↧
WW : Believe
↧
WW : Lazy Person For Difficult Job
↧
↧
WW : Nothing Great Ever Came That Easy
↧
WW : Choice Chance Change
↧
WW : Teamwork Means..!!
↧
↧
WW : How Far You Can Go
↧
WW : Smallest Step In The Right Directions
↧
WW : What Is Life ??
↧
STYLO OUTFIT | Kedai Jersi Bola Murah
Jersi Bola Murah
Jersi berkualiti, harga murah
Musim bola sepak antarabangsa telah pun bermula. Bagi yang kaki bola, perkara utama yang perlu ada ialah Jersi Bola.
Memang wajib pakai jersi bola bila kita nak tengok bola dekat mamak ataupun di bawa pergi jalan-jalan.
Jadi, macam mana nak dapatkan jersi bola ni? Jom kita terjah Stylo Outfit.
Pelbagai Jenis Jersi
Nak tahu apa yang Stylo Outfit ada? Jom kita tengok.
Antara jersi yang di jual di Stylo Outfit ialah:
Antara jersi yang di jual di Stylo Outfit ialah:
- Jersi EPL
- Jersi La Liga
- Jersi Serie A
- Jersi League 1
- Jersi Kelab Jepun
dan tak lupa juga:-
6. Jersi Kelab Malaysia
7. Jersi Malaysia
Kalau yang berminat dengan kelab Eropah tu, boleh la beli jersi kelab Eropah. Mana yang suka kelab Malaysia, boleh jugak beli jersi Selangor ke, JDT ke, Kelantan ke, Negeri Sembilan ke.
Harga Berpatutan
Dekat Stylo Outfit ni, harga jersi di jual mengikut gred/kualiti jersi itu sendiri. Terdapat 2 jenis gred/kualiti jersi iaitu:-
- Gred AAA- RM45.00 (termasuk pos)
- Gred PI (player issue) - RM56.00 (termasuk pos)
Macam mana harganya? Ok kan? Murah dah tu. Termasuk pos lagi tu!!!!
Jam Tangan Tawaf
Selain jersi, Stylo Outfit juga menjual jam tangan tawaf untuk lelaki ada, untuk perempuan pun ada.
Apa lagi tunggu?
Jom kita terjah Stylo Outfit dengan klik banner kat bawah ni.
![]() |
<< ..KLIK BANNER.. >> |
↧
↧
Airul Firhan Bawa Pulang Pingat Gangsa Untuk Malaysia
![]() |
senyuman kegembiraan oleh Airul Firhan |
Malaysia Menangi Pingat Gangsa Dalam Pertandingan World Skills Competition (WSC)
SAO PAULO - Penantian 22 tahun Malaysia untuk menang di World Skills Competition (WSC) berakhir apabila Airul Firham Che Amran berjaya meraih pingat gangsa dalam bidang kemahiran dandanan rambut.
![]() |
Kemahiran dandanan rambut bawa tuah buat Airul Firhan |
Penantian Malaysia Selama 22 Tahun
Pelajar Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Peretak, Kuala Kubu Baharu, itu menjadi peserta pertama negara menaiki podium dalam 12 penyertaan Malaysia di WSC sejak 1993.
Airul Firham, 21, memenangi pingat berkenaan bersama peserta dari Korea Selatan dan Chinese Taipei bagi acara itu yang menobatkan peserta China sebagai pemenang pingat emas manakala peserta Perancis pula meraih perak.
Beliau turut diumumkan sebagai penerima 'Best of Nation' yang mengiktiraf peserta terbaik bagi setiap negara yang bertanding.
Kejayaan Airul Firham itu turut diiringi 12 peserta negara yang menerima pingat kecemerlangan setelah berjaya mengumpul lebih 500 mata dalam bidang masing-masing. - Bernama
![]() |
Menjawab penantian Malaysia selama 22 tahun dengan kejayaan pingat gangsa |
Airul Firhan Harumkan Nama Negara
Tahniah buat saudara Airul Firhan yang telah berjaya membawa dan mengharumkan nama negara di pentas antarabangsa. Bukan mudah nak meletakkan nama Malaysia di peta pertandingan berprestij seperi World Skills Competition ni. Beribu-ribu penyertaan setiap tahun yang datang dari seluruh pelusuk dunia.
Tahniah juga kerana berjaya membuktikan kemahiran (skills) bukan sahaja bidang picisan yang boleh dipandang sepi. Beliau membuktikan pelajar dari institut kemahiran juga bernilai tinggi. Tahniah sekali lagi.......!
psst : ehem.... kalau peserta negara menang pingat gangsa dalam acara sukan di peringkat Olimpik, boleh dapat RM20,000. Kalau menang pertandingan kemahiran macam ni, tak akan sambut dengan tangan kosong sahaja... hehehehehee... :p
↧
Promosi Merdeka BLINQ Sudah Kembali
Alhamdulillah semakin hari rangkaian produk BLINQ semakin mendapat perhatian. Ada sahaja order yang masuk. Buat masa ni memang ramai yang order Sabun Lumpur Gunung Berapi yang meletop-letop sekarang ni. Nampaknya makin ramai tahu khasiat lumpur gunung berapi Korea ni untuk kulit mereka.. hehehehee...!!
Selain sabun lumpur gunung berapi, BLINQ Foundation dan Set Skincare BLINQ yang selamat dan suci boleh di solat tu pun dapat sambutan hangat juga tau..!! tak sangka sungguh, ramai yang mula buka mata dengan produk-produk kecantikan keluaran Muslim kan.. alhamdulillah.. :)
Promosi Merdeka BLINQ Sudah Kembali
Sempena Hari Kemerdekaan Malaysia yang bakal tiba tak lama lagi, BLINQ kini mengadakan promosi HARGA MERDEKA...!! diskaun 10% untuk semua produk BLINQ. Jom rebut peluang ni untuk order banyak-banyak.
Sementara murah ni, jom la order...!! boleh buat stock sepanjang tahun... :)
![]() |
Promosi Merdeka BLINQ kembali untuk tahun ini |
![]() |
Antara rangkaian produk BLINQ yang paling mendapat sambutan |
Jangan Lepaskan Peluang Ini.....!!
Jom order cepat ye.. boleh Whatsapp Ain (0133572379) dan maklumkan nak order yang mana, bagi details alamat nanti ain pos secepat mungkin. Jangan risau semua barangan dapat 10% diskaun. Kos pos ke seluruh Malaysia pun PERCUMA macam biasa.... :)
Cepat order..!! Cepat order....!! Promosi sehingga5 September 2015
Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Malaysia
Semoga semangat patriotik dan cintakan negara terus subur dan memekar di dalam hati kita semua... :)
Order sekarang....!! sekarang...!!
AIN : 0133572379
↧
MUHASABAH DIRI | Di Mana Kamu ?
Ini perkongsian daripada Pokchik dalam WhatsApp semalam.
Saya kongsikan juga di sini, mudah-mudahan memberi manfaat kepada pembaca dan dapat kita sama-sama merenung dan muhasabah diri.
![]() |
Kamu di mana...?? |
DIA MENCARI KITA SETIAP SAAT
Suatu hari seorang lelaki bertanya kepada seorang Ustaz,
"Ustaz, kenapa ya saya merasa bosan dengan hidup saya yang begini-begini dan begini terus, hambar, tak ada variasinya, tak ada nikmatnya. Bosan saya ustaz, ingin sangat bahagia tapi kenapa susah ya?".
Maka ustaz tersebut pun menjawab :
"Ooh.. Mungkin saat ini Allah juga bosan dengan saudara..."
"Allah bosan dengan saya? Maksudnya macamana tu Ustaz?"
Ustaz pun menjelaskan :
"..Di sana Allah s.w.t. mencari-cari saudara tak pernah ketemu-ketemu..
Di cari di antara ahli Dhuha, saudara tak ada...
Di cari di antara ahli Tahajjud, juga saudara tak ada...
Di cari di antara ahli Puasa Sunnah, juga saudara tak ada...
Di cari di antara ahli Sedekah, juga saudara tak kelihatan...
Di cari di antara ahli Al-Qur'an, saudara juga tak ada di sana...
Di cari di antara ahli Umrah, niat pun saudara belum ada...
Di cari di antara orang-orang yang Khusyuk Solatnya, saudara juga tak ada.
Di cari di antara ahli Selawat pun saudara tak ada.
Di cari di antara yang Menuntut Ilmu apa tah lagi.
Lalu Allah s.w.t. mahu cari saudara di mana lagi...??
DIA mahu memberikan bahagia dan apa yang saudara minta, tetapi saudara di mana..??"
Maka....
Menangis lah si lelaki tersebut sambil mengusap air matanya, lalu dia beristighfar.
Segeralah kembali kepada Allah s.w.t.
Dekatkan lah diri kita kepada Allah s.w.t.
Hanya Allah s.w.t. satu-satunya yang boleh mententeramkan hidup kita.
Hanya Allah s.w.t. satu-satunya yang boleh mententeramkan hidup kita.
...Subhanallah...
...Walhamdulillah
...Walaailaahaillallah..
...Wallahu Akhbar...
...Alhamdulillah...
↧
SENYUM | Kaitan Melipat Baju Dengan Blogwalking
Tertarik dengan entri blogger Diana Rashid : Blogwalking Sama Macam Lipat Baju selepas jalan-jalan (blogwalking) ke blog beliau kelmarin. Tersenyum-senyum saya seorang diri membaca entri beliau. Memang sungguh pun apa yang beliau katakan. Walaupun bunyi macam pelik, tapi ada significant juga.
Melipat Baju Tugas Yang Berat
Bagi sesetengah orang, kerja melipat baju ni memang berat nak dibuat. Bukan kerana melipat baju tu tugas yang memerlukan tenaga yang banyak atau satu kerja yang boleh sampai keluar peluh jantan, tapi kerja melipat baju ni renyah. Orang kata leceh dan perlukan peruntukkan masa yang khusus. Sebab tu orang malas nak melipat kain baju. Sudahnya terbiar bertimbun-timbun sampai jadi Gunung Kinabalu.. hehehehehe.. :p
Melipat baju mesti ada sistem, barulah mudah dan lancar. Satu lagi, kerja-kerja melipat baju ni tak boleh bertangguh. Kalau bertangguh, makin banyak kain baju bertimbun, makin malas la kita nak melipatnya. Sebab tu mesti buat selalu. Sedikit-sedikit asalkan kain baju tu tak membukit.
Blogwalking Juga Tugas Yang Berat
Begitu juga seperti blogwalking ni. Sesetengah blogger akan rasa berat dan malas nak blogwalking sebab perlukan peruntukan masa yang khusus. Terutama kalau nak blogwalking sambil tinggalkan komen dan sebagainya. Blogwalking ni sepatutnya santai-santai sahaja, tetapi bagi blogger baru (macam saya) perlu lah disiplinkan diri untuk rajin-rajin blogwalking. Barulah dapat tingkatkan trafik blog sendiri. Tak gituuwww...? hehehehehee...
Blogwalking pun mesti ada cara yang praktikal. Barulah seseorang blogger tu tak rasa jemu dan malas nak buat blogwalking hari-hari. Sama macam melipat baju, blogwalking pun jangan ditangguh-tangguh. Lagi ditangguh lagi banyak blog kita kena "jalan-jalan". Silap-silap tak cukup satu hari nak blogwalking semua blog yang kita suka.
Tips Bagaimana Nak Mudah Blogwalking Setiap Hari
1. Buat blogwalking secara santai dengan hati yang terbuka. Jangan stress dan rasa terpaksa sebab lama-lama nanti kita jadi bosan dan malas. Pilih masa yang sesuai dan jangan terlalu terburu-buru nak blogwalking.
2. Sediakan senarai blog (Bloglist) yang kita suka. Baru lah senang nak blogwalking satu-satu blog. Set kan bloglist tu dalam mode "Most recently update" jadi blog-blog yang aktif update blog dengan tajuk-tajuk yang menarik akan juga menarik kita untuk datang blogwalking ke blog mereka.
![]() |
Bloglist kesayangan saya.. :) |
3. Jangan lupa blog yang kita dahFollow, mesti rajin-rajin juga blogwalking ke sana. Kalau tak nanti kita akan tertinggal cerita-cerita best..!! hehehehee.. ataupun terlepas peluang join Giveaway dan sebagainya. Mudah sahaja, kita check sahaja di Dashboard blog kita untuk tengok senarai blog yang kita dah follow. Dari situ boleh blogwalking satu-satu ok.
![]() |
antara blog yang saya follow dan rajin pergi blogwalking.. :) |
4. Jangan pula hari-hari blogwalking ke blog yang sama sahaja, yang kita suka sahaja. Kalau nak luaskan lagi empayar dan sekali gus menaikkan lagi trafik blog kita, sila la rajin-rajin blogwalking ke blog baru setiap hari. Blog baru maknanya blog yang pertama kali kita singgah. Boleh guna banyak cara nak tahu blog yang kita belum pernah singgah ni, antara cara paling mudah ialah masuk Group Blogger di Facebook. Kat situ banyak blog-blog baru yang kita boleh singgah.
![]() |
antara Group Blogger yang saya join.. :) |
5. Buat Segmen Blogwalking atau Add Bloglist atau Giveaway. Dengan cara tu, ramai blogger akan datang ke blog kita dan kita pun jangan lupa nak balas kunjungan pula. Baru lah saling support each others kan. Jangan tak tahu ya, memang ada ramai blogger yang memang rajin join macam-macam segmen dan contest serta giveaway. Dan jangan tak tahu juga ada blogger yang boleh blogwalking sampai beratus-ratus blog dalam sehari. Find them..!! :)
Jangan lupa tinggal komen tau...!! Ambil la sedikit masa untuk baca entri blog yang kita singgah tu. Jangan tinggal komen sebarangan sahaja. Nampak sangat kantoi tak baca entri dia betul-betul dan datang blogwalking ke blog dia sebab nak trafik semata-mata. Not nice lah macam tu kan.. :)
Sekali lagi, blogwalking ni biar santai-santai dan rasa seronok. Jangan paksa diri, nanti jadi tak seronok dan start stress. Selain nak naikkan trafik, blogwalking ni juga dapat tambahkan lagi kenalan kita sesama blogger, dapat eratkan silaturrahim, dapat berkongsi ilmu dan info, dapat release tension dan jangan tak percaya blogwalking pun boleh buat kita bertemu jodoh tau....!! hehehehehee... siapa tahu kan, Jodohku Di Blog Sebelah pula tajuk drama slot Akasia lepas ni.. :p
Semoga bermanfaat.
Thanks to blogger Diana Rashid yang up entry mavelesss kelmarin.
Entri tu menceriakan hari saya dan menaikkan semangat saya nak blogwalking hari-hari... :)
**********
masih berlangsung tau...!! Joma la ramai-ramai join..
tarikh tutup hantar penyertaan 31 Ogos 2015
↧
↧
BERALIH KEPADA GULA SEMULAJADI | RCC STEVIA SWEETNER
Royal Stevia Sweetner (RSS) merupakan produk yang mengandungi ekstrak dari daun stevia. Kemanisan yang terhasil dari daun stevia merupakan Pemanis Semulajadi yang 300 kali lebih manis dari gula biasa. Kajian klinikal menunjukan STEVIA berguna sebagai pengganti gula. Lebih dari sifat pemanis, kajian juga menunjukkan kesan penurunan tahap kawalan Diabetes, penurunan tahap tekanan darah tinggi dan penurunan berat badan untuk pesakit obesiti.
Stevia merupakan 150 spesies herba daripada keluarga bunga matahari (Astereacea). Ia secara rasminya ditemui pada kurun ke-19 oleh Dr.Moises Santiago Bertoni. Beliau menamakannya sebagai Stevia Rebaudiana Bertoni sebagai penghormatan kepada ahli kimia Paraguay. Ia merupakan tumbuhan yang berasal daripada kawasan tropika dan sub-tropika di Amerika Selatan dan Amerika Tengah. Stevia yang digunakan secara meluas sebagai pemanis adalah stevia dari spesies Rebaudiana. Ia juga dikenali sebagai sweetleaf, sugarleaf atau sweet herb.
Ia merupakan sejenis tumbuhan herba berbatang lembut. Untuk menanamnya, medium yang digunakan adalah dari jenis poros supaya tiada air yang akan bertakung selepas ia disiram. Daunnya berbentuk bujur, batangnya halus dan bergerutu. Dalam keadaan optimum Stevia boleh mencapai ketinggian sehingga 1 meter atau lebih. Ia mengeluarkan bunga kecil warna putih.
![]() |
ke arah satu rumah satu botol Stevia |
KEBAIKAN STEVIA SWEETNER
♧ Meningkatkan kadar tenaga kepada tubuh badan.
♧ Melicin & memutihkan kulit serta awet muda
♧ Sebagai pemanis semulajadi sesuai untuk semua peringkat umur lelaki & wanita.
♧ Membantu menurunkan kadar gula dalam darah (sesuai untuk pesakit diabetis)
♧ Membantu menurunkan tekanan darah (untuk pesakit darah tinggi)
♧ Membantu sistem penghadaman badan.
♧ Membantu peminum yang mengalami masalah Isomnia
♧ Berupaya mengawal berat badan yang berlebihan.(Obesiti)
![]() |
hanya TUKAR kan gula putih kepada STEVIA |
KELEBIHAN STEVIA SWEETNER
- Kandungan utama yang menyebabkannya rasa manis adalah bahan steviosides yang tidak mengandungi toksik.
- Steviosides yang diambil secara oral adalah berkesan untuk menurunkan tekanan darah dan ia mungkin boleh dipertimbangkan sebagai bahan alternatif atau tambahan untuk pesakit darah tinggi.
- Ujian terhadap kesan hipoglisemik glikosid (kekurangan gula dalam darah) dalam stevia mendapati steviol tidak menghasilkan glukosa, bermakna ia baik untuk penghidap diabetes / kencing manis.
- Pengkaji Denmark mendapati hipoglisemik in vitro yang dilakukan steviosid dan steviol berupaya menghasilkan insulin melalui tindakan terus terhadap sel-sel beta.
- Ada kajian menyatakan Stevia juga digunakan sebagai tonik untuk jantung dan berfungsi menstabilkan tekanan darah serta degupan jantung.
- Ekstrak Stevia Rebaudiana yang bebas kalori atau SIFAR KALORI sesuai digunakan bahan ganti gula biasa bagi golongan yang mengalami masalah obesiti yang ketagihan gula.
- Dua kajian dilakukan oleh Purdue University's Dental Science Research Group mendapati steviosides menghalang pembentukan plak (karat) gigi dan membantu menghalang gigi berlubang (cavities).
PAKEJ SEUMUR HIDUP...!!
PLATINUM (7 kotak/21 botol)
HANYA RM980
GOLD (3 kotak/9 botol)
HANYA RM420
SILVER (1 kotak/3 botol)
HANYA RM140
![]() |
jangan tunggu lagi.. mulakan langkah anda hari ini...! |
Pakej keahlian disediakan untuk mendapatkan harga yang murah dan menikmati manfaat yang lain. Antaranya ialah :-
• Produk muslim
• Menjana pendapatan yang tinggi
• Keahlian seumur hidup
• Harga yang lebih rendah
• Bonus point
• Khairat kematian
TESTIMONI RCC STEVIA SWEETNER
![]() |
Demam chicken pox teruk sembuh dalam seminggu dengan izin Allah s.w.t. |
![]() |
Masalah sembelit dideritai selama 5 tahun, dengan izin Allah s.w.t. telah pulih |
![]() |
Dapat mengawal paras gula dalam darah seterusnya tidak perlu bergantung kepada insulin lagi |
Berubahlah kepada kehidupan yang lebih sihat demi masa depan anda dan orang yang tersayang.
<< bimbingan, kelas marketing, bahan iklan >> semua disediakan
anda tidak akan dibiarkan keseorang..!!
..ayuh sertai keluarga sihat RCC2U dan ubah masa depan anda hari ini...
HUBUNGI
agent berdaftar :
AIN : 0133572379
www.dramaticuniq.com
↧
MENARIK | Jualan T-Shirt #SehatiSejiwa Sempena Hari Kemerdekaan Malaysia Ke-58
Tidak dinafikan, sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia Ke-58 tahun ini nampak sedikit suram. Jalur Gemilang juga nampak kurang dikibarkan. Agak mengecewakan, namun usahlah kita saling menunding jari dan asyik mencari kesalahan orang lain kerana okok pangkalnya kemerdekaan ini adalah tanggungjawab seluruh rakyat Malaysia untuk mempertahankannya.
Kontroversi demi kontroversi yang menimpa Malaysia sejak setahun dua ini benar-benar menguji semangat cintakan negara di kalangan rakyat Malaysia. Semoga kita tidak mudah melatah, malah dapat terus berdiri teguh mempertahankan kemerdekaan tanah tumpah darah yang kita cintai ini.
Jualan T-Shirt #SehatiSejiwa Di Kompleks KKMM
Ayuh tiupkan semangat patriotik di dalam diri kalian dengan terus mengibarkan Jalur Gemilang dan jom sama-sama sokong kempen #SehatiSejiwa dengan membeli t-shirt menarik keluaran khas sempena sambutan Hari Kemerdekaan tahun ini.
Boleh tahan juga design yang disediakan.
Harga pun berpatutan.
Jom tengok
![]() |
design sesuai untuk lelaki dan perempuan |
Pelbagai Pilihan Cenderahati #SehatiSejiwa
Anda boleh terus ke Kompleks Kementerian Komunikasi & Multimedia Malaysia (KKMM) di Putrajaya untuk mendapatkan koleksi t-shirt #SehatiSejiwa ini. Sempat lagi nak beli tau...!! :)
Kementerian Komunikasi Dan Multimedia Malaysia
Lot 4G9, Persiaran Perdana, Presint 4,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62100 Putrajaya, Malaysia.
Tel : 03-8000 8000
E-mel: webmaster@kkmm.gov.my
Waktu Jualan : 9:00 pagi hingga 5:30 petang
Jom ajak kawan ramai-ramai pergi dapatkan t-shirt #SehatiSejiwa anda hari ini...
![]() |
jom cepat pilih size anda sebelum kehabisan stok...!! :) |
![]() |
pelbagai pilihan rekaan t-shirt #SehatiSejiwa |
![]() |
logo sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia Ke-58 |
![]() |
caps #SehatiSejiwa pun ada...!! |
![]() |
cepat dapatkan koleksi #SehatiSejiwa anda...!! :) |
Layari Facebook : SehatiSejiwa
untuk maklumat lanjut dan senarai harga
Jangan lupa LIKE Fanpage 31Ogos untuk perkembangan terkini
sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia Ke-58 tahun ini
#sehatisejiwa
#sehatisejiwa
#sehatisejiwa
↧
Peraduan Instagram #SehatiSejiwa 2015
![]() |
Jangan lupa baca syarat-syarat penyertaan ye |
Peraduan Instagram Sehati Sejiwa
Bersempena dengan sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia Tahun 2015, Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA), Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM), akan menganjurkan Peraduan Instagram Sehati Sejiwa yang bertujuan :-
Memaparkan gelagat sehati sejiwa dan rasa cinta rakyat Malaysia
dalam menyambut Hari Kebangsaan Tahun 2015
dengan penuh patriotisme.
Menyemarakan semangat patriotisme dan cintakan negara
di kalangan masyarakat melalui aplikasi instagram;
Merakyatkan amalan kibaran jalur gemilang di lapangan dan media online.
Penyertaan adalah dibuka kepada seluruh rakyat Malaysia bermula pada
23 Ogos 2015 Sehingga 18 September 2015
Hantarkan insta foto atau insta video gelagat Sehati Sejiwa anda dalam menyambut Hari Kebangsaan 2015 secara kreatif melalui instagram anda beserta hashtag
#im58 dan #SehatiSejiwa kemudian mention @instamerdeka
Untuk maklumat lanjut berkenaan peraduan :-
a) Sila 'LIKE & SHARE'
c) Sila FOLLOW TWITTER
Peluang Anda Ekspresikan Semangat Sehati Sejiwa
Bagi mereka yang memang aktif di Instagram, ini adalah peluang terbaik untuk anda menonjolkan kreativiti anda merakamkan gambar dan video yang berunsur semangat patriotik. Bila lagi nak tunjukkan kita sayang Malaysia kan..? Ini lah masa dan peluang yang dinanti-nantikan.
Menangi Hadiah Menarik
Bukan ambil gambar atau video suka-suka sahaja tau, malahan anda mungkin akan memenangi hadiah-hadiah yang menarik lagi lumayan. Dari upload gambar yang bukan-bukan buat cipta kontroversi sahaja, lebih baik la kita join peraduan ni. Ada juga manfaatnya.
Jom ramai-ramai kita join ehh... jomm..!! jom...!!
*****
STOP....!! STOP....!!
yang tengah scroll-scroll tu dah join ke belum Giveaway saya...??
cepat...!! cepat...!! ada 6 HARI SAHAJA lagi sebelum tarikh tutup...!!
join tau....!! join... join.. joinnnnnnnnnnn....!!
*****
↧
JUDGMENTAL PERSON | Kita Semua Pun Sama
![]() |
Gambar Ihsan Google Image |
Mengapa Kita Suka Menghakimi Orang Lain ?
Setiap seorang daripada kita memang suka menghakimi orang lain walaupun kita tidaklah begitu mengenali dia. Mungkin sudah menjadi fitrah manusia begitu, mudah merasa pelik dan janggal bila orang lain berbeza dari dirinya sendiri. Asal pelik sikit je dari orang lain, mula la kita rasa dia datang dari planet Marikh, turun dari langit ke 7 dan bla..bla..bla..
Salah Ke Jadi Judgmental Person Ni ?
Tak salah dan tak pelik kalau kita ni sebenarnya judgmental person pun, mengaku sahaja lah. Kerana semua orang pun macam tu kot..!! Mungkin kita tak sedar dan nak menafikan kita ni sebenarnya judgmental person kan, tapi kalau kita mudah fikir bukan-bukan pasal orang, anggap orang tu begini begitu, judgmental lah tu namanya...!!
Kenapa Kita Boleh Jadi Judgmental Person ?
Sejak kecil kita di ajar untuk judgmental pada orang lain. Dekat sekolah kita berkawan dengan rakan yang sekepala dengan kita sahaja, kalau kita jenis yang nerd, kita tengok kawan-kawan yang sedikit nakal kita akan judge dia sebagai budak yang tak baik, datang dari keluarga masalah, tak ada masa depan dan sebagainya.
Bila masuk ke alam universiti pun sama, kita mudah judge orang base on pakaian dia, CPGA dia, kaya ke tak kaya ke, cantik ke selekeh ke, tanpa sedar kita sedang menghakimi dia lah tu. Kalau kita tak suka orang fikir buruk-buruk tentang kita base on penampilan kita, sama lah macam budak tu juga. Dia pun tak suka orang yang tak kenal dia, judge dia macam-macam... kan ?
Zaman dah bekerjaya ni, penyakit suka nak judge orang ni masihlah berleluasa malah makin parah. Mentaliti gemar menghakimi orang tu tak boleh nak dibuang dah. Kata orang tu dah sebati. Tengok officemate melawa sikit, kita judge dia nak ngurat boss. Tengok officemate buat kerja rajin lebih sikit, kita anggap dia nak bodek boss dan bajet bagus. Sedar tak orang-orang serupa ini memang ada di sekeliling kita ?
Judgmental Terhadap Perkara Negatif Dan Positif
Sebaliknya bila kita tengok officemate tu tak buat kerja sangat, asyik releks je, asyik menghadap Facebook je, kita pun judge dia malas, curi tulang dan sebagainya. Sedangkan orang tu dah siapkan kerja dia awal-awal. Dia dah susun jadual kerja dia dengan bijak, kita sahaja yang tak tahu tapi terus je nak judge dia yang bukan-bukan.
Bersangka baik dengan orang pun kira judgmental juga tau. Ini kerana sikap bersangka-sangka dan memikirkan yang jauh-jauh tanpa kita ketahui perkara sebenar atau dengar dari tuan punya badan tu tetaplah sama seperti judgmental juga. Maka, berhati-hati bila kita mula fikir tentang orang lain. Fikir baik pun judgmental, fikir buruk apatah lagi.. :p
Bagaimana Menangani Sikap Judgmental Ni ?
Macam saya sebutkan tadi, sikap suka judge orang ni adalah sikap semulajadi manusia. Sudah sebati dalam diri kita. Tidak banyak sedikit pasti kita akan judge orang berdasarkan pemerhatian dan pendengaran kita kan..? Macam mana nak elak kita bersangka-sangka terhadap orang..? Tak boleh laaa, memang tak boleh nak elak..!!
Tapi kita boleh mengawalnya dengan beberapa cara, antaranya :-
1. Sibukkan diri dengan hal sendiri. Jangan ambil tahu tentang orang sangat..!
2. Apapun yang kita fikirkan tentang seseorang itu sama ada perkara baik atau buruk, simpan di dalam hati kita sahaja. Jangan berkongsi tentang apa yang kita rasa dengan orang lain. Sekurang-kurangnya langkah ini dapat mencegah orang lain turut sama bersangka-sangka seperti kita.
3. Dalam sesetengah situasi, kita tak payah nak jujur sangat lah...!
4. Selalu positif dan berfikir tentang hal yang positif tentang orang lain. Bersangka baik dalam masa yang sama tetap berhati-hati terhadap segala kemungkinan.
5. Berterus-terang atau bertanya kepada individu yang kita anggap pelik tu. Mungkin penjelasan dia dapat menjernihkan keadaan dan membuatkan kita faham keadaan dia yang sebenar. Tak ada lah kita nak sangka yang bukan-bukan.
Sesungguhnya, manusia itu diciptakan oleh-Nya berbeza-beza
untuk saling kenal-mengenal dan hidup bersama.
Tidak ada manusia yang sama dan serupa sepenuhnya.
Jika orang lain tak sama macam kita, itu bukan salah dia,
bukan salah kita dan bukan salah sesiapa.
Terima dan sesuaikan dengan diri kita,
InsyaAllah hidup kita akan lebih harmoni.
:)
*****
STOP....!! STOP....!!
yang tengah scroll-scroll tu dah join ke belum Giveaway saya...??
cepat...!! cepat...!! ada 5 HARI SAHAJA lagi sebelum tarikh tutup...!!
join tau....!! join... join.. joinnnnnnnnnnn....!!
*****
↧
↧
WW : Stop When You Are Done
↧
#1JUTAKG | Kempen Kurangkan 1 Juta Kg Malaysia
Adakah anda tahu tentang kempen ini ? Kempen Kurangkan 1 Juta Kilogram (kg) Malaysia Selama 6 Minggu ini bakal bermula pada 5 September 2015 akan datang tau. Masih sempat lagi kalau anda nak mendaftar dan turut serta dalam kempen ni.
Apa Itu Kempen #1JutaKg ??
Jom tengok video ni, Kevin Zahri akan terangkan semuanya dan paling best, pendaftaran secara online sahaja dan PERCUMA tau....!!
DAFTAR SEKARANG......!! Klik Je 1JutaKgMalaysia
dan dapatkan e-book percuma
best kan...!! best kan...!!
jom la turut serta..
:)
↧
JK1M Musim 5 | Bakal Bermula...!!
Agak-agak kalau saya kata saya nak join JK1M Musim Ke-5 ni, anda terkejut tak..?
Mungkin ramai yang tidak tahu, tapi berat badan saya sekarang sudah mencecah 80KG (kali terakhir timbang berat sebelum Ramadhan.. sobb..sobbb) dan dikira sangat obesiti. Sungguh memalukan dan menyedihkan. Saya betul-betul nak memulakan gaya hidup sihat dan aktif. Mungkinkah dengan menyertai JK1M#5 ini, saya dapat realisasikan impian saya itu ?
Jom Kurus 1Malaysia Musim Ke-5 (JK1M#5)
Nampak tak, dah musim kelima dah JK1M ni. Dah ramai yang berjaya menurunkan berat badan secara sihat dan semulajadi. Saya memang adore lah peserta-peserta JK1M ni sebab tu selalu usha website Kevin Zahri dan baca kisah-kisah kejayaan mereka. Ada kisah mereka yang membuatkan saya menitiskan airmata.
Jom sama-sama join JK1M#5 ni nak...?
JK1M#5 akan bermula 5 September 2015 selama 6 minggu tau. Kali ni melibatkan tiga negara iaitu Malaysia, Brunei dan Singapura. Wahh...!! tentu gempak ni nanti. Saya semakin teruja. Semakin bersemangat dan tak sabar-sabar nak mulakan aktiviti yang telah disusun.
Bagaimana Nak Mendaftar ?
Mudah sahaja, layari website Kevin Zahri (kevinzahri.com) dan boleh terus daftar secara online di situ. Mula-mula pilih Negeri kemudian pilih Daerah atau kawasan yang kita nak join. Di situ dah disertakan sekali siapa Team Leader (TL) dan bayaran yang akan dikenakan. Biodata TL dan rancangan aktiviti pun disediakan sekali bagi memudahkan kita membuat persediaan.
Hanya perlu isi maklumat diri kita, e-mel dan buat bayaran yang ditetapkan -- PENDAFTARAN ANDA SUDAH BERJAYA.....!! yeaaayyyy...
Boleh mula beli sport shoes okeh.. hahahahaa.. :p
Jumpa anda di JK1M#5 akan datang...!!
Nantikan kemunculan diri saya yang baharu selepas 6 minggu..
:)
↧