Siapa dalam dunia ni yang tak pernah lagi seumur hidup dia rasa Jambu Asam Limau ? Tak ada kan.. Mesti semua pernah makan Jambu Asam Limau yang popular ni. Sama ada korang makan kat rumah orang atau korang buat sendiri. Yang best nya, Jambu Asam Limau ni boleh dimakan tak kira keadaan apa dan kat mana-mana.. :)
![Resepi Jambu Asam Kulit Limau Popular Cara mudah buat serbuk asam dari rumah, Idea potluck di pejabat, Snek buah-buahan]() |
Snek buah-buahan popular kesukaan ramai |
Resepi Jambu Asam Limau
Kebetulan hari ni ada potluck di pejabat, saya pula kesuntukkan masa nak sediakan menu yang kebaboom-kebaboom. Jadi, apa lagi terus idea nak sediakan Jambu Asam Limau ni terlintas di fikiran. Cepat-cepat pergi cari jambu batu kat pasar malam.
Bahaya Serbuk Asam
Selalu kalau kita beli buah-buahan yang dipotong-potong tu mesti nak letak serbuk asam yang halus tu kan? Tahukah anda, serbuk asam tu sangat bahaya kepada kesihatan? Pernah saya dengar, serbuk asam tu diperbuat daripada bahan kimia lah, serbuk kayu lah dan macam-macam lagi.
So, jom buat serbuk asam sendiri. Lebih meyakinkan dan kita boleh sukat kandungan gula dan garam dalam serbuk asam tu. Macam mana nak buat? Senang jeeeeeeeeeeee... 5 minit siap..!! ;)
Jom saya kongsikan resepi mudah giler terbabas nak buat Jambu Asam Limau ni.
Jambu batu yang masih belum masak. Masih keras dan crunchy.
Jambu batu dibersihkan, dibuang biji dan dihiris-hiris sederhana nipis.
Jangan nipis sangat nanti hilang crunchy jambu tu.
Asam kulit limau yang boleh dibeli secara packet-packet di kedai runcit.
Kalau boleh cari asam kulit limau yang cukup kering dan kurang masin.
Kuantiti asam kulit limau ni, ikut suka hati dan agak-agak je lah.. :p
Asam kulit limau tadi dikisar halus bersama gula pasir dan sedikit garam.
(kalau asam kulit limau dah terlalu masin, tak payah letak garam lagi).
Ada orang akan kisar sekali dengan belacan dan cili untuk rasa lebih ummpphhh..!!
Tapi kali ni saya tak letak belacan dan cili sebab kesian kat member yang resdung, tak boleh makan belacan... heheheheee.. :)
Kalau nak letak belacan, bakar dulu belacan tu sikit atau boleh juga ganti dengan udang kering yang telah dibersihkan dan disangai (digoreng tanpa minyak). Kisar halus-halus dan campurkan sekali dengan asam kulit limau dan gula tadi.
Akhir sekali gaulkan sahaja bahan kisar dengan hirisan jambu batu tadi. Kalau ada kacang tanah yang ditumbuk kasar tu pun boleh tabur sekali. Kali ni, saya tak letak kacang (lupa nak beli kacang). Gaul sekata dan kalau boleh biar bahan kisar tu melekat molek pada hirisan jambu, baru la hoo liaaooww...!! gagagagaga..
Ini lah hasilnya........
.
.
.
.
.
.
.
Jom ngappp...!!
rasa masam-masam manis dan masin sebati bersama hirisan jambu yang rangup
makan pula sambil menonton movie, memang tak sedar sebekas Jambu Asam Limau ghaib masuk ke dalam perut..!
:p
Selamat mencuba...!