Quantcast
Channel: DRAMATIC UNIQ
Viewing all articles
Browse latest Browse all 185

Happy Belated Birthday ADITYA ROY KAPUR

$
0
0
Sempena hari jadi saya yang ke-33 hari ini, sengaja lah saya nak letak post istimewa ni khas untuk hero kesayangan saya ni kan. Kebetulan dia pun baru sambut harijadi yang ke-30 empat hari yang lepas. Post istimewa ni sebagai hadiah daripada saya buat anda semua yang mungkin masih tertanya-tanya siapa la mamat handsome ni kan.. hehehehee...!

Jom baca sedikit tentang hero kesayangan saya ni.
Peringatan mesra : post ni banyak gambar, kalau tak suka boleh baca next post okey.. :)

Bollywood actor, new face at Bollywood, handsome hero, Aashiqui 2

Aditya Roy Kapur


Tarikh Lahir : 16 November 1985
Tempat Lahir : Mumbai, India
Keturunan : Punjabi


Keluarga 
Anak bongsu daripada 3 orang adik-beradik
Abang sulung : Siddarth Roy Kapur (CEO UTV Motion Pictures) yang juga suami kepada actress Vidya Balan.
Abang kedua : Kunaal Roy Kapur juga seorang pelakon namun kurang dikenali

Siddarth Roy Kapur bersama isteri beliau Vidya Balan
Kunaal Roy Kapur turut berlakon dalam Yeh Jawaani Hai Deewani

Aditya Roy Kapur sebenarnya seorang VJ di Channel V sebelum menceburi bidang lakonan. Filem pertama lakonan Aditya Roy Kapur adalah London Dreams (2009) namun nama beliau hanya dikenali selepas berlakon di samping sahabat baiknya Ranbir Kapoor dan Deepika Padukone di dalam filem box office 2013 iaitu Yeh Jawaani Hai Deewani 



Pada tahun 2014 Aditya telah berjaya meletakkan namanya sebaris pelakon popular apabila membintangi filem hits dan melonjakkan namanya iaitu filem romantis Aashiqui 2 di samping pelakon Shraddha Kapoor




smart giler gambar ni.. tak boleh blah..! hahahahaa... :)

Selain filem Aashiqui 2, nama Aditya juga dikenali menerusi sebuah lagi filem hits bertajuk Dawat-e-Ishq lakonan Aditya bersama Parineeti Chopra pada tahun 2014


Filem baru lakonan Aditya yang bakal ditayangkan pada Februari 2016 adalah filem Fitoor lakonan Aditya bersama Katrina Khaif

tak sabar nak tengok....!! hehehehee.. :)


Kalau ikut banyak lagi koleksi gambar Aditya Roy Kapur ni yang saya nak kongsikan di sini, tapi takut kalian muntah hijau pula. Nanti saya share lagi lah gambar-gambar handsome mencairkan hati Aditya ni di sini ya di lain kali.

Mungkin ramai yang masih belum mengenali Aditya kan, yelah dia bukan la pelakon super-popular macam Shah Rukh Khan ke Hitrik Roshan ke Ranbir Kapoor ke, tapi nama Aditya semakin meningkat naik dan saya harap dia akan berlakon banyak lagi filem yang hebat-hebat selepas ni. Yang penting kualiti bukan kuantiti... ehemm..!! :p

Last but not least, 

HAPPY BELATED BIRTHDAY ADITYA ROY KAPUR
I love you...! :)

cair tak..? cair tak..? :p









Viewing all articles
Browse latest Browse all 185