Alhamdulillah seperti yang saya khabarkan dalam entri
JK1M#5 Bakal Bermula ini, akhirnya saya nekad nak turut serta dan memulakan perjuangan menurunkan berat badan saya dengan cara yang
betul dan sihat.
Saya tak nak terlalu memikirkan apakah yang bakal saya lalui kerana saya tak nak hati saya berbelah bagi. Just Do It...!! Saya tak sanggup nak bertangguh lagi. Umur semakin meningkat dan kesihatan saya semakin hari semakin teruk, kalau saya bertangguh lagi alamatnya "Gemuklah Kau Sampai Tua" hehehehe.. :p
![JK1M#5 Poster My weight loss journey, program jom kurus 1 malaysia musim ke 5, kenapa saya join JK1M#5, kenapa saya nak kurus ?]() |
Saya sudah terjebak.....!! Anda bila lagi...?? |
Kenapa Saya Pilih Jom Kurus 1Malaysia ?
Saya tahu, saya tak mampu nak turunkan berat badan sendiri tanpa ilmu dan sokongan mereka yang senasib. Maka, saya join JK1M#5 ini atas beberapa sebab, antaranya adalah :
# Saya nak kan ilmu. Saya tak nak kurus dengan mengkhinzir buta.
# Saya perlukan sokongan rakan-rakan segemuk senasib dengan saya
# Saya perlu disiplinkan diri dengan rutin kesihatan
# Saya tak nak buang duit untuk perkara yang saya tak tahu hujung pangkal
# Saya nak uji diri sejauh mana saya kuat dan tekad untuk kurus
# Saya mencari inspirasi dan kekuatan dari kisah kejayaan orang lain
# I need something or someone who can push me every day..!!
Tak Membazir Ke Join JK1M#5 Ni ?
RM290 untuk dapat ilmu one to one dan disiplinkan diri sepanjang 6 minggu, bagi saya murah. Membership gym pun dah berapa ratus ringgit sekarang ni. Itu pun tak ada siapa nak push you to the max..!! Kalau malas dan tak disiplin, sia-sia je join membership gym tu kan. :)
Team Sepang Bersama Team Leader Hazirim
Sabtu lepas kali pertama kami berkumpul dan berjumpa sekali gus berkenal-kenalan. TL Hazirim ni muda lagi, baru 24 tahun. Dulu dia pun pernah gemok tau, tapi sekarang dah sado...!! Itu yang saya nak sebab saya tak nak belajar macam mana nak jadi kurus daripada orang yang tak pernah gemok..!! :p
![JK1M#5 Team Sepang 2015 My weight loss journey, program jom kurus 1 malaysia musim ke 5, kenapa saya join JK1M#5, kenapa saya nak kurus ?]() |
nampak tak saya yang mana...? yang keempat dari kiri.. comel kan..? kikikikiii.. :p |
Aktiviti Minggu Pertama (Sabtu ; 5 Sept 2015)
Selain berkenal-kenalan dengan Team Leader (TL) dan berkongsi kisah insiprasi dari beliau, kami diberikan penerangan panjang lebar tentang aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan. Bila dan di mana nak dijalankan. Kami ditekankan tentang pentingnya memberikan komitmen penuh dalam setiap aktiviti dan sambil-sambil tu secara santai TL akan jawab soalan-soalan kami yang nampak sangat beginner ni sebab soalan-soalan kami semua innocent je... hahahahaha...!! :p
Soalan pertama saya adalah :
Apa beza kasut running dengan kasut trainning ??
Selama ni saya guna sepasang kasut tu je lah. Nak jogging ke hiking ke main basikal ke memang guna satu kasut tu je. Rupanya tak boleh ye..!! Kalau salah guna kasut boleh mengakibatkan kecederaan pada kaki kita terutama buku lali dan lutut. errkk...!!
So, selain perlu tahu tentang rejim senaman, pemakanan yang sihat, macam mana nak kira BMR, kalori dan sebagainya, penting juga untuk kita tahu tentang hal-hal remeh yang lain seperti pakaian yang sesuai, bernafas dengan betul dan lain-lain.
*insyaAllah nanti saya kongsikan tentang perkara ni dalam entry yang lain*
Timbang Berat Badan
Selepas selesai suai kenal dan taklimat program tu, masa yang dinanti-nantikan pun tiba. Apa lagi kalau bukan sesi menimbang berat badan setiap peserta. Argghhh...!! mimpi ngeri sungguh time ni. Rasa nak meraung sambil sorok muka belakang pintu stadium.
Nanti saya kongsi gambar dan berat semasa saya di akhir entri ni ye.
Circuit Training Pertama Untuk Kami
Lepas sesi timbang-timbang lemak yang sungguh ngeri itu, kami diajar pula tentang circuit training sekali gus akan menjadi rejim senaman kami mulai hari itu. Siapa tak tahu apa itu circuit training ? Saya pun mula-mula tak tahu. Kalau dah tahu, tak payah la masuk JK1M#5 ni kan.. ehhh.. :p
Circuit training tu macam senaman-senaman yang kita buat secara setempat. Tak perlukan ruang yang besar. Tak perlu bergerak dari hujung pagar sampai hujung pagar satu lagi. Walaupun nampak macam senang je, tapi percayaaaaaa laaahhhhhh.... SUSAH nak mamp***...!! hahahahaha.. sakit-sakit lemak terkumpul ahkak ni u ollssssss... :p
![JK1M#5 Circuit Training My weight loss journey, program jom kurus 1 malaysia musim ke 5, kenapa saya join JK1M#5, kenapa saya nak kurus ?]() |
Circuit Training |
Pertama kali tu juga lah saya dikenalkan dengan apa itu Squat, jumping jacks (sebelum ni panggil lompat bintang je), lunge, plank dan lain-lain. Mulai hari tu kena lah biasakan diri dengan istilah-istilah ni sebab bila TL jerit je suruh buat plank, kau pergi buat lunge memang nak kena ketuk ketampi namanya.. haaaiihhh...!! ;)
Oleh kerana hari pertama, circuit training untuk kami kira yang light (mudah) sahaja lah. Sekadar nak kenalkan kami dengan nama-nama tu. Tapi walaupun light je tetaplah juga membuatkan saya berpeluh-peluh dan tak cukup nafas. Nampak sangat dah bertahun tak exercise. Cepat sangat semput tau. Tambah pula masih belum sembuh dari batuk dan selsema kan.
Ohh ya, selepas timbang tu kami kena buat kiraan nadi sendiri tau. Semasa rehat kadar nadi saya 87 kali degupan seminit. Agak tinggi dan tidak sihat ye. Manusia yang sihat (fit) kadar kiraan nadi mereka di bawah 60 kali degupan seminit.
*awal-awal dah nampak betapa tak sihat dan tak fit nya saya.. kikikikikii*
Perjuangan Saya Bermula Dengan 79.6KG
Okey lah, kata dikota, saya kongsikan gambar terkini saya dengan berat semasa.
Anda dilarang sama sekali untuk ketawakan saya. Kalau tak tahan nak ketawa juga, ketawa dalam hati sahaja. Sila abaikan dagu berlapis tu. Gambar pun tak sharp sangat sebab kamera DSLR belum mampu nak beli... gagagagagaga... nah ambik kau gambar ahkak nan gemok dan sadoooooo.....
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
jangan gelak tau...!! janji tau...!!
v
v
v
v
v
v
v
v
![]() |
akan ku kenang wajah dan paras ini sampai akhir hayatku |
kan dah pesan JANGAN GELAK...!!
grgrgrgrgrgrr... :p
sambung lagi aktiviti Hari Kedua pula dalam next entri
...Ok baiiii...
lap airmata tengok gambar sendiri.. kekejaman apakah yang telah
aku lakukan kepada diri sendiri sampai boleh jadi gemok macam ni..
Kesian kau Ain..!! :p