Quantcast
Channel: DRAMATIC UNIQ
Viewing all 185 articles
Browse latest View live

Blinq Beauty Drink PACK BARU Hanya RM99 Sekotak

$
0
0
Lama rasanya tak update pasal produk Blinq ni. Sejujurnya, saya memang ada terfikir nak berhenti berniaga produk Blinq disebabkan kesibukan kerja dan hal-hal peribadi yang semakin menghimpit, tapi rasa sayang pula. Lagi pula, saya memang pengguna setia produk Blinq. Tiap-tiap hari mesti minum Blinq Beauty Drink (BBD) ni. Alhamdulillah sejak dah setahun lebih amalkan BBD ni saya rasa puas hati sangat. Banyak perubahan pada fizikal dan kesihatan saya.

Kebetulan ramai pula yang whatsapp tanya pasal produk Blinq ni. Ada yang whatsapp terus nak order dan nak COD pun ada.. hehehehehe. Memang siapa yang pernah cuba BBD ni mesti repeat order sebab dah rasa sendiri kesan positifnya. Lagipun BBD ni sedap tau rasa epal, menyegarkan dan langsung tak meloyakan macam sesetengah minuman kesihatan. 

Eh.. panjang pula mukadimmah.. :p

Blinq Beauty Drink Pack Baru RM99 sekotak

Haaa.. jangan tak tahu Blinq Beauty Drink (BBD) sekarang dah dikeluarkan dalam kotak baru (new pack) dan kualiti bahan juga dipertingkatkan. Seiring dengan peredaran zaman dan permintaan daripada pelanggan setia Blinq Beauty Drink sendiri.

Bling Beauty Drink Pack Baru (21 sachet)

Blinq Beauty Drink Pack Baru mengandungi 21 sachet dan dijual dengan harga RM99 sekotak. Kalau sebelum ni RM150 (30 sachet) tapi kali ini kita bagi peluang lebih ramai merasai dan menikmati khasiat kebaikan Blinq Beauty Drink dengan harga lebih ekonomi.

Pengasas produk Blinq yang sentiasa nampak muda tak dimakan usia.. :)

Kelebihan Blinq Beauty Drink :

✅ Mencantikkan kulit wajah dan badan, mencerah, putih, gebu, licin,
✅ Merawat masalah jerawat, jeragat, parut, tona kulit tidak sekata
✅ Membantu merawat masalah cyst
✅ Melancarkan kitaran haid wanita dan menstabilkan hormon
✅ Meningkatkan kesuburan untuk wanita sukar hamil
✅ Memberi tenaga tambahan dan menambah stamina badan
✅ Meningkatkan daya imuniti semulajadi badan
✅ Mendapatkan bentuk badan yang ideal
✅ Menghilangkan letih dan lesu badan
✅ Melancarkan pengaliran tekanan darah
✅ Meningkatkan ketahanan badan dari penyakit
✅ Anti kanser dan merawat kanser serta pencegahan tumor
✅ Melegakan tekanan perasaan, sakit kepala dan migrain
✅ Mengandungi anti oksida untuk mempertahankan badan daripada dirosakkan oleh radikal bebas
✅ Membantu mengekalkan kesihatan usus dan organ-organ lain yang penting dalam badan
✅ Menegangkan payudara
✅ Meningkatkan pengeluaran susu badan bagi ibu yang menyusu
✅ Mengurangkan sakit sendi dan lenguh-lenguh badan
✅ Mengurangkan sengugut sewaktu datang bulan
✅ Mengatasi masalah kulit sensitif, merawat ekzema
✅ Menangani masalah rambut gugur
✅ Mengurangkan rasa lapar, kurang selera makan dan membakar kalori untuk tujuan penurunan berat badan ke berat ideal
✅ Membakar lemak jahat
✅ Menurunkan paras gula dalam darah sekaligus mampu merawat diabetes.
✅ Melawaskan, mencuci buah pinggang dan salur kencing
✅ Menurunkan tekanan darah tinggi
✅ Menurunkan risiko strok.
✅ Membantu dalam mendapatkan rentak jantung yang teratur untuk merawat sakit jantung
✅ Mengeluarkan toksin badan
✅ Membantu menyingkirkan asid urik (GOUT)
✅ Mengelakkan batu karang (Kencing Lawas)
✅ Menyingkirkan kolestrol dalam darah
✅ Membaik pulih fungsi hati dan limpa, melindungi hati
✅ Menghalang saluran darah daripada tersumbat
✅ Memerangi radikal bebas
✅ Mengaktifkan sel sistem saraf

KEISTIMEWAAN BLINQ BEAUTY DRINK

Tidak menggunakan gula, sebaliknya menggunakan ekstrak stevia sebagai pemanis

TESTIMONI BLINQ BEAUTY DRINK

Jom saya kongsikan sikit antara testimoni Blinq Beauty Drink yang menarik. Ini lah feedback daripada pengguna setia Blinq Beauty Drink yang telah membuktikan Blinq Beauty Drink memang baik dan berkesan.







JANGAN TUNGGU LAGI....!!

Order Blinq Beauty Drink Pack Baru anda hari ini juga..
Hanya RM99 sekotak
Kos pos PERCUMA 

WhatsApp AIN : 013 3572379






Gambar dan Sumber : FB Page Blinq HQ




INSPIRASI | Kurang 67kg Selepas Kahwin

$
0
0
Ini kisah JK1M Siti Aminah dan Rizal :

" Beauty Is Pain" 

Is a long and tough journey for me to achieved my target. Everytime New Year mesti berazam untuk Kurus is one of my top list untuk keberapa belas kali, so many things I did supaya azam tercapai , bermacam jenis produk dan cara saya dah cuba.

Until on my big day, menangis-nangis cari baju weeding sana sini, end up semua baju weeding kena tempah, masa akad nikah kain saya terkoyak sebab I'm too big..!!! From that moment I realized I have to do something and after one month of my marriage I found JOMKURUS#2 by Kevin Zahri and atas dorongan team, my coach, husband I manage to lost 20.5kg in 6 weeks and my journey begin, after that I continue with JOMKURUS#3 I lost another 19kg , in JOMKURUS#4 I have been selected to become TEAM LEADER Kawasan Cheras.

Right after JK1M is over one of my participant @azitabaizura had force me to joint NST Body Makeover Challenge for another 3 months program. From 100 people I'm the lucky 12 people to be selected and after all my hard work finally I dapat my dream weight 58kg

Ramai orang tanya Kenapa nak kurus?? And how I do it dalam masa yang singkat dan adakah benar tanpa bantuan sebarang produk..??? 1st I got full support from my husband, familys and friends and lucky me my husband who have experience 18 years in fitness line, jadi dia antara yang banyak membantu saya. 2nd MINDSET and CONSISTENCY, focus with my goal itu yang penting and yes! many time I feel down and wanted to give up tapi I always get back on track. 3rd JOMKURUS is my kick start!! Dan Saya di ajar cara yang betul how to lose weight

WHY I WANT TO LOSE WEIGHT..??? 

1st for my healthy purpose dan keselesaan , 2nd to be more confident for myself dan senang cari baju, 3rd for myself and my husband, as a wife I want to give the best I can for him :)

Jom Kurus Kevin Zahri
Kisah Inspirasi Siti Aminah dan Rizal






Blinq Armpit Yogurt | Memutihkan Celah-Celah Yang Gelap

$
0
0
Anda mengalami masalah bahagian kulit yang gelap atau hitam berdaki? Terutama di celah leher, ketiak, siku, lutut dan bahagian-bahagian lain yang lebih sulit? Kini BLINQ ARMPIT YOOGURT dapat membantu menyelesaikan masalah anda ditambah pula dengan aroma serai yang sungguh lembut dan menyegarkan.

produk terbaru BLINQ, rawat ketiak dan celah kelengkang yang hitam berdaki, ramuan yogurt dan minyak argan serta zaitun
BLINQ ARMPIT YOGURT

Blinq Armpit Yoogurt

Memperkenalkan kepada anda produk terbaru dari rangkaian produk bermutu Blinq yang khusus untuk membantu masalah kulit anda. Usah malu dan segan lagi, Blinq Armpit Yogurt dapat mengatasinya dengan mudah. Blinq Armpit Yogurt ini mengandungi ramuan 4 bahan utama iaitu :

♡ MINYAK ALMOND
♡ MINYAK ZAITUN
♡ MINYAK ARGAN
♡ YOGURT

produk terbaru BLINQ, rawat ketiak dan celah kelengkang yang hitam berdaki, ramuan yogurt dan minyak argan serta zaitun
Mengatasi masalah kulit berdaki di celah-celah bahagian tubuh

Kelebihan Blinq Armpit Yoogurt

👍 Melembabkan kulit
👍 Mengurangkan kegatalan
👍 Mengurangkan stretch mark
👍 Memutihkan kulit
👍 Melembutkan kulit
👍 Menghilangkan kotoran pada kulit
👍 Bertindak sebagai anti-penuaan
👍 Merawat kulit bersisik & kering
👍 Mencerahkan tona kulit
👍 Membunuh bakteria
👍 Menghilangkan bau yang kurang senang

Blinq Armpit Lebih Baik Daripada Losyen

Kandungan semulajadi di dalam Blinq Armpit Yogurt ini merawat kulit anda secara lembut tanpa bahan kimia terlarang. Oleh itu Blinq Armpit Yogurt ini dapat melembapkan kulit lebih baik daripada losyen badan biasa.

putihkan ketiak, rawat ketiak dan celah kelengkang yang hitam berdaki, ramuan yogurt dan minyak argan serta zaitun
works better then lotion

Blinq Armpit Yogurt Menghilangkan Kesan Parut Eczema

Kesan-kesan eczema yang buruk dapat diatasi dengan penggunaan Blinq Armpit Yogurt ini kerana ia mengandungi minyak Argan dan minyak Zaitun yang terbukti baik untuk merawat kulit.

ubat putihkan ketiak, rawat ketiak dan celah kelengkang yang hitam berdaki, ramuan yogurt dan minyak argan serta zaitun
merawat parut eczema

ORDER SEKARANG...!!

Blinq Armpit Yoogurt (NOT150901334K)
SM : RM 38 | SS : RM 42 (15gm)
Kos pos PERCUMA

WhatsApp AIN : 0133572379


*Blinq Armpit Yogurt ini BUKAN scrub badan. Cara penggunaan adalah sama seperti losyen badan. Gunakan selepas mandi dan selepas keringkan tubuh. 

Suka diingatkan juga Blinq Armpit Yogurt ini didatangkan dalam pack ekonomi (kecil) iaitu 15gram sahaja. Bukan bekas saiz besar macam scrub badan yang dijual dipasaran*

Harap Maklum



STEVIA BUKAN UBAT, BUKAN SUPPLEMENT..!!

$
0
0
Stevia yang saya nak perkenalkan ni adalah daripada syarikat RCC GLOBAL. Syarikat bumiputera yang telah lama ditubuhkan dan mempunyai kedudukan kukuh di arena perniagaan. Ini bukan syarikat ali baba bujang terlajak yang main berniaga tanpa lesen tanpa certificate.

gula sihat selamat dan semulajadi, gula tanpa kalori
RCC Stevia dengan pack baru lebih smart.. :)

Stevia Bukan Ubat, Bukan Supplement

Product kami bukan supplement, bukan cosmetic, bukan barang kemas, bukan barang hiasan, bukan vitamin, bukan makanan tambahan, bukan ubat, bukan... bukan... bukan..!! Kami hanya menawarkan produk yang semua orang cari, semua orang guna. Tak kira lelaki atau perempuan, kanak-kanak atau dewasa, orang bekerja #1kerja #2kerja atau #3kerja sekalipun semua akan perlukan produk kami

Stevia bukan ubat untuk pesakit. Jadi kalau nampak sesiapa gunakan Stevia dalam minuman atau makanan dia, bukan bererti dia ada penyakit ya... :)

stevia sebagai pengganti gula, stevia bukan untuk pesakit sahaja


Product kami Stevia ini adalah barangan keperluan asas...
Pemanis sihat..! sebagai pengganti gula...
Semua orang guna gula... ramai orang suka manis...
Siapa saja guna gula... itu lah customers kami
Siapa saja kawan... itu lah customers kami
Siapa saja jiran... itu lah customers kami
Siapa saja bermasalah kesihatan... itu lah juga customers kami

"..SEBAB SEMUA ORANG TAK BOLEH TINGGALKAN MANIS DALAM KEHIDUPAN HARIAN.."

Bayangkan luas nya potensi dan pasaran business kami..
Jika anda BIJAK, mari sertai kami...!

bagaimana menjana pendapatan dengan jual gula
Pakej RCC Stevia untuk pendapatan berganda anda

kelebihan dan keistimewaan stevia, gula sihat selamat dan tanpa kalori


JANGAN TUNGGU LAGI...!!
WhatsApp AIN untuk malumat lanjut

Jom tambah duit poket,
Jom sebarkan kebaikan gula semulajadi ini,
Jom tukar gaya hidup,
Jom jaga pemakanan dan kesihatan tubuh
Jom jadi sihat
Jom jadi bijak


AIN : 013 3572379






Sebulan selepas DILWALE Ditayangkan

$
0
0
Sebulan selepas tayangan pertama Dilwale secara worldwide dilancarkan, Dilwale nampaknya terus menjadi fenomena di seluruh dunia terutama di Malaysia. Rata-rata rakyat Malaysia bercakap mengenai Dilwale terutama lagu-lagu hits dari filem tersebut seperti Janam Janam dan Gerua. Istilah "demam dilwale" terus menjadi bualan dan gurauan peminat-peminat filem hindustan di Malaysia. Tahniah Dilwale..! walaupun ramai yang kutuk-kutuk dan tidak senang dengan filem ini namun Dilwale terus mencipta sejarah tersendiri dalam peta industri perfileman dunia.

Demam Dilwale Sudah Kebah

Mungkin minggu ini demam Dilwale sudah kebah. Tapi dua minggu lepas demam Dilwale masih hangat. Dari media sosial ke stesen radio, semua bercakap tentang Dilwale. Sengaja saya tak nak buat review Dilwale ni di awal-awal demam Dilwale yang lalu, nak bagi reda sedikit dahulu. Tambahan pula sebagai peminat filem-filem hindustan, demam Dilwale bukanlah benda asing bagi saya sebab sebelum ni dah lama demam hindustan pun...! :)

Dilwale 2015

Bagi saya Dilwale Best....!! memang best...!! mungkin sebab saya tak meletakkan harapan yang terlalu tinggi terhadap filem ni jadi apa yang saya dapat melalui filem ini sudah cukup memuaskan hati saya. Bagi mereka yang kata filem ni streotype, filem ni tak ada kelainan, filem ni tak sehebat DDLJ dan KKKG serta macam-macam lagi kritikan tajam, itu mungkin kerana mereka mengharapkan yang lebih-lebih dari Dilwale, jadi bila expectation mereka tak seperti apa yang mereka dapat tentu sekali mereka kecewa.

Apa yang boleh saya katakan, DDLJ dibuat 20 tahun yang lalu. Waktu itu resepi untuk menghasilkan filem yang hebat tidak sesukar zaman sekarang. Kalau anda expect Dilwale akan menggunakan resepi yang sama seperti DDLJ atau Kuch Kuch Hota Hai atau Kabhi Kushi Kabhi Gham sekalipun, pasti Dilwale akan menjadi filem yang terkebelakang dan ketinggalan zaman. 

good team work

Dilwale Ada Formula Tersendiri

Team produksi Dilwale ada style dan citarasa sendiri dalam mengolah sesebuah cerita menjadi filem yang hebat. Rohit Shetty sebagai pengarah filem ini pasti tidak mahu filemnya dibayangi oleh DDLJ, KKHH mahupun KKKG. Biarlah Rohit Shetty "bawa" filem Dilwale ini dengan caranya tersendiri. Buat apa nak tiru..!

Bagi saya, Dilwale lengkap dengan semua ramuan yang enak untuk dinikmati. Ada komedi, ada aksi, ada romantik, ada elemen kekeluargaan dan semua elemen ini bila digabungkan dapat membuatkan penonton terhibur. Kita ketawa, terharu dan menangis sepanjang menonton filem ini. Baguslah tu kan. Tak kan nak serius sahaja sepanjang 2 jam 30 minit tu, tak enjoy lah..!

world class acting haaa...!! 

Lagu Janam Janam Dan Gerua

Seperti filem-filem Bollywood hebat yang lain, Dilwale juga didatangkan dalam pakej yang lengkap dengan lagu OST yang meruntun jiwa. Sekali lagi Tahniah Dilwale...! lagu-lagu di dalam Dilwale dibuat dengan teliti dan penuh elemen lagu hindustan yang indah. Tak mustahil Janam Janam dan Gerua akan terus meniti di bibir peminat-peminat untuk sepuluh ke dua puluh tahun lagi.

The best songs ever....! :)

nak pergi Iceland..!! nak pergi Iceland..!! 

suka tengok Gerua in making.. suwiit sangat..!! :)

lagu paling berhantu 2015.. kan..??!

Keserasian Shah Rukh Khan Dan Kajol

Ramai yang bagitahu saya, mereka pergi menonton Dilwale sebab nak tengok gandingan Shah Rukh Khan dan Kajol semata-mata. Well, saya harap mereka puas hati lah dapat tengok lakonan SRK dan Kajol yang memang mantap dan penuh keserasian. Jodi terbaik dalam sejarah perfileman Bollywood ni mana pernah mengecewakan.

Tapi sayang lah kalau pergi tengok Dilwale dan bayar tiket mahal-mahal hanya semata untuk tengok Shah Rukh Khan dan Kajol...! Kalau setakat itu, baik tengok Gerua dan Janam Janam kat Youtube je.. free...!

Saya tak tahu la orang lain, tapi bagi saya bila pergi menonton filem bukan sahaja filem hindustan, saya pergi sebab nak tengok hasil kerja mereka secara keseluruhan. Macam mana dia ambil shot yang cantik-cantik, nak tengok mutu lakonan walaupun pelakon sampingan yang membawa watak kecil, nak tengok flow cerita dan naik turun emosi dalam filem tu, nak nikmati bunyi-bunyian yang hebat dan nak lihat sendiri hasil sebuah filem gah dengan bajet berjuta-juta. 

Ya, cuba lah tengok filem kerana filem itu sendiri bukan kerana pelakon semata-mata....! Pasti anda akan lebih menghargai hasil kerja atau hasil seni orang lain. Saya selalu percaya filem yang bagus itu bukan sahaja bergantung kepada pelakon yang cantik dan kacak tapi bergantung juga kepada jalan cerita, skrip, muzik, kesan khas, mesej yang nak disampaikan dan sebagainya. 

the best jodi

Lakonan mantap daripada pelakon-pelakon lain di dalam Dilwale juga tidak sepatutnya dipandang sepi. Tanpa mereka tak jadilah Dilwale tu.. hehehehe. Mereka juga memberikan persembahan yang baik dan memuaskan hati terutama pelakon veteran seperti Johnny Level dan Boman Irani

Lakonan Varun Bawan dan Kriti Sanon paling teruk dikritik dan dihentam.. hahahaha..!! kesian diaorang. Sebagai pelakon baru, memang lah banyak lagi yang perlu dipelajari. Kita bagi la peluang, lagipun mungkin pengarah yang arahkan mereka berlakon macam tu supaya tak over shadow SRK dan Kajol kot kan.. hahahahaha...! lol.. :p

Veer dan Ishita .. kurang serasi tapi boleh laaaaaa...! :)

Scene Dilwale Paling Saya Tak Suka

Walaupun saya peminat-kipas-susah-mati-Shah Rukh Khan, tapi ada juga beberapa scene lakonan SRK dalam Dilwale ni yang saya tak suka dan bagi saya dia over acting sangat. Contohnya scene masa Kaali kena tembak tu, cara SRK jatuh siap tangan tergapai-gapai tu memang over..! hahahahaha.. :) Lagi satu masa SRK lari-lari atas tasik dalam lagu Gerua... owhhh, cara lari tu soooooooooo SRK..!! setiap kali saya tengok scene tu mesti saya tergelak.. :p

Tapi ye lah kan, Shah Rukh Khan tetaplah Shah Rukh Khan..! lakonan dia memang ada style tersendiri yang tak boleh ditiru oleh orang lain. Walaupun nampak macam over acting, tapi itu lah Shah Rukh Khan and I Love You Shah Rukh Khan forever.....! :) 

scene dalam hujan ni sungguh mendebarkan... hahahahaa..!! :p

Scene tak logik pun banyak juga antaranya masa kumpulan Kaali kena serang dengan kumpulan Malik tu, boleh pula kereta yang dah terbalik-terbalik tu tetiba bersusun elok punya cantik. Bila masa entah kuncu-kuncu Malik gi angkat and susun kereta-kerta yang dah terbalik tu.. hikksss...!

Scene kereta King kena curi tu pun tak logik tapi saya rasa scene tu perlu dibuat nak bagi penyebab je pun. Kalau kereta King tak kena curi, tak dapatlah King kenal Kaali at the end tu kan..! hehehee.. :)

Selain tu saya agak terganggu la tengok dress up Meera yang tak nampak perubahan sangat. Lepas 15 tahun pun Meera masih nampak muda cantik dan gaya agak sama. Tak nampak beza sangat mcm Kaali dengan Raj.. kan..? Owhh.. i love Raj dengan jambang-jambangnya... macho...!! I wish Meera yang selepas 15 tahun patut nampak lebih matang dan sophisticated..! Tapi apapun Kajol memang giler cun dalam Dilwale. Jauh beza Kajol dalam DDLJ... hahahahaha..!! 20 tahun makin cantik dan putih gebu gebas.. kau mampoooo...!! kikikikikiii... :)

Scene Paling Saya Suka

Banyak la pula scene yang saya suka. Hampir semua scene SRK dan Kajol saya suka. Tengok ulang-ulang kali pun boleh. Entah magik apa yang mereka pakai sampai nampak natural sangat bila berlakon berdua. Kalau mereka lakonkan scene sedih tu memang boleh rasa kesedihan tu sampai berjurai airmata saya tanpa dipaksa-paksa.

Errmmm.. tapi scene yang saya paling suka tentulah scene Kaali dan Meera berbaik semula tu. Arrgghhh....!! melting sangat... hahahahaa..!! Cara Kaali dan Meera buat macam ala-ala awkward dan malu-malu tu sangat sweet di mata saya. Tiba pula part Kaali nak turun tangga dan toleh ke arah Meera sambil senyum tu, alahaaiiiiiiiii... melting lagi doploh kali..!! :)

melting doploh kali woiiii...! :)

Saya dah tonton Dilwale7 kali sebelum buat review ni. Gerua dan Janam Janam pun dah ulang kali tengok sampai tak terkira berapa kali. Kesimpulannya, saya suka Dilwale. Filem yang menghiburkan dan antara filem yang saya boleh tonton berjuta kali sekalipun. Apa yang anda harapkan dari sebuah filem Shah Rukh Khan selain rasa gembira, ketawa, menangis dan terhibur secara keseluruhannya? Itu memang identiti filem-filem Shah Rukh Khan kannnn..

Maaf lah kalau review ini terlalu menyebelahi Shah Rukh Khan dan Dilwale itu sendiri. Nak buat macam mana, dah nama pun peminat-kipas-susah-kuat-mati Shah Rukh Khan kan, mana boleh biar je dia kena kutuk...!! hahahahahaa... :)

Sempena Dilwale, saya tukar colour tema blog ni kepada Biru Kelabu ala-ala macam Janam Janam..! auucchhh...!! nampak sangat tak boleh move on lagi.. kahh kahh kahhh... :)

Sekian review saya, anda yang dah tonton Dilwale tu apa pula pandangan anda..? share lah.. :)


Forever, forever, forever, Walk by my side
Promise me that will meet me again
We are two bodies, but our hearts beat as one
Be mine, forever
Do not leave me ever

Υou are my twilight
for you, my heart aches
And only you can allay the pain
I have only one wish ever
Be mine, forever
Do not leave me ever

Aha ha ha... haa... haaaaa..
Aaaaaaaaa... Aaaaaaaaa..







Gambar : semua dari Google Image


Why Men Can Only Do One Thing At A Time And Why Woman Cannot Stop Talking

$
0
0
Banyak pula berita mengejut petang-petang macam ni terutama kes perceraian rumahtangga para artis Malaysia. Lepas pasangan ni, pasangan tu pula bercerai. Macam ada musim bercerai beramai-ramai kan..! Astaghfirullah ala'zim, besar ujian buat mereka. Semoga mereka tabah dan peroleh hikmah di sebalik setiap kejadian dan takdir yang telah Allah s.w.t. tuliskan.

Persoalan Antara Lelaki Dan Perempuan Yang Tidak Pernah Selesai

Mengapa isteri suka bertanya kepada suami, kemudian mendakwa si suami salah setelah mereka memberikan jawapan?

Mengapa orang lelaki tidak pernah jumpa barang yang dicari dalam peti ais dan almari, tetapi boleh pula mencari jalan ke kedai minum yang berhampiran?

Mengapa wanita dapat menyedari kehadiran wanita lain yang lebih cantik dari jauh, tetapi boleh terlanggar pintu garaj pula bila hendak meletakkan kereta?

Mengapa orang lelaki tidak pernah menonton TV tanpa menukar-nukar siarannya?

Review Books Best Seller : Why Men Can Only Do One Thing At A Time And Why Woman Cannot Stop Talking Edisi Bahasa Melayu, Goodreads, Pre order book best seller
Edisi Bahasa Melayu. Cepat buat pre-order..!!
Lupakan segala perkara berbaur politik yang pernah diberitahu kepada kita tentang lawan jantina (walaupun betul)! Lelaki dan wanita tidak sama. Dengan memahami perkara ini merupakan tiket percuma untuk kita menjalin hubungan yang lebih menyeronokkan, memberi kepuasan dan bertahan lama.

Bagaimana Menjalani Hidup Yang Lebih Gembira Dan Harmoni Bersama Pasangan

Dalam buku ringkas yang ‘menjolok’ pemikiran dan mencuit hati ini, pakar mengenai hubungan yang terkenal di peringkat antarabangsa iaitu Allan dan Barbara Pease mendedahkan penemuan baru pada otak manusia, demi mengajarkan kita tentang ‘bagaimana menjalani hidup yang lebih gembira dan harmoni bersama pasangan’.

Sekiranya kita fikir bahawa kita tahu segala-galanya tentang pasangan kita, ataupun berharap kita tahu, maka inilah buku yang sesuai untuk kita!

Saya teruja nak baca buku ni, tak sabar rasanya nak dakap buku ni puas-puas. Nak tak sertai saya, sementara harga murah ni, jom beli sama-sama.. :)

Review Books Best Seller : Why Men Can Only Do One Thing At A Time And Why Woman Cannot Stop Talking Edisi Bahasa Melayu, Goodreads, Pre order book best seller

Baca review mereka yang pernah membaca buku ini versi asal :

Review Books Best Seller : Why Men Can Only Do One Thing At A Time And Why Woman Cannot Stop Talking Edisi Bahasa Melayu, Goodreads, Pre order book best seller

Review Books Best Seller : Why Men Can Only Do One Thing At A Time And Why Woman Cannot Stop Talking Edisi Bahasa Melayu, Goodreads, Pre order book best seller

Review Books Best Seller : Why Men Can Only Do One Thing At A Time And Why Woman Cannot Stop Talking Edisi Bahasa Melayu, Goodreads, Pre order book best seller

Sekarang Bookcafe tengah buka Pre-Order untuk buka Best Seller : Why Men Can Only Do One Thing At A Time And Why Woman Cannot Stop Talking Edisi Bahasa Melayu ni. Hanya RM14.90 (Semenanjung Malaysia) sahaja tau..! Tapi ini harga promosi untuk pre-prder, nanti-nanti bila buku ni dah siap dicetak dan masuk pasaran, mungkin harganya lebih mahal.

WhatsApp AIN hari ni : 0133572379 
untuk pre-order buku ni. 
Kos pos PERCUMA tau...!
Cepat sebelum tawaran ditutup

:)

HOODPATH Travel Blog Giveaway 1.0

$
0
0
Agaknya memang normal lah bila awal-awal tahun ni rasa nak melancong je kan. Saya ingat saya seorang sahaja yang ada keinginan membuak-buak nak berjalan-jalan ni tapi rupa-rupanya ramai lagi kawan-kawan saya pun rasa yang sama. Awal-awal tahun elok lah merancang perjalanan atau percutian kita sepanjang tahun. Selain dapat merancang cuti (bagi yang bekerja) tapi juga dapat buat bajet dan belanjawan sebijaknya.. ewaahhh...!!

Maka, blog-blog traveller menjadi pilihan saya sejak kebelakangan ni. Rajin pula blogwalking ke blog-blog macam ni. Seronok kan baca cerita mereka pergi bercuti, banyak tempat menarik yang tak pernah terfikir pun ada, malah mereka tak lokek nak share tips dan panduan penting kalau bercuti ke tempat-tempat tertentu.. :)

HOODPATH Travel Blog Giveaway 1.0



Jom join giveaway Hoodpath ni. Hadiah banyak dan semua menarik..! Sambil-sambil tu boleh usha entry-entry Missdae yang menarik. Banyak tempat dah dia pergi, beruntung betul... :)

KLIK BANNER ye kalau nak join..!
Tarikh tutup : 25 Januari 2016

Cepat..!! Cepat...!!

Kepada Missdae, entry yang akak paling suka dalam blog awak tentulah entry awak pergi Oman tu sebab akak pernah jejak Oman sekali. Itu pun sehari je transit selepas balik Umrah. Memang tak puas menikmati bandaraya Oman yang bersih dan tersusun. Kami juga ada masalah dengan pihak imegresen Oman masa tu, agak mengecewakan lah tapi takpe, ada rezeki InsyaAllah nak kembali ke Oman dan jalan-jalan sepuasnya. Terima kasih untuk entry Oman tu, terubat rindu.. hehehehehe.. :)

Satu lagi, akak nampak wishlist awak tu ada Kashmir. Ya Allah...!! akak pun memang lama dah mengidam nak ke Kashmir tu. Orang kata Kashmir cantik macam syurga kan.. :) Semoga wishlist awak akan tercapai tak lama lagi. Aamiin.

:)


Ian Usher | The Man Who Sold His Life On EBay

$
0
0
Kelmarin saya menonton satu rancangan traveler di BBC On Earth. Saya amat tertarik tentang kisah lelaki ini dan rasa ingin berkongsi dengan kalian semua. Mungkin ada yang pernah baca tentang kisah beliau sebab kisah beliau ni kira popular dan viral juga suatu masa lalu. Tapi bagi yang tidak tahu mengenai lelaki hebat ini, boleh cuba baca Wikipedia Ian Usher.

Ian Usher buy his owned island in Panama
Ian Usher di hadapan rumah kayunya di pulau terpencil sekitar Panama

A Life 4 Sale

Ian Usher seorang lelaki kelahiran England yang bekerja di Australia. Pada tahun 2008 ketika usia beliau 50 tahun, setelah bercerai dengan isterinya, Ian Usher mula mengumpulkan semua barang-barang milik peribadinya untuk dijual di Ebay. Barang-barang itu termasuklah rumah, kereta, motorbike, peralatan dan kelengkapan rumah dan banyak lagi. Ian Usher kemudian dikenali dengan gelaran "A Life 4 Sale" dan telah menulis sebuah buku mengenainya.

Ian Usher kemudiannya telah pergi menjelajah ke seluruh dunia untuk menunaikan impiannya sambil melakukan aktiviti-aktiviti yang disukainya. Beliau telah melancarkan 100 Goals In 100 Weeks antaranya melawat tempat-tempat unik di dunia seperti Tembok Besar China dan aktiviti-aktiviti lasak yang lain.

Ian Usher, 100 Goals In 100 Weeks

Ian Usher, 100 Goals In 100 Weeks

Ian Usher, 100 Goals In 100 Weeks

Ian Usher, 100 Goals In 100 Weeks

Beliau kemudiannya telah menggunakan baki duit itu untuk membeli sebuah pulau terpencil di Panama dan memulakan hidupnya seorang diri. Ian Usher telah membina sebuah rumah kayu sederhana yang mempunyai punca tenaga elektrik dari sistem solar. Ian Usher menternak ayam dan kambing serta menanam sayur-sayuran sebagai punca makanananya. Ini semua dibuat sendiri tanpa bantuan sesiapa mahupun kecanggihan teknologi.

Kisah hidup Ian Usher yang down to earth ini telah mendapat perhatian ramai dan menjadikan beliau terkenal kisah beliau turut menginspirasikan orang lain.

Ian Usher,

Setelah beberapa tahun tinggal sendirian di dalam pulaunya itu, Ian Usher kini telah ditemani oleh teman wanitanya bernama Vanessa Anderson. Pun begitu, mereka berdua tinggal di pulau tersebut tidak lama, Ian Usher telah mengambil keputusan untuk menjual pulau kesayangannya itu demi memenuhi impiannya yang lain pula.

Ian Usher dan Vanessa mula merantau bersama-sama untuk menunaikan impian masing-masing dan terbaru mereka lebih dikenali sebagai Pasangan Nomad yang berpindah dari satu destinasi ke destinasi yang lain mengikut keadaan.

Mereka akan menetap di sesuatu tempat antara 3 bulan ke satu tahun bagi mempelajari cara hidup masyarakat di kawasan itu. Mereka memilih untuk tinggal secara House Sitting sahaja bagi menjimatkan perbelanjaan selain mencari kelainan. Anda boleh baca lanjut tentang perkembangan pasangan ini melalui blog beliau :


Apa Yang Boleh Dipelajari Dari Kisah Ian Usher

Saya rasa sangat tertarik dengan cara Ian Usher melihat kehidupannya. Walaupun sudah berusia 50 tahun, beliau tidak takut untuk mengambil keputusan besar dalam hidupnya dan keluar mengejar impian peribadinya sendirian. Wang ringgit, rumah besar, kereta mewah malah pangkat dan kerja yang menjamin bukannya sesuatu yang akan mengikat beliau.

Sejauh mana kita mampu mengikut jejak Ian Usher ini..? Beranikah kita..? Sudah bersediakan kita meninggalkan zon selesa ini untuk mengejar sesuatu yang tidak pasti dan lebih mencabar?

Renung-renungkan.. :)

Semoga memberi inspirasi kepada anda juga..!






Segmen Irrayyan | Sejarah Blog Dramatic Uniq

$
0
0
Walaupun agak terkocoh-kocoh dan macam tak cukup masa, tapi sebab segmen Mommy Irrayyan ni sangat menarik kan. Rugi rasanya kalau saya ketinggalan. Mesti nak join juga, idea pun dah berlegar-legar dalam kepala sejak malam tadi. Walaupun hakikatnya, tak banyak pun yang saya nak cerita pasal blog ni. Maklumlah baru berusia setahun, baru nak bertatih.

Anda boleh baca banyak lagi cerita menarik pasal sejarah blog masing-masing daripada peserta segmen Mommy Irrayyan ni, saya pasti anda akan terhibur baca entry mereka. Saya sendiri tersengeh-sengeh masa baca cerita mereka. Menarik, kelakar dan mengimbau kenangan.

Segmen Blog Irrayyan

Kalau nak join, cepat lah klik banner di atas.
Tapi masa dah tak panjang. 
Segmen ni tamat pada 12:30 tengahari 28 Januari 2016
(huhuhuhuhuu.. harap Mommy Irra boleh panjangkan lagi tempoh..)

Sejarah Blog Dramatic Uniq

Nama Dramatic Uniq ni saya tak ambil sempena apa-apa atau siapa-siapa pun. Cuma mungkin sebab saya ni peminat filem-filem hindustan, jadi secara logiknya saya memang minat benda-benda yang drama kan...! hehehehehe. Perkataan Dramatic Uniq ni muncul secara tiba-tiba dan saya terus menyukainya. Tanpa berlengah terus buat nama blog.

Tapi sekarang rasa menyesal sikitlah sebab saya rasa nama Dramatic Uniq ni complicated sangat. Susah orang nak ingat, kalau ingat pun mesti salah eja.. hahahahaha..! Macam tak elok untuk SEO kan? Tapi tak apa lah sebab saya memang suka nama ni dan dah ambil domain dengan nama ni, rugi pula kalau nak tukar-tukar lagi. Lagipun saya memang suka kelainan.

Oh ya, blog Dramatic Uniq bermula dengan platform blogspot dan bermula 20 Mei 2015, blog Dramatic Uniq secara rasmi menggunakan domain www.dramaticuniq.com Alhamdulillah.

Exchange Feed Group, niche blog, SEO blog, responsive template blog,
Blog Dramatic Uniq

Niche Blog Dramatic Uniq

Secara ringkasnya niche blog Dramatic Uniq ini adalah Healthy Lifestyle and Infotainment Blog. Saya cuba menghadkan kepelbagaian di dalam blog ni sebab tak nak jadi carca-marba. Jadi saya akan fokus tentang perkongsian info dan produk kesihatan, info dan berita berkaitan dunia Bollywood dan sesekali akan selitkan cerita dan quotes motivasi yang saya benar-benar harap dapat memberi manfaat kepada pembaca.

Blog Dramatic Uniq Dan Exchange Feed Group (EFG)

Alhamdulillah di awal kelahiran blog Dramatic Uniq ini saya telah "dipertemukan" dengan satu kelab blogger yang baru dibangunkan pada masa itu iaitu Exchange Feed Group (EFG). Selepas saya menyertai EFG banyak yang saya belajar tentang dunia blog antaranya tentang SEO Blog, SEO Entry, cara mengiklankan blog, cara ping blog, apa kepentingan UV dan PV, mengapa perlu membina blog yang mesra SEO dengan template responsive, saya belajar tentang etika seorang blogger dan macam-macam lagi.

Tak terhitung banyaknya ilmu yang saya perolehi melalui EFG selain dapat kawan-kawan baru yang hebat-hebat merangkap sifoo dan penasihat blog paling best..! Oleh itu, saya rasa sangat berterima kasih dan terhutang budi dengan team EFG. Saya tetap setia bersama EFG InsyaAllah sampai bila-bila. 

Exchange Feed Group, niche blog, SEO blog, responsive template blog,
Exchange Feed Group

Akhir kata, terima kasih kepada semua yang sudi datang singgah ke blog Dramatic Uniq ni dan terima kasih kerana sudi follow blog ni. Semoga ukhwah di alam maya ini terjalin dan kekal buat selamanya buat kita semua. Yang baik jadikan ikutan, yang tak baik mohon bagitahu saya. InsyaAllah saya terbuka menerima sebarang teguran dan kritikan. Saya masih baru jadi saya mohon sokongan dan tunjuk ajar kalian. Terima kasih sekali lagi ikhlas dari hati.

Doakan blog Dramatic Uniq terus maju jaya... hehehehe..! :)





Ingatan Daripada Prof. Dr. Muhaya Mohamad

$
0
0
Bait-bait ayat Prof Dr. Muhaya ini sangat menarik untuk dijadikan pedoman buat kita bersama.

..Waktu sedang DI PUNCAK kita merasa banyak teman di sekeliling kita..

..Waktu sedang BERKUASA kita percaya diri boleh melakukan apa saja..

..Waktu sedang TAK BERDAYA barulah kita sedar siapa sebenarnya sahabat sejati yang kita ada..

Waktu sedang JATUH kita baru sedar selama ini, siapakah teman yang memperalat dan memanfaatkan kita..

Waktu sedang SAKIT baru kita tahu bahawa sihat itu sangat penting, jauh melebihi harta.

Waktu kita MISKIN baru kita insaf pentingnya amalan sedekah walau pun seringgit dan pentingnya saling membantu saudara kita..

Bila masuk USIA TUA baru kita tahu rupanya masih banyak amalan dituntut Allah yang belum dikerjakan dan masih banyak ilmu yang kurang malah rupanya kita baru kenal jalan ke masjid.

Saat DI AMBANG AJAL kita baru tahu ternyata begitu banyak waktu yg terbuang sia-sia.

motivasi kehidupan, life is beautiful, kata-kata semangat, positif dalam hidup
Selalu bersyukur dengan kehidupan yang kita miliki

Hidup Tidak Lama

Hidup tidaklah lama,
Sudah saatnya kita bersama-sama membuat HIDUP LEBIH BERHARGA

Saling menghargai,
Saling membantu,
Saling memberi,
Saling mendukung.

Jadilah teman setia TANPA SYARAT..

Jangan saling memotong dan menggunting sesama teman..

Tunjukkanlah bahawa anda masih mempunyai hati nurani yang TULUS. Jauhkan niat jahat untuk mencelakai atau memfitnah.

Jauhkan niat memaksa seseorang melakukan suatu hal untuk kepentingan peribadi kita.

Apa yang ditabur itulah yang akan dituai

Langit Tidak Selalu Biru

Allah swt tidak pernah menjanjikan bahawa langit itu selalu biru, bunga selalu mekar dan mentari selalu bersinar. Tapi ketahuilah bahawa Allah swt selalu memberi pelangi disetiap badai, senyum disetiap air mata, Rahmat dan berkat di setiap cubaan, dan jawapan di setiap doa......

Jangan pernah menyerah..
Teruslah istiqamah beribadah.. kerana..
HIDUP INI TERLALU INDAH untuk dibiar menjadi sia-sia

Hidup bukanlah suatu tujuan, melainkan sebuah persinggahan sementara..

Sahabatku,
Indahnya hidup bukan kerana banyak orang mengenal kita, besarnya kuasa kita, hebatnya pengaruh kita tetapi berapa ramaikah orang yang merasa bahagia kerana mengenali kita..

~ Prof Dr. Muhaya Mohamad ~
Profesor Oftalmologi AUCMS dan Penceramah Motivasi

Life is beautiful, kata-kata motovasi, tazkirah Jumaat, motivasi kehidupan
Prof. Dr. Muhaya Mohamad


Siti Nordiana Juara Gegar Vaganza Pun Amalkan Pinkylicious

$
0
0
Rasa lama pula tak update pasal produk terlaris di pasaran ni. Makin hari semakin ramai yang nak cuba Pinkylicious ni, maknanya makin ramai nak kulit cerah merah jambu. Memang kalau kulit putih saje-saje tapi pucat tak cantik kan. Putih yang kemerah-merahan barulah cantik dan manis dipandang. Yang paling penting nak dapatkan kulit cerah merah jambu secara sihat ya..! Jangan salah pilih produk tau..!

Pengguna Pinkylicious, Produk Blinq, Soluble putihkan kulit yang selamat dan halal
Nana pun nak kulit cerah merah jambu..! :)

Siti Nordiana Pun Amalkan Pinkylicious

Siapa tak kenal dengan Siti Nordiana atau lebih mesra dipanggil Nana ni kan. Sejak menjuarai Gegar Vaganza tempoh hari, makin melonjak-lonjak nama Nana. Tahniah untuk Nana, dengar kata peminat beliau pun makin bertambah sekarang ni. Ramai yang dah buka mata dengan bakat Nana. Alhamdulillah, happy tengok rezeki Nana sekarang.

Nana pun cuba Pinkylicious tau, jadi jangan terkejut kalau lepas ni kita tengok Nana yang hitam manis ni tiba-tiba muncul dengan kulit cerah merah jambu pula.. hehehehe. Jangan ada yang tuduh Nana ambil suntikan pula, tapi sebenarnya Nana amalkan Pinkylicious you allsss...!! Jangan jealous.. :)

Pengguna Pinkylicious, Produk Blinq, Soluble putihkan kulit yang selamat dan halal

Soluble Putihkan Kulit Pertama Di Malaysia

Pinkylicious ini dapat membantu dalam mendapatkn kulit cerah yang kemerah-merahan (pink) secara keseluruhan. Dengan menggunakan teknik "soluble" pertama di Malaysia segala khasiat dapat diserap masuk secara maksima, di tambah pula dengan ramuan istimewa terutamanya Ekstrak Sakura. Selain itu ia juga mengandungi Grape Seed, Vit C, Exstrak Apple, Green Tea, Aloe Vera & Apricot Seed yang sangat bagus untuk kulit anda.

Cerahkan kulit anda secara menyeluruh sambil merawat masalah-masalah kulit yang lain. BACA LANJUT mengenai Pinkylicious DI SINI

Mereka juga sudah mengamalkan Pinkylicious dan merasai sendiri kesan baik produk ini kepada kulit mereka. Anda bila lagi ?

Pengguna Pinkylicious, Produk Blinq, Soluble putihkan kulit yang selamat dan halal
Pengguna Pinkylicious yang gembira

Pengguna Pinkylicious, Produk Blinq, Soluble putihkan kulit yang selamat dan halal
Mereka gembira mendapatkan kulit cerah merah jambu

Pinkylicious di Nasi Lemak Kopi O TV9, Produk Blinq, Soluble putihkan kulit yang selamat dan halal
Pinkylicious di Nasi Lemak Kopi O TV9


DAPATKAN PINKYLICIOUS ANDA HARI INI...!!
Sebotol hanya RM69 (Semenanjung Malaysia)
Harga Promosi RM130 untuk dua (2) botol

Cepat order hari ini. 
WhatsaApp AIN : 0133572379




Bollywood | Anak Beranak Pelakon

$
0
0
Alhamdulillah masuk sudah kita ke bulan Februari yang bahagia. InsyaAllah semoga bulan ini memberi peluang dan rezeki yang lebih baik buat kita semua. Dengan keadaan ekonomi dan gossip politik yang tak sudah-sudah melanda Malaysia ni, apa lah sangat yang nak kita harapkan selain Malaysia terus aman dan kita saling sayang menyayang... :)

mewarisi bakat seni ibu dan bapa mereka
Februari di buka dengan entri pasal dunia Bollywood.. hehehehee..! Nampak sangat tak boleh "berenggang" dengan dunia hindustan ni. Okey, hari ni saya share pasal pelakon-pelakon cantik manis di Bollywood yang mempunyai pertalian darah dengan orang seni juga. Kira macam anaknya artis, mak ayahnya pun artis.. macam tu lah..!

Mungkin ada yang dah tahu, tapi mungkin ada juga yang baru tahu. Jom kita layan gambar-gambar ye.. :)

Like Father Like Daughter

Saya mulakan dengan pasangan adik-beradik yang paling popular ni. Siapa tak kenal dengan Karisma dan Kareena Kapoor kan? Tapi mungkin ada yang masih keliru, siapa bapa mereka ni dan apa kaitan mereka dengan keluarga Kapoor.

Like Father Like Daughter, Karisma Kapoor, Kareena Kapoor
Karisma dan Kareena Kapoor bersama bapa mereka Randhir Kapoor
Karisma dan Kareena Kapoor adalah anak kepada Randhir Kapoor. Maka, mereka ni anak saudara lah kepada Rishi Kapoor (pelakon Bobby tu) cucu kepada Raj Kapoor, cucu saudara kepada Shammi dan Sashi Kapoor. Tak lupa mereka bersepupu juga dengan Randbir Kapoor. Haaa.. memang semua kapoor kapoor lah... hehehehee..!

Karisma Kapoor, Kareena Kapoor Khan, Saif Ali Khan
Karisma bersama pasangan suami isteri Kareena dan Saif Ali Khan
Faham ke ni..? hahahahaha.. :)
Takpe lah nanti buat entry khas untuk keluarga Kapoor je. Lain kali eh...!

Seterusnya Sonam Kapoor dan Anil Kapoor. Father and daughter paling sensasi di arena Bollywood masa kini sebab dua-dua pelakon yang hebat. Sudah la bapanya handsome, anak pula cantik sampai Sonam Kapoor ni dikenali sebagi ikon fesyen tau...! Ohh ya, mereka berdua tidak ada kaitan dengan keluarga Kapoor yang atas tadi.. hehehehe. Kebetulan je sama-sama Kapoor.. :)

Like Father Like Daughter, Sonam Kapoor, Anil Kapoor
Anil Kapoor bersama anaknya Sonam Kapoor
Like Father Like Daughter, Sonam Kapoor, Fesyen Icon Bollywood
Ikon fesyen Bollywood Sonam Kapoor
Bagi pasangan father daughter yang ini pula, ramai yang mungkin tak tahu. Sonakshi Sinha sebenarnya anak kepada pelakon popular era 70an iaitu Shatrughan Sinha. Sonakshi kini aktif berlakon selepas kejayaan filem sensasinya di samping aktor Salman Khan dalam filem Dabangg.

Like Father Like Daughter, Sonakshi Sinha, Shatrughan Sinha
Sonakshi Sinha bersama bapanya Shatrughan Sinha
Like Father Like Daughter, Sonakshi Sinha Classic Look
Sonakshi Sinha mewarisi wajah wanita India klasik 
Sepasang lagi father daughter yang ramai tak tahu ialah pasangan Sharaddha Kapoor dengan ayahnya Shakti Kapoor. Ya, yang selalu berlakon watak jahat dalam filem hindustan dulu-dulu tu.. hehehehe. Siapa sangka, Shakti Kapoor ni ada anak perempuan yang cantik dan pandai berlakon pula tu. Haa.. pasangan ni pun tak ada kena mengena dengan keluarga Kapoor yang atas tadi. 

Like Father Like Daughter, Sharaddha Kapoor, Shakti Kapoor
Shakti Kapoor bersama anaknya Sharaddha Kapoor
Aasyiqui2 hero and heroin, Aditya Roy Kapur, Sharaddha Kapoor
ehh..!! nak juga selit gambar boipren i olss ni.. hehehehe.. :)
Ini pula pendatang baru dalam industri filem Bollywood. Athiya Shetty merupakan anak perempuan Sunil Shetty. Pelakon aksi yang popular sekitar tahun 90an dulu. Athiya Shetty ni mirip bapanya terutama di bahagian bibir.. :) Harap bakatnya pun sama lah..!

Like Father Like Daughter, Sunil Shetty, Athiya Shetty
Sunil Shetty bersama anaknya Athiya Shetty
Hero Bollywood Film, Hero, Athiya Shetty First Movie
Filem pertama Athiya Shetty iaitu Hero
Pasangan yang ni special sikit sebab si ayah ni bukan sahaja seorang pelakon tetapi juga dikenali sebagai pelawak yang sangat popular. Boleh dikatakan semua filem hindustan yang hebat-hebat era 90an dulu mesti ada si ayah ni. Beliau yang dimaksudkan adalah Johnny Level dan anak perempuannya Jammie Level. Anak perempuannya kini walau tidak berlakon filem tetapi popular sebagai stand-up comedian sama seperti ayahnya suatu masa dulu.

Like Father Like Daughter, Johnny Level, Jammie Level
Johnny Level bersama anaknya Jammie Level

Like Mother Like Daughter

Okey kita masuk ke kategori seterusnya, pasangan mak dengan anak pula ya. Mungkin ramai tak sedar pelakon-pelakon perempuan era 70an dan 80an dulu sebenarnya mempunyai anak-anak yang hebat dan berbakat juga. Sekarang masing-masing dah jadi pelakon popular. Ikut jejak mak.. :)

Mengungguli carta tentulah pasangan ibu anak yang paling popular ni iaitu Tanuja Mukherjee dan anaknya Kajol Devgan. Sama cantik dan sama berbakat. Nama mereka berdua kini sudah menjadi antara lagend yang digeruni di arena Bollywood

Like Mother Like Daughter, Tanuja, Kajol, Kajol Devgan
Tanuja Mukherjee bersama anaknya Kajol Devgan
Seterusnya pasangan ibu anak yang tak kurang popular sebab sama cantik, sama berbakat dan sama-sama mengukir nama iaitu Sharmilla Tagore dengan anak perempuannya Sonali Ali Khan. Sonali juga merupakan adik perempuan Saif Ali Khan sekali gus merupakan adik ipar Kareena Kapoor.

Like Mother Like Daughter, Sharmilla Tagore, Sonali Ali Khan
Sonali Ali Khan bersama ibunya Sharmilla Tagore
Pasangan ibu anak yang tak kurang hebat juga adalah Herma Malini dan anak perempuannya Eisya Deol. Walaupun Eisya Deol kini sudah menyepi daripada dunia lakonan selepas berkahwin, namun pasangan ibu anak ini tetap mendapat perhatian media setiap kali mereka keluar bersama.

Like Mother Like Daughter, Herma Malini, Eisya Deol
Eisya Deol yang mewarisi kecantikan ibunya Herma Malini
Jangan tak tahu, bapa Eisya Deol juga seorang pelakon hebat era 70an dan 80an iaitu Dharmendra Deol. Sekali gus Eisya Deol ini adalah adik beradik tiri dengan Sunny dan Bobby Deol.

Manakala pasangan ibu anak yang makin dilupai adalah pasangan ibu anak sensasi bermata cantik iaitu Dimple Kapadia bersama dua orang anak perempuannya iaitu Twinkle dan Rinke Khanna. Kedua-dua anak perempuan Dimple juga merupakan seorang pelakon tetapi nama mereka tidak sehebat nama Dimple sendiri di arena perfileman Bollywood.

Like Mother Like Daughter, Dimple Kapadia, Twinkle Khanna, Rinke Khanna
Rinke Khanna - Dimple Kapadia - Twinkle Khanna
Bapa kepada Twinkle dan Rinke Khanna ini juga merupakan aktor romantis popular era 70an dan 80an iaitu tidak lain tidak bukan pastinya Rajesh Khanna. Twinkle Khanna kini sudah tidak berlakon lagi sejak berkahwin dengan aktor Akshay Kumar.

Akshay Kumar, Twinkle Kumar, Twinkle Khanna
Akshay Kumar disamping isterinya Twinkle Kumar

Okey, itu sahaja yang sempat saya senaraikan. Ada yang mengejutkan anda..? Ya, terimalah hakikat mereka memang pasangan ibu anak atau pasangan ayah anak yang sebenar. Bakat seni dan kecantikan yang diwarisi daripada ibu dan ayah mereka. Tak semua berjaya mencipta nama sehebat ibu dan ayah mereka, namun masing-masing tetap ada cara tersendiri dan kelebihan yang istimewa yang tidak dimiliki oleh orang lain.

Pasangan mana menjadi pilihan anda..? 





Lembaga Tabung Haji Umum Bonus 8%

$
0
0
Alhamdulillah, syukur akhirnya yang dinanti-nantikan kedengaran juga. Walaupun terpalit pelbagai kontroversi sepanjang tahun 2015, namun Lembaga Tabung Haji yang disayangi ramai rakyat Malaysia ni akhirnya mengumumkan secara rasmi bonus pendeposit TH bagi kewangan tahun 2015 sebanyak 8%(5%  Bonus Tahunan + 3% Bonus Haji) sebentar tadi. Maka ramai lah penabung-penabung TH tersenyum kegembiraan. 

Saya sebagai penabung setia sejak kecil ni tentulah turut bergembira dan bersyukur. Lembaga Tabung Haji memang dekat di hati saya sebab arwah ayah saya dulu bekerja dengan Lembaga Tabung Haji. Saya ni dari sejak lahir dah biasa dengar perkataan Tabung Haji tu, sampaikan masa zaman sekolah saya dipanggil 'Anak Tabung Haji' ..hehehehe. Nasib baik bukan anak tabung uji. Oppssss...!

Okey panjang pula iklan :p

Bonus Pendeposit TH 2015, Bonus Haji untuk pendeposit yang belum pergi menunaikan Haji
Lembaga Tabung Haji Umum Bonus 8%

Bonus Pendeposit TH 2015 Sebanyak 8%

Bermula pada Rabu (10 Februari 2016) minggu depan para pendeposit boleh menyemak pengkreditan Bonus Pendeposit TH 2015 melalui kaunter TH atau ATM bank-bank rakan strategik TH iaitu Bank Islam, Bank Rakyat dan Maybank Islamic. Harap maklum, perkiraan peratus bonus ini dibuat dengan mengambil kira zakat sebanyak 2.5% ya, jangan risau.

Cara kiraan pula adalah seperti berikut :

Pengiraan Bonus Pendeposit TH 2015, Lembaga Tabung Haji Malaysia

Tinggi juga Bonus Haji tahun ni, 3% kan. Tahun lepas (2014) hanya 2% sahaja Bonus Haji. Alhamdulillah ye, walaupun saya sedih la juga sebab tak dapat dah Bonus Haji.. huhuhuhuu. Tahun ni saya dapat yang 5% sahaja, itu pun dah syukur alhamdulillah. Semoga pada tahun-tahun akan datang TH dapat bagi bonus yang lebih berbaloi-baloi lagi. Aamiin. Sayang TH..! :)

Apa Itu Bonus Tahunan Dan Bonus Haji?

Rupanya masih ramai yang keliru bila Lembaga Tabung Haji umumkan bonus pendeposit secara berasingan tu. Ada yang tanya apa yang 5% dan apa pula yang 3% tu? Okey, sebenarnya kita kena ingatlah ya, Lembaga Tabung Haji ni kan special sedikit, maklumlah Lembaga Tabung Haji bukan macam bank-bank tempat simpan duit yang lain.

Tujuan kita nak menyimpan di Lembaga Tabung Haji tentulah kerana nak pergi menunaikan Haji, InsyaAllah sebab tu Lembaga Tabung Haji khususkan Bonus Haji untuk memberi galakan kepada pendeposit yang belum pernah pergi menunaikan Haji tu mencukupkan jumlah tabungan mereka, sekali gus dapatlah pergi Haji cepat sedikit. Tapi janji kena daftar Haji dulu ye..! :)

Bonus Tahunan 5%, Bonus Haji 3%, Bonus pendeposit TH 2015

Nak daftar Haji pun bukan susah. Banyak saluran anda boleh pilih untuk membuat pendaftaran Haji. Melalui kaunter TH boleh, melalui laman web TH boleh, malah mengikut akaun di KWSP pun boleh. Yang penting cukupkan tabungan minima RM1.300 dan cukup semua syarat, anda dah boleh mendaftar Haji. 

Saya menyeru sangat-sangat kepada siapa-siapa yang belum mendaftar Haji tu berbuat demikian dengan SEGERA..! Jangan tangguh lagi, nanti dah tua kerepot tak nampak jalan baru sampai giliran ke Tanah Suci, kan rugi tu. Semasa muda dan masih sihat ni, sahutlah panggilan menunaikan fardhu Haji, InsyaAllah banyak kelebihannya. Kalau pergi Umrah dah berkali-kali malah ada yang pergi Umrah setiap tahun, tapi tak sama pengalaman pergi menunaikan fardhu Haji. Percayalah... :)







Kenapa Perempuan Emosional Dan Kuat Berdrama

$
0
0
Memang susah nak mengakui perempuan ni kuat ikut emosi dan kuat berdrama. Malah saya sendiri sebagai perempuan, tak suka jika di label sebegitu sementelah jika yang melabel itu adalah orang yang tidak mengenali saya secara rapat.

Dalam erti kata lain, asal dia tengok perempuan cepat menangis sahaja dia terus assume perempuan tu emosional, lemah dan hanya pandai berdrama. Sedangkan dia terlupa yang orang perempuan ni boleh menangis kerana banyak sebab. Kalau gembira pun boleh menangis juga kan?

Jadi janganlah terlalu cepat melabel orang perempuan sebagai makhluk yang emosional, complicated, kuat drama dan sebagainya. Tak semua perempuan begitu.


Perempuan Emosional Tak Bermakna Lemah

Seperti yang saya pernah tulis tentang Lelaki Memang Suka Main dalam entry yang lalu, perempuan pula diciptakan sebagai makhluk yang sangat halus jiwanya. Salah satu kelebihan menjadi perempuan adalah kerana sifat sensitif yang telah Allah s.w.t. tiupkan ke dalam jiwa kami. Bayangkan kalau tidak ada makhluk yang bersifat sensitif seperti perempuan di dalam dunia ni, agak-agaknya apa jadi?

Sifat sensitif dan emosional itu lah yang akan seimbangkan sifat kaum lelaki yang ego dan keras hati. Kalau perempuan tak sensitif, lelaki pun tidak akan belajar cara menghargai dan menghormati. Kalau perempuan tidak sensitif, lelaki akan hidup dengan hati yang keras, jiwa yang kosong dan ego yang melangit.


Perempuan Kuat Berdrama

Lucu juga bila ada yang tuduh perempuan kuat berdrama ni complicated dan tidak disukai orang sedangkan orang lelaki pun ramai yang kuat berdrama tidak pula ada yang membenci. Perempuan yang kuat berdrama tu kerana fitrah jiwa seorang perempuan yang dahagakan kasih sayang. Umpama tanah tandus yang sentiasa memerlukan air untuk menyuburkannya.

Mudah sahaja formulanya, kalau kamu layan perempuan tu dengan baik, jadi pendengar yang baik, tunjukkan rasa penghargaan dan berikan peluang perempuan itu menjelaskan apa yang ingin dijelaskan, InsyaAllah perempuan tu tak akan banyak drama...! Simple je..

Tapi kalau kamu asyik pandang negatif kepadanya, tak bagi peluang kepada dia untuk berkembang, kamu selalu cantas dia untuk membesar, maka banyaknya drama yang akan keluar. Kamu juga yang tak larat nak menontonnya nanti.

Jiwa Wanita Halus Dan Sensitif

Jika lelaki dilahirkan sebagai seorang pemimpin, perempuan pula sebagai penyokong. Begitu juga bila lelaki diciptakan untuk melindungi, maka perempuan pula diciptakan untuk dimesrai, dipenuhi dan disantuni. Perempuan kan sebagai hiasan di dunia ni, kalau nak kan perhiasan yang cantik-cantik, kena lah hargai dan selalu berikan perhatian. 

Tak semua perempuan suka dipandang lembik, lemah dan manja. Ramai perempuan zaman sekarang sudah pandai berdikari dan membuat keputusan sendiri. Hormati dan hargailah mereka, bagi mereka ruang yang selayaknya untuk mereka berkembang dan mekar. Jika kamu tidak suka berada di bawah telunjuk mereka, sila stand up and be gentleman lah, bukan main cabar-cabar emosi orang...! tak best la bro...!

Kita di sini untuk saling melengkapi bukan saling memusuhi.
Fikir-fikirkan lah... :)








Change The Trend, Do Not Pretend

$
0
0
Jumpa ni di facebook dan rasa nak share. Anda juga harus mendalami apakah mesej yang nak disampaikan di dalam gambar-gambar yang bersahaja ini. Lihat dan renunglah ke dalam diri kita sendiri. Sejauh mana kita berlaku hipokrit kepada diri sendiri? Kepada siapakah ingin kita sembunyikan sifat jelek kita yang sebenar..?

Change The Trend, Do Not Pretend

Tak salah nak ikut berkempen ke arah kebaikan, tetapi tengok lah juga di dalam diri kita sendiri. Kalau kita nak ubah dunia, mulakan dengan mengubah diri kita sendiri dulu. 

Lets change the trend....! :)

Facebook Page Doctor ASKY.com

Facebook Page Doctor ASKY.com

Facebook Page Doctor ASKY.com

Facebook Page Doctor ASKY.com

Apa salahnya kita jadi diri sendiri dan sebelum up apa-apa status di media sosial, fikirkan dulu sebaik-baiknya. Adakah ia benar-benar menggambarkan diri kita atau kita hanya dahagakan perhatian dan "like" daripada orang lain.

Cikgu saya pernah pesan : Jangan takut jadi diri sendiri...! dan jangan lari dari bayang-bayang sendiri. Kita adalah kita, tak ada yang sama dengan kita...!

:)







Hangat Di Pasaran | Van Lela HipHoody

$
0
0
Saya nak kongsi sikit pengalaman pertama kali mencuba Van Lela HipHoody (Instant Hoodie) yang simple tapi gojes ni. Memang rasa selesa dan puas hati dengan kualiti fabriknya. Dah la senang sangat nak gayakan, sarung je dah siap tak payah nak pin sini-sana, tak payah nak lilit-lilit ke belit-belit ke. Simple sangat..!

Menjimatkan masa sungguh pakai Van Lela HipHoody ni tau..!
Dalam cuaca panas pun rasa selesa je sebab material fabrik dari jenis cotton yang ringan tu. Bahagian dalam (inner) HipHoody ni pula fabrik jenis lycra yang berkualiti jadi selesa sangat, rasa macam pakai inner shawl biasa tu je. 

Trending Fesyen Van Lela HipHoody

Masa mula-mula saya nak order Van Lela HipHoody ni, stock dah habis licin tau. Hebat betul. Saya perlu buat pre-order. Nasib baik tak payah tunggu lama, dalam 5 hari dah restock dan dia terus pos pada saya. Service memang tip-top, tak banyak kerenah admin Van Lela ni. Bagus..! :)

fesyen trending, hoodie shawl, cotton shawl hoodie, shawl mudah dan senang pakai
Van Lela HipHoody Yang Jadi Bualan Hangat
Satu-satunya masalah saya masa nak buat order tu ialah TAK TAHU NAK PILIH COLOUR apa..!! Semua cantik-cantik dan rasa nak grab semua time tu jugak.. hahahahaa..!! Tapi sebab ni kali pertama saya beli, saya beli sehelai dulu la sebab nak cuba kan.

Pilihan Warna Van Lela HipHoody

Saya siap minta adik tolong pilihkan sebab saya dah rambang mata. Lastly saya pilih Shadow Grey yang merupakan antara colour paling favorite ramai dan stock memang laju habis. Cepat-cepat saya letak order dan buat bayaran. Risau tak dapat.. hehehehe.. :)

Tengok la warna-warna yang disediakan ni..!! Comey-comey sangat kann.. :)

Pilihan warna Van Lela HipHoody, Van Lela Online Store, Shadow Grey, Brunette, Scarlet
pilihan warna Van Lela HipHoody
Saya sebenarnya risau kalau muka nampak bulat sangat bila sarung Van Lela HipHoody ni dan kerisauan kedua saya ialah takut HipHoody ni tak labuh menutup dada. Tapi bila HipHoody ni dah sampai dalam genggaman tangan saya, alhamdulillah tak mengecewakan langsung. Labuh boleh tahan la, menutup dada juga, sama macam dalam gambar di facebook Van Lela Online Store.. :)

Dramatic Uniq mencuba HipHoody, Testimoni Van Lela HipHoody, Van Lela Online Store
Okey ke.? .. hehehehe.. :)

Pengalaman Saya Mencuba Van Lela HipHoody

Bagi saya Van Lela HipHoody ni memang menepati ramalan saya. Jadi saya tak ragu-ragu nak syorkan kepada anda semua untuk beli dan cuba sendiri Van Lela HipHoody ni. Kalau anda nak cari kelainan dalam berfesyen apa kata cuba HipHoody yang tengah trending sekarang ni.

Van Lela HipHoody best kerana :

1.  Material fabrik sangat berkualiti dan selesa di pakai
2.  One piece sahaja, sangat sesuai untuk bawa travel
3.  Tak mudah renyuk, again sangat sesuai untuk travel kan..!
4.  Pilihan warna menarik dan pelbagai
5.  Mudah, ringkas, labuh dan trendy

Saya suka bila nak solat tu, lepas ambil wudhuk sarung je Van Lela HipHoody ni tapi tak payah "angkat" yang bahagian luar ke atas, biar je inner tu then terus sarung telekung. Jadi kalau kita solat di tempat terbuka skit pun tak apa sebab aurat tertutup termasuk leher semua dapat tutup. 

Lepas solat, buka telekung then terus "angkat" bahagian luar HipHoody ni dan letak atas, buat macam hoody tu. Betul-betulkan sikit sebab saya nak tutup bawah dagu. Tak sampai 3 minit pun dah siap.. :)

Akan datang saya nak order lagi lah sehelai dua lagi. Lepas ni nak order yang colour Brunette (dark brown) dengan Scarlet (merah bata). Harga pun berpatutan lah dengan kualiti yang kita dapat. Service pun bagus, memang senang hati nak beli lagi kan.. :)

Sehelai RM64.00 sahaja (Tak Termasuk Kos Pos)

Macam mana nak beli..? Boleh check out facebook Van Lela Online Store atau beli terus di butik Vendville dan di Vendoroute seperti alamat berikut :

dapatkan HipHoody anda hari ini..!

Cadangan Penambahbaikan Untuk Van Lela HipHoody

Oleh kerana saya sayang dan suka HipHoody ni dan nak tengok perniagaan Van Lela bertambah maju berkembang, saya nak cadangkan sedikit lah beberapa idea

1. Kalau boleh lepas ni Van Lela buat la HipHoody ni ikut size contohnya L, XL dan XXL. Ramai yang berminat dengan HipHoody ni tapi merasakan ia masih tidak cukup labuh menutup depan dan belakang. Kalau ada pilihan size tentu lebih mudah pembeli nak pilih :)

2.  Kalau beli 3 helai atau lebih, bagi la kos pos PERCUMA atau sama macam beli sehelai iaitu RM6 juga. Jadi kami boleh pakat-pakat dengan adik-beradik atau kawan-kawan beli sekali berhelai-helai.. hehehehee.

Tu je, semoga Van Lela terus maju jaya.. :)



  

 * ini bukan entry berbayar*
** semua gambar tanpa watermark di ambil daripada facebook Van Lela Online Store


Jersi Skuad Kelantan Tajaan Dato Vida Boleh Kuruskan Badan Dan Putihkan Kulit

$
0
0
Pagi tadi sambil memandu ke pejabat, saya minum air kotak Dutch Lady Choclate sebagai pengalas perut. Tak sempat nak breakfast berat pagi tadi. Jadi breakfast yang ringan-ringan je dalam kereta. Hampir tersembur air susu coklat saya bila terdengar berita di radio tentang jersi skuad Kelantan tajaan Dato Vida tu nanti boleh kuruskan badan dan putihkan kulit

Hehehehehe... untung lah pemain pasukan Kelantan kan.. :)

Dato Via Qu Puteh, pasukan The Red Worrior, rekaan jersi berteknologi tinggi
Dato Vida dengan kejutan demi kejutan

Jersi Skuad Kelantan 2016 Boleh Kuruskan Badan Dan Putihkan Kulit

PETALING JAYA : Empat jersi pasukan Kelantan jenama DSV (Datuk Seri Vida) yang akan dilancarkan esok mempunyai kelebihan ‘luar biasa’ apabila benang pakaian itu direka khas untuk kurus dan memutihkan kulit.

Pengasas Vida Beauty Qu Puteh, Datuk Seri Dr Hazmiza Othman atau Dr. Vida berkata, jersi itu menggunakan benang yang direka khas itu dan dihasilkan di kilang di tiga negara iaitu China, Thailand dan Vietnam menggunakan teknologi terkini.

“Keempat-empat jersi yang bakal dilancarkan bagi edisi pertama ini mempunyai fungsi perangkap peluh dan mampu memutihkan kulit. Apabila saya mahu lakukan sesuatu, saya suka memandang ke hadapan dan biarlah hasilnya memberi manfaat kepada semua.

Gambar hiasan 

Teknologi Benang Dengan Kelebihan Luar Biasa

“Jersi ini bermula daripada benang yang mana ia turut berfungsi melancarkan perjalanan darah kepada pemakai selain menghasilkan kelembapan daripada peluh pada badan, sekali gus mampu membakar lemak. Proses mengeringkan peluh itu akan menjadikan kulit putih seolah-olah baharu saja selesai sauna.

“Saya sudah lama membuat rekaan benang ini bagi menghasilkan produk baharu untuk kurus dan putih. Tapi alang-alang mahu reka jersi, jadi saya terus aplikasikan kelebihan ini kepada rekaan jersi skuad Pamoga Qu Puteh The Red Warriors (PQPTRW),” katanya yang dipetik dari Berita Harian.

20,000 Helai Jersi Rekaan Khas Untuk Penyokong

Penaja utama pasukan Kelantan itu berkata, syarikatnya akan mengeluarkan dua versi bagi keempat-keempat rekaan iaitu ‘versi eksklusif’ dan ‘versi penyokong’ dengan pengeluaran sebanyak 20,000 helai untuk edisi pertama.

Katanya, daripada empat rekaannya itu, jersi berwarna tradisi Kelantan merah-putih serta merah jambu-putih akan digunakan bagi perlawanan di tempat sendiri sementara warna merah jambu-hitam dan biru-putih akan digunakan di tempat lawan.

"Majlis pelancaran yang diadakan nanti pasti memberi kejutan luar biasa kepada orang ramai, seolah-olah jersi ini turun daripada angkasa lepas. Harga yang ditawarkan mampu milik bagi membolehkan semua orang dapat memilikinya," katanya.


Rekaan jersi yang sangat memeranjatkan dan sangat mengujakan ini khabarnya bakal dilancarkan esok (11 Februari 2016), jadi sama-sama kita nantikann pengumuman rasmi dari pihak The Red Worrior dan Qu Puteh. Tak sabar rasanya nak tengok rekaan jersi tu kan..? hehehehehe..




Wordless Wednesday | Aamir Khan Quotes

Sihat Dan Istirehat Juga Adalah Ujian

$
0
0
Ramai antara kita yang mudah tewas kepada ujian sihat dan istirehat. Kita sering memikirkan bahawa sihat itu masa untuk diri sendiri dan bukan satu bentuk rahmat pemberian Allah s.w.t. Maka tidak hairan mengapa ramai antara kita hanya 'mencari' Allah s.w.t. semasa kita sedang susah dan sakit. Sedangkan nikmat sihat dan istirehat itu lebih penting untuk kita mengingat Allah s.w.t.

Banyakkan istighfar, Mujahadah diri, Bersyukur atas nikmat sihat
Rehat untuk tubuh tapi hati dan fikiran tetap terus "bekerja" untuk Allah

4 Tips Memanfaatkan Nikmat Sihat Dan Istirehat

Mari kita semak apakah 4 perkara yang boleh kita lakukan dengan mudah semasa sedang berehat. 4 Langkah ini bukan sahaja dapat menjadikan kita hamba yang selalu bersyukur di atas nikmat yang Allah s.w.t. yang banyak tak terhitung ini, malah dapat menjadikan kita insan yang lebih sihat mental, fizikal dan emosi. InsyaAllah

Pertama
Bina Azam Yang Tinggi Untuk Menjadi Manusia Yang Cemerlang Di Sisi Allah s.w.t
Manusia yang berjaya adalah manusia yang selalu bercita-cita tinggi dan sentiasa ingin membaiki diri. Bukan setakat berazam ingin menjadi doktor, juretera dan professor malah lebih daripada itu ingin menjadi hambaNya yang hebat dan dapat menyebarkan dakwah seluasnya. Justeru, ini akan mengelakkan kita melakukan perkara yang sia-sia. Kita akan sibuk memikirkan tentang cita-cita dan azam murni itu sahaja.

Kedua
Menyusun Masa Dengan Baik Dan Bertindak
Setiap pagi sebelum memulakan rutin harian, susun jadual hidup kita sebaiknya. Rancang masa dengan baik dan isi dengan hal-hal yang berfaedah sahaja. Bertindak dan berusaha menyelesaikan semua urusan yang telah dirancang pada hari tersebut. Jangan bertangguh dan jangan asyik berangan tanpa melakukan apa-apa perubahan.

Ketiga
Istighfar Setiap Masa
Virus utama yang menyekat seseorang untuk berubah adalah sifat MALAS. Banyakkan istighfar dan memohon ampun daripada Allah s.w.t. di atas semua dosa-dosa kecil yang telah dilakukan tanpa kita sedar. Banyak istighfar dapat membersihkan diri kita dari dalam, seterusnya dapat menjadikan diri kita lebih 'fresh' dan bersemangat.

Keempat
Mujahadah!
Mujahadah adalah motivasi terbaik untuk kita melawan virus mazmumah di dalam diri. Apabila terbit rasa malas, cepat-cepat jeritkan di dalam hati "Aku kena kuat..! Lawan sifat mazmumah kerana Allah..!!" Di samping itu, elakkan membuat kerja secara sambil lewa kerana ia adalah sifat pemalas dan tidak mahu memajukan diri sendiri.

Semoga perkongsian ini bermanfaat kepada anda semua. Ingatlah bahawa nikmat sihat dan istirehat itu juga perlu disyukuri. Ucapkan ALHAMDULILLAH setiap kali bangun daripada tidur kerana Allah telah berikan satu hari lagi kepada kita untuk menikmati hidup ini.






Sumber  :  Majalah Anis (Feb 2016)



BLINQ FOUNDATION Anti Jerawat Dan Mesra Solat

$
0
0
Hanya 3 minit untuk ubah penampilan anda! Bedak Asas Tanpa Silikon yang boleh dibawa solat! Ia juga menyihatkan kulit secara semulajadi dan mampu menyerap air ke dalam kulit. Memperkenalkan Blinq Foundation dengan wajah baru dan rumusan bahan diperbaharui.

Foundation mesra solat paling hangat dibualkan.....!

Blinq foundation packaging baru, tambahan kulit kayu manis, mesra solat, lulus KKM, sijil halal,
BLINQ FOUNDATION dengan ramuan diperbaharui

BLINQ Foundation Anti Jerawat Dan Mesra Solat

Antara kelebihan Blinq Foundation yang menjadi rebutan hangat ni adalah ramuan bahan-bahan yang digunakan untuk membuat foundation ini semuanya SELAMAT dan HALAL. Kulit berjerawat ke, berjeragat ke semua boleh pakai. Jangan risau..! 

Blinq Foundation sekarang dah ada ramuan kulit kayu manis yang membantu mengawal dan sekali gus merawat masalah jerawat di wajah anda..! :)

1. Tiada silikon
- membenarkan kulit bernafas secara semulajadi

2. Mesra solat
- terus ambil wuduk dan ia menyerap air. Memudahkan solat.

3. Dengan SPF25 untuk melindungi kulit anda dari sinar UV
- ada dua pilihan warna sesuai mengikut kulit anda iaitu NATURAL dan LIGHT



4. Span muka disertakan
- sangat ringan dan mudah digunakan serta tidak bercapuk-capuk

5. Merawat kulit untuk jangka masa panjang 
- kerana mengandungi Vitamin C dan Hyluronic Asid serta ditambah dengan khasiat kulit kayu manis

6. Dijamin HALAL
- gunakan tanpa ragu-ragu

kosmetik berstatus halal keluaran bumiputera, blinq foundation halal


7. Hanya RM59 dan boleh digunakan sehingga 2 bulan
- menjimatkan dan bekas yang comel, mudah dibawa ke mana-mana

8. Berdaftar dengan KKM
- diyakini selamat dan tidak mengandungi bahan-bahan terlarang

testimoni blinq foundation terbaru 2016
testimoni terbaru pengguna Blinq Foundation


Ramai yang telah mencuba Blinq Foundation ini dan sangat berpuas hati dengan hasilnya. Mereka bukan sahaja dapat berjimat dengan foundation yang mesra solat dan selamat ini, malah mereka turut mengesyorkan kepada rakan-rakan yang mengalami masalah kulit berjerawat dan berjeragat.

Akibatnya, masalah kulit mereka dapat dirawati dan akhirnya dapat tampil cantik berseri tanpa parut dan kesan jerawat mahupun jeragat lagi...!

bedak foundation paling laris di Malaysia, trending foundation, bedak foundation yang boleh bawa solat
Blinq Foundation yang telah berpunya, tunggu nak pos sahaja..!

Produk hangat sentiasa larissss.....!
Whatsapp AIN sekarang untuk tempah Blinq Foundation anda. 
Jangan tunggu lagi nanti anda putih mata. 
Stock sentiasa kehabisan. Ayuh cepat order..!

BLINQ FOUNDATION Produk Muslim Bertaraf 5 Bintang 
yang wajib anda cuba..!

BLINQ FOUNDATION WM : RM 59 | EM : RM 65
* Penggunaan sehingga 2 bulan.


WhatsApp AIN : 0133572379





Viewing all 185 articles
Browse latest View live