Quantcast
Channel: DRAMATIC UNIQ
Viewing all articles
Browse latest Browse all 185

Lelaki Memang Suka Main

$
0
0
Fitrah lelaki Allah ciptakan untuk sukakan permainan
Gambar Hiasan Dari : www.goodfon.su
Tahu tak kenapa orang-orang tua dulu selalu berpesan kalau nak kahwin, cari lelaki yang matang dan serius nak kan kita. Tak kisah umur lelaki tu berapa pun yang penting dia matang dan boleh berdikari. Soalnya, kenapa tak elok kahwin dengan lelaki tak matang ? Sebab lelaki tak matang ni selalunya banyak main ! Sikit-sikit nak main ! Yang dia tahu nak main je !

Lelaki Yang Sikit-Sikit Nak Main

Tahu tak kenapa orang lelaki ni suka main? Apa-apa jenis main pun diaorang suka. Waima bila sebut perkataan main tu pun ada antara mereka yang automatik akan tersenyum-senyum dan tiba-tiba boleh jadi suka lain macam. (baca : merenyam..!!)

Al-kisahnya pagi tadi terdengar la kat Sinar FM, Dato' Hj. Mohd Fadzilah Kamsah tu ada kata, orang lelaki ni sejak azali memang sukakan permainan. Diaorang tak akan pernah jemu bermain. Sebab tu juga lah ada lelaki sampai dah tua bangka pun masih kumpul mainan, malah sanggup berhabis ribuan ringgit pula untuk koleksi mainan yang diaorang suka. Ada yang sanggup berjam-jam menghadap PS3 untuk permainan video, sanggup bersengkang mata tengah malam buta sebab nak tengok pasukan kesayangan diaorang main bola dan macam-macam kesanggupan lagi lah.

Mengikut kajian psikologi, lelaki mengenali dan memahami (explore) kemampuan dan kelebihan diri mereka melalui permainan. Mereka mampu membina karektor diri mereka berdasarkan permainan yang mereka gemari. Dalam erti kata lain, proses pembesaran mereka mudah dipengaruhi oleh jenis permainan yang mereka sukai. Ada lelaki mengekspresikan perasaan mereka melalui muzik, lukisan dan ada yang menggunakan permainan (games). 

Wanita Sebagai Alat Permainan Yang Menyeronokkan?

Tak hairanlah kenapa lelaki cenderung untuk bermain-main dengan apa sahaja di sekeliling mereka terutama wanita. Ini kerana sesetengah lelaki memang melihat wanita sebagai bahan permainan yang sangat menyeronokkan dan mencabar untuk difahami.

Jadi, kalau lelaki yang suka bertukar-tukar teman wanita tu, tolonglah jangan marah mereka. Sebab memang fitrah mereka sukakan permainan dan main-mainan. Apatah lagi kalau mainan tu menyeronokkan dan mudah menghiburkan mereka. Kena pula, lelaki yang jenis suka mencabar diri sendiri, lagi susah nak faham seseorang wanita tu lagi la dia suka. Rasa tercabar dan ego yang memuncak tu akan buatkan lelaki tak pernah jemu explore seseorang wanita. 

Lelaki yang matang tidak akan mempermainkan wanita
Be A Men

Bagaimana Menjadi Mainan Yang Bernilai

Namun, sedar atau tidak orang lelaki yang suka main-main tu kan walau macam mana banyak mainan yang dia ada, tapi mesti ada SATU mainan yang paling dia suka dan sayang. Mesti mainan tu sangat berharga pada dia kan? Jadi sebagai perempuan, kalau kita tak nak seseorang lelaki tu hanya nak main-main dengan kita, berusahalah untuk menjadi "mainan" yang paling mahal dan bermakna kepada lelaki tu.

Mainan yang bernilai ni selalunya susah nak dapat, tak bersepah-sepah kat shopping mall biasa. Mainan mahal juga selalunya digilap dan diletakkan di tempat-tempat yang tinggi seperti di menara gading ke contohnya. Jangan lupa, mainan yang bagus-bagus selalu dibungkus dengan sempurna untuk tujuan melindungi mainan tu daripada habuk, hujan panas dan menjauhkan dia daripada panahan fitnah syaitan, kan?

Lelaki pula, kalau dah dapat mainan yang dia sayang tu, yang betul-betul ada nilai di mata dan dalam hati dia tu, pasti dia akan jaga baik-baik mainan tu kan. Dia tak bagi orang lain sentuh apatah lagi ambil mainan tu daripada dia. Setiap saat dia nak usap-usap dan belai-belai je mainan tu.

Silap-silap haribulan, sayang punya pasal hari-hari nak maiiiinnnnn je...!(matikk la nakkk...!!)

:p





Next saya cerita pula Kenapa Lelaki Suka Main Sedangkan Wanita Semua Nak Serius Je...! tunggu eh.. :)






Viewing all articles
Browse latest Browse all 185