Peluang Baik Datang Sekali Sahaja
Sedar atau tidak, sepanjang hidup kita ni ada berapa banyak peluang yang telah kita lepaskan. Peluang yang baik dan sangat berharga. Mungkin saat kita membuat keputusan tu, kita tak sedar pun ia adalah sesuatu yang berharga kan? Hinggalah saat kita telah melepasinya baru lah kita sedar.
Masa tak boleh diundur kembali, apa yang sudah lepas itu biarkan berlalu. Hidup diteruskan dan terus berharap mungkin peluang-peluang baik yang lain sedang menunggu kita di hadapan sana.
Menghargai Setiap Peluang
Jadi macam mana kita nak tahu peluang yang datang tu adalah peluang yang baik ataupun tidak? Susahkan? Kalau kita minta pendapat orang lain, pasti sahaja pendapat yang mereka berikan berbeza-beza. Akhirnya terpulang kepada kita semula nak buat pilihan yang mana.
Berapa ramai orang-orang hebat di dunia ni yang telah membuat PILIHAN YANG SALAH dalam hidupnya dan kemudian berakhir dengan kehancuran dan kematian. Ramai kan? Kasihan kepada mereka kerana mereka bukan tidak bijak, bukan tidak berduit, bukan kurang kasih sayang dan sebagainya. Mereka cuma salah buat pilihan ; itu sahaja..!
Latih Diri Melihat Setiap Peluang Adalah Peluang Yang Baik
Cuba latih diri jangan terlalu negatif terhadap hal-hal yang berlaku di sekeliling kita. Usahakan untuk melihat sesuatu itu daripada sudut yang positif. Melainkan ia memang terang-terangan sangat negatif (contohnya : dadah, rokok, vapes.. ehhh...!)
Jika kita melihat sesuatu yang datang dalam hidup kita tu sebagai sesuatu yang baik dan positif, InsyaAllah lambat laun ciri-ciri yang positif tu akan muncul juga. Sebaliknya kalau kita asyik nak merungut dan fikir negatif je, kita tak akan nampak sisi positif tu sampai bila-bila pun.
Contohnya, soal kerja kan. Kadang-kadang terdetik dalam hati "kenapa aku kena buat kerja ni?.. kenapa boss suruh aku bukan si polan si polan tu?.. aku mana reti buat benda ni, boss sengaja nak kenakan aku la ni.."
Sedangkan rupa-rupanya tanpa kita sedar boss nak bagi AMAZING OPPORTUNITY kepada kita untuk tunjukkan bakat dan kemampuan kita. Untuk cungkil lagi kemahiran dalam diri kita yang mungkin kita sendiri tak menyedarinya. At the end, kita dapat ilmu baru, kita dapat peluang kenal dengan teamwork yang baru, kita dapat menonjolkan diri dan paling penting kita dapat Anugerah Khidmat Cemerlang tahun depan.. oppss.. oppss.. hahahahhaaaa....! ;)
Be positive girlsss...!
Today is Friday... :)