Memang banyak produk pelembap wajah yang berada di pasaran, tetapi yang manakah yang paling sesuai dengan keperluan kulit wajah kita? Berapa ramai antara kita yang masih tidak menemui produk pelembap wajah yang bersesuaian dan berapa ramai pula antara kita yang terus-menerus menggunakan pelembap wajah yang salah ?
Saya pun sama seperti kebanyakkan orang, tak suka nak pakai pelembap. Sebab utama kenapa tak suka pakai pelembap ialah kesan lepas pakai pelembap tu, muka akan jadi melekit. Lepas pakai pelembap, pakai je bedak compact atau foundation, muka jadi bercapuk dan "tebal" semacam je, nampak macam tepung gomak...!! :(
![]() |
Mula-mula benci, tapi kini sayaaaaannnggg....!! :) |
Kepentingan Memakai Krim Pelembap Wajah
Tahu tak kenapa kita mesti pakai pelembap wajah? Suka ke tak suka ke, tetap kena pakai juga pelembap tu sebab ia adalah basic step dalam siri penjagaan kulit wajah yang baik dan sihat. Mula-mula cuci muka dengan pencuci muka yang sesuai, kemudian guna penyegar (tonner) pula untuk menutup pori-pori muka dan akhir sekali MESTI guna pelembap muka untuk memberi pelindungan kepada kulit muka kita.
Perlindungan dari apa ya ?
Perlindungan daripada udara yang kotor dan bakteria-bakteria yang terkandung di dalam udara yang tercemar. Walaupun kita duduk dalam rumah je, tetap kena pakai pelembap juga ya. Tambahan pula untuk kulit berjerawat macam saya, memang lah WAJIB pakai pelembap ni untuk perlindungan extra pada kulit muka.
COSMODERM Tea Tree Oil Moisturizer With Vitamin E
Sejak beberapa bulan saya menggunakan rangkaian produk Cosmoderm ni, saya mula rasakan pelembap wajah bukan lagi musuh utama saya. Krim pelembap Cosmoderm ni sangat ringan dan kurang melekit. Jangan la sapu tebal-tebal, memang la melekit dan rasa kulit "tebal". Cuma oleskan sedikit sahaja dan ratakan ke seluruh muka. Selapis nipis sahaja sudah cukup.
Pelembap wajah dari Cosmoderm ni bukan sahaja bertindak untuk melindungi tau, malah juga untuk merawat kulit wajah berjerawat macam saya ni. Sebab produk ni ada Tea Tree Oil yang terkenal sebagai bahan rawatan utama untuk mengatasi jerawat. Saya suka bau pelembap Cosmoderm ni, tak bau ubat sangat. Bau tea tree je.. :)
![]() |
teman setia ku setiap hari siang dan malam |
Alhamdulillah, masalah jerawat saya semakin pulih dan menampakkan kesan yang baik.
Bagi yang masih tercari-cari produk sesuai untuk mengatasi masalah jerawat anda, jom ikut saya sama-sama kita cuba keberkesanan produk Cosmoderm ni. Tapi mesti guna rangkaian produk tau, jangan guna pencuci muka sahaja. Macam mana nak nampak kesan yang baik..!
Paling best, produk Cosmoderm ni buatan Malaysia dan dijamin HALAL.
Bukan senang nak cari produk yang bagus tapi halal, betul tak? Hanya dengan Cosmoderm, kita tak perlu nak ragu-ragu lagi. Yang penting kita beri peluang kepada kulit kita sendiri untuk mencuba produk yang bagus dan bersesuaian. Tak cuba, tak tahu..... ;)