sesi gymnasium kami di Dream Fitness, Bandar Baru Nilai (klik link untuk maklumat lanjut dan lokasi). Mula-mula tu memang sangat mendebarkan sebab trainer kami Abang Sado Badan Ketul-Ketul. Garang dan sangat komited.
![]() |
Satu sesi untuk 10 orang sahaja |
![]() |
Kami sedang di "seksa" habis-habisan |
![]() |
"azab" saya dah selesai, team kedua pula ambil bahagian.. rasakan..!! hahahahaa.. :p |
Nampak macam senang ya tuan-tuan dan puan-puan, tapi cuba lah sekali. 10 minit sahaja cukuplah membuatkan anda bakal mengalirkan airmata darah...!!hahahahaha.. :p
Memang intense exercise dengan TRX ni, tambah pula ini pengalaman kali pertama kami. Sakit-sakit tangan dan peha dibuatnya. Saya sendiri memang banyak give-up dan tak mampu nak buat beberapa gerakan. Tak mampu nak "angkat badan sendiri".
TRX Routine For Beginner
Kalau ikutkan, ada banyak siri senaman bersama TRX ni tapi untuk peserta pertama kali seperti kami, coach bagi yang basic sahaja dulu. Latihan kami cuma 45 minit (campur rehat beberapa minit) dan hanya 6 gerakan asas sahaja yang diajar daripada berpuluh-puluh gerakan TRX yang ada.
Antara gerakan asas senaman TRX ini ialah, Sling Push Up, Bicep Curl, Back Row, Squat with TRX, Lunge with TRX dan TRX Chest Press
![]() |
Image from Google |
![]() |
Image from Google |
Walaupun rasa nak patah riuk tangan dan peha, tapi saya akui senaman TRX ini sangat menyeronokkan. Bayangkan baru 10 minit melakukan senaman TRX ini kita dah bermandi peluh dan tercungap-cungap walaupun kita cuma bersenam setempat sahaja. Rasa macam baru lepas jogging pusing satu stadium.. :)
![]() |
Image from Google |
Bagi yang berminat nak mencuba senaman TRX ini, boleh lah berkunjung ke gymnasium berdekatan anda yang memiliki kemudahan TRX ini. Tapi perlu diingat ya, senama TRX ni kena belajar dengan coach/trainer. Jangan pandai-pandai buat sendiri, boleh terseliuh tau...!!
Kalau nak beli sendiri tali TRX ni, harganya mencecah RM500++ tapi kita kena belajar dengan trainner dulu cara nak guna dan nak pasang. Pastikan pemasangan betul-betul kukuh kalau tak, anda boleh jatuh dan tercedera. Jadi baiklah, pergi ke gym sahaja. Di sana kemudahan lengkap dan keselamatan diutamakan.. :)
![]() |
muka lepas kena dera...!! hahahahaa... :) |
Kalau diberi peluang, saya memang nak cuba lagi senaman TRX ni. Seronok dan sangat membantu untuk membakar kalori seterusnya menguruskan badan. Cuma lepas ni perlu lebih bersedia mental dan fizikal..! Trainer garang tapi sebenarnya baik hati, dia cuma nak tolong. Nak kurus perlukan pengorbanan kannnn...!! hahahahahaa... :p
Apapun, banyak yang saya belajar dalam sesi gymnasium kami selain belajar guna alat-alat di dalam gymnasium tu sendiri. Kalau sebelum ni takut-takut nak masuk gym sebab tak tahu nak guna alat macam mana, tak tahu nak guna alat yang mana, InsyaAllah lepas ni tak takut lagi.
Anda yang belum pernah cuba ke gymnasium untuk bersenam, sila la cuba. Seronok tau..!!
Musim jerebu macam ni, nak bersenam di luar takut terdedah pada udara tak sihat kan? Jadi, jom la ramai-ramai pergi gym boleh bersenam dan bakar kalori sepuas-puasnya.. :)
Terima kasih trainer Saiful (Abang Sado Badan Ketul-Ketul)
dan terima kasih Dream Fitness yang awesome..!!
Malam esok (Jumaat) kami ada sesi Zumba Bangra Masala pula.
So excited...!! first time nak cuba Bangra Masala.. ohh yeaaahhh.... :)