Quantcast
Channel: DRAMATIC UNIQ
Viewing all 185 articles
Browse latest View live

Adam Corrie Cari Dana Bantu Mualaf Tunaikan Umrah

$
0
0
Saya selalu mengikuti perkembangan saudara Adam Corrie dan isterinya ini melalui akaun facebook beliau. Saya suka melihat cara Adam Corrie membawa diri di dalam industri seni dan di pentas dakwah. Memang kagum dengan semangat dan sikap selalu positif beliau tu sampai kadang-kadang rasa termalu sendiri sebab saya yang dilahirkan dalam keluarga Islam, berpegang kepada Islam sejak kecil malah hidup dengan cara Islam sejak lahir ni pun tak sesabar beliau berdakwah dan berusaha menggali ilmu tentang Islam.

Adam Corrie Jelajah Masjid Cari Dana Bantu Mualaf Ke Mekah

Semalam terbaca di mStar tentang berita beliau sedang berusaha mengumpulkan dana bagi menghantar 40 orang jemaah Mualaf negara ini ke Tanah Suci untuk menunaikan Mekah. Terharu saya baca kesungguhan beliau dan ujian-ujian yang dilalui sepanjang menjayakan misi ini.

Kembara Iman Saudara Baru Siri Ke-2, Dana bantu mualaf ke tanah suci, Adam Corrie
Ayuh sama-sama kita bantu dan sokong usaha murni ini

Kembara Iman Saudara Baru Siri Ke-2 (2016)

PETALING JAYA (11 Feb. 2015) : Pelakon Adam Corrie dan isterinya Fazema Mohd. Fuad terpaksa mengadakan program dan forum dari masjid ke masjid sebagai alternatif untuk mengumpul dana dalam usaha membawa golongan mualaf menunaikan umrah.

Adam atau nama sebenarnya Adam Corrie Lee Abdullah, 48, berkata, perkara tersebut dilakukan untuk mengumpul sebanyak RM380,000 bagi kos perbelanjaan 40 orang mualaf untuk berangkat ke Mekah pada 8 Mac depan.

"Alhamdulillah kita sudah mula projek ini sejak bulan Jun tahun lalu dan setakat ini kami sudah kumpul RM100,000 menerusi sumbangan orang perseorangan dan wang yang di kumpul dari tabung dana yang diedar selepas forum-forum di beberapa buah masjid.

"Tapi itulah, memang belum mencukupi lagi tapi saya masih ikhtiar dan yakin bahawa Allah akan beri rezeki itu bila tiba masanya nanti," ujarnya kepada mStar Online.

Tetap Positif Dapat Mengumpulkan RM380,000 Walau Kesihatan Terjejas

Katanya, seperti tahun sebelum ini, ujian utama mereka apabila beberapa pihak yang pada awalnya bersedia untuk menghulurkan penajaan menarik diri dan gagal dihubungi. Perkara tersebut membuatkan kesihatannya dan isteri terjejas memikirkan bagaimana mencari jalan mendapatkan dana tersebut.

"Mula-mula memang ramai yang berjanji ingin bantu daripada segi sumbangan dana dan bila tiba masanya saya cuba hubungi gagal dan mereka matikan talian telefon.

"Ada juga yang cuba mengelak apabila saya bertanya semula tentang janji mereka untuk sumbangan itu. Saya pun tidak mahu memaksa mereka beri sumbangan kerana biarlah ia dibuat secara ikhlas dan untuk ibadah.

"Saya dan isteri pun sekarang demam kerana sejak memulakan program ini kami tidak cukup tidur kerana fikirkan tentang dana yang perlu dicari," ujarnya.

bantu saudara baru ke tanah suci, adam corrie, pelakon gangster malaysia, pelakon watak jahat, adam corrie kembali fitrah memeluk Islam, pelakon aksi Malaysia
Suka tengok pasangan ni, selalu tersenyum
Selain itu, 40 orang jemaah yang bakal mengikut rombongan umrah tersebut terdiri daripada mualaf yang melepasi sesi temuduga yang dianjurkan.

Katanya, kali ini dia lebih mementingkan tahap ilmu agama individu tersebut sebelum membawa mereka menunaikan umrah.

"Saya adakan temuduga bagi mencari 40 orang jemaah ini kerana saya mahu mereka semua sudah boleh sembahyang dan sudah menghafaz beberapa surah.

"Ini kerana tujuan utama membawa mereka adalah untuk menguatkan akidah dan bukan untuk melancong," ujarnya.

Sementara itu, Adam berkata, dia juga bakal mengadakan satu sidang media berkaitan program tersebut pada 13 Februari ini di Warisan Baiduri Dewan Perdana Indera, Taman Melewar Indah, Gombak.

Adam Corrie
Temui Adam Corrie esok di Masjid Negara



Sumber Berita : mStar Online
Sumber Gambar : Facebook Adam Corrie




Misi Bertukar Kepada Gula Sihat

$
0
0
Alhamdulillah, gembira saya lihat sudah ramai yang mendapat kesedaran tentang BAHAYA GULA PUTIH YANG BERACUN dan sudah mula bertukar kepada Gula Sihat Yang Semulajadi iaitu RCC Stevia Sweetner. Bukan mudah sebenarnya nak meninggalkan kebiasaan kita sejak zaman berzaman, hanya yang benar-benar kuat, berani dan sudah 'mencelikkan' mata mereka sahaja yang bersedia untuk bertukar

Misi Bertukar Kepada Gula Sihat Semulajadi

Macam-macam gaya dan kaedah mereka gunakan untuk menyebarkan kesedaran ini. Nampaknya 'virus' Stevia semakin merebak dan berjaya meresap ke dalam hati masyarakat. Tak kira peringkat umur mahupun jantina, semua sudah memulakan langkah untuk berubah..!

Anda bila lagi..?

RCC Stevia Sweetner, Misi Satu Rumah Satu Botol Stevia
Jom Tukar...!! Beralih kepada Stevia Sweetner 

Skuad Merubah Masa Depan Anak Bangsa

Kalau bukan kita yang sebarkan kesedaran ini, siapa lagi? Sampai bila kita tergamak nak biar anak bangsa kita mati diracuni gula putih yang bertoksid tu? Kita mesti sama-sama sebarkan kesedaran ini, gunakan segala medium yang ada, gunakan kuasa anda, gunakan suara anda, turun padang dan sama-sama berganding bahu untuk menjayakan misi ini...!

Jom tengok Skuad Misi Jom Tukar Kepada RCC Stevia Sweetner di seluruh Malaysia....





Bersemangat saya tengok gambar-gambar mereka berkempen ni, kalah kempen pilihanraya.. hehehehe. Semoga usaha murni ini berterusan dan diperluaskan lagi. Kalau anda terserempak dengan booth RCC Stevia Sweetner macam ni, jangan lupa singgah tau. Jangan takut-takut, jangan malu-malu.. :)

Mengapa Anda Mesti Bertukar Kepada Gula Stevia ?

Ini dia saya ulang sekali lagi, mengapa anda perlu bertukar kepada gula Stevia yang sihat dan semulajadi ni :

1. Gula Stevia merupakan pengganti gula biasa yang mampu menurunkan dan menstabilkan kandungan gula dalam badan amat sesuai bagi penghidap Kencing Manis
2. Gula Stevia dapat menurunkan tekanan darah sesuai bagi pesakit Darah Tinggi dan Jantung
3. Mengurangkan kesan keradangan kulit seperti ruam, ekzema dan mempercepatkan penyembuhan luka
4.  Merawat cirit-birit akibat jangkitan virus seperti Rotavirus
5.  Anti-kanser
6.  Mengawal kandungan air dalam badan
7. Membunuh kuman, kulat serta meningkatkan sistem imunisasi badan
8. Menurunkan dan mengawal berat badan
9.  Memberi tenaga yang berterusan
10.  Mencantikkan kulit dan awet muda disebabkan oleh sifat stevia anti-oksidan dan agen penegang kulit. Anti-oksidan penting bagi melambatkan proses penuaan sel badan

Jadi apa tunggu lagi....??!!
Cepat Bertukar Kepada RCC Stevia Sweetner bersama kami.. :)

WhatsApp AIN : 0133572379





GIVEAWAY EPHYRA 2016 BY NAOMIE LICOUZ

$
0
0

Entah kenapa sejak dua tiga hari ni semua orang sibuk bercakap pasal produk Ephyra ni kan. Saya pun agak 'terliur' juga nak mencuba produk Ephyra yang dah viral ni. Khabarnya ada keluarkan produk terbaru pula tu iaitu Ephyra Skin Nano Advanced Repair Serum, wahh..!! makin mantap produk Ephyra ni.. :)

Tapi sebelum cuba produk baru, marilah kita cuba produk yang dah terbukti berkesan dan ternyata gila-gila laris di pasaran ni dulu. Minuman Kesihatan Ephyra dan Ephyra Skin Bar, siapa tak kenal kan? Memang famous-amoss.. Tambahan pula duta Ephyra yang cantik manis si Memey tu yang promosikan produk ni. Makan terlajak-lajaklah famous-nya.. hehehee. :)

GIVEAWAY EPHYRA 2016 BY NAOMIE LICOUZ

Bagai orang mengantuk di sorongkan bantal, tiba-tiba terserempak pula dengan blog Naomie Licouz yang comel ni. Ada Giveaway Ephyra lah..!! Heyy.. haruslah bersemangat nak mencuba. Mana tahu ada rezeki dapatlah merasa produk Ephyra ni kan.

Jom sama-sama join dan meriahkan giveaway ni.. :)


Produk Ephyra percuma, Giveaway Ephyra 2016, Ephyra Skin Bar, Minuman Kesihatan Ephyra,

macam biasa, KLIK BANNER untuk join.

Syarat-syarat penyertaan mudah, tinggal klik-klik je dah siap.
So, u all jangan ketinggalan ok..! mesti join..!
Ada 13 HARI lagi sebelum tarikh tutup

Cepat join..!


:)




Diet Harian Untuk Kesihatan Jantung

$
0
0
Bagi anda yang masih di usia muda, mungkin anda merasakan tips penjagaan jantung tidak penting kepada anda kerana minda anda sering disogokkan tentang penyakit jantung hanya menyerang golongan yang sudah berusia. Sedangkan, penyakit yang berkaitan jantung ini boleh berlaku kepada siapa sahaja. Paling menakutkan, penyakit jantung kerap berlaku secara mengejut tanpa tanda-tanda ia akan menyerang.


Mulai hari ini, mari kita amalkan gaya hidup sihat yang mudah dan ringkas ini bagi memastikan jantung kita terpelihara dan jauh daripada serangan sakit jantung mahupun sakit-sakit yang berkaitan dengannya.

Diet Harian Untuk Kesihatan Jantung

Selalu orang ingatkan kita untuk jaga pemakanan bagi kekalkan tubuh yang sihat. Orang selalu juga pesan makan banyak sayur-sayuran dan buah-buahan serta minum banyak air dalam sehari. Tapi tahukah anda, sayur dan buah yang mana paling baik untuk kesihatan jantung anda..? 

Jom sama-sama kita ambil ilmu ini.

Makanan Yang Baik Untuk Jantung

Amalkan makan daging panggang dan kacang macadamia kerana kedua-dua makanan ini adalah sumber lemak monounsaturated yang baik untuk jantung. Jangan tinggalkan sarapan kerana sarapan sangat penting untuk pengurusan berat badan. Makan coklat gelap dan sos tomato kerana kandungan flavonoids di dalamnya dapat elakkan saluran darah tersumbat. Kurangkan pengambilan garam malah pastikan anda makan sayuran hijau setiap hari. 


Amalkan juga Vitamin B bagi merangsang jantung yang sihat. Lebihkan juga pengambilan tuna serta flaxseed dalam diet harian kerana lemak omega-3 di dalamnya dapat menguatkan otot jantung. Selain itu makan roti bawang putih kerana antioksida di dalam bawang putih dapat mengurangkan kadar kolestrol. 


Ambil juga telur hancur untuk sarapan pagi bagi  mendapatkan sumber betaine yang baik untuk jantung. Jangan lupa tambah asid folik di dalam diet anda untuk mengurangkan risiko serangan jantung. Sumber asid folik yang baik adalah asparagus, brokoli dan bijirin-bijirin. Buah-buahan yang baik untuk kesihatan jantung adalah grapefruit dan buah-buah beri. 



Minuman Yang Baik Untuk Jantung

Yang pertama, tentu sekali minum air putih sekurang-kurangnya 8 gelas sehari untuk jantung dan pengurusan berat badan yang baik. Jangan sekali-kali tinggalkan air putih/kosong..! Selain itu, pastikan anda minum teh hijau dua cawan sehari bagi mendapatkan sumber flavonoid di dalam teh yang dapat membantu peredaran darah lebih lancar.


Amalkan juga minum jus cranberi kerana jus beri dapat menurunkan kadar HDL kolestrol sebanyak 10%. Selain itu boleh juga amalkan jeli beri biru yang tinggi nilai antioksida. Kurangkan pengambilan gula putih dan gantikan dengan madu atau Gula Semulajadi Stevia sebagai pemanis. Elakkan minum kopi tapi jika tidak mahu meninggalkan terus kopi, pastikan minum kopi kurang 2 cawan sehari.







Sumber : Majalah RAPI Februari 2016
Gambar : Google Image


#First Giveaway by Shazhoniee

$
0
0
Join giveaway lagi..! Sebab saya suka join giveaway yang simple tapi hadiah best..! hehehehe. Lagipun blogger setahun jagung macam saya kena la rajin-rajin sikit join giveaway untuk menambah kenalan sambil-sambil memperkenalkan blog sendiri di persada dunia blogger yang penuh pancaroba ni.. hahahahaha..!

*drama tak abis-abis..! ngee*

#First Giveaway by Shazhoniee
Macam biasa, SILA KLIK BANNER yang comel tu ye kalau nak join..!
Tarikh Tutup : 1 Mac 2016 
(cepat..!! cepat..!! cepat join sesama..!!)

Hadiah utama giveaway Cik Shazaniee ni sangat lah mengiurkan. Dah lama minat kat bawal corak-corak abstrak colour black and white ni. Harap-harap ada la rezeki nak memang hadiah utama..!

Bawal Monochrome

Saya tag kawan : www.bondezaidalifah.com

:)









Makan Makanan Putih Untuk Kesihatan Tubuh

$
0
0
Kita selalu ditekankan tentang pentingnya makan makanan hijau dan buah-buahan jika inginkan berat badan ideal. Kalau kita jatuh sakit pun, pergilah jumpa mana-mana doktor mesti doktor akan pesan makan lebih sayur-sayuran hijau dan lebihkan buah-buahan segar, kurangkan gula, kurangkan garam, kurangkan makanan bergoreng dan sebagainya. Tapi jarang sekali kita dengar doktor pesan lebihkan makan makanan putih (white food). Kenapa agaknya?

Putih tidak semestinya KOSONG dan TIADA khasiat.
Jom kita semak khasiat yang terdapat dalam makanan putih yang terpilih ini. Anda pasti akan cemburu kepada mereka yang gemar menyelitkan makanan putih di dalam diet harian mereka.

White Food (Gambar Hiasan) 

Makanan Putih Untuk Berat Badan Ideal

Buah-buahan dan sayur-sayuran daripada kumpulan putih membantu mengurangkan tekanan darah, mengurangkan kolestrol, menurunkan kadar penyakit kardiovaskular serta membantu mengurangkan risiko penyakit kanser

Jangan lupa, makanan putih ini juga melengkapkan pengambilan makanan seharian kita. Ingat, lebih banyak warna di dalam pinggan makanan kita lebih baik untuk kesihatan tubuh kita. :)

Lobak Putih

Membantu mengatasi masalah pencernaan dan dapat meredakan sembelit. Selain itu, lobak putih juga berupaya merawat selsema dan membantu melarutkan kolestrol di dalam badan. Seterusnya ini sangat baik untuk mengawal berat badan.

Khasiat lobak putih
Lobak Putih

Cendawan Butang

Cendawan sangat baik kerana cendawan kurang kalori dan tidak berlemak. Cendawan juga bebas gluten dan rendah sodium. Cendawan butang sangat penting untuk membekalkan nutrien yang penting seperti selenium, potassium, riboflavin, niacin dan vitamin D.

Khasiat cendawan butang
Cendawan Butang

Kubis Bunga

Kubis bunga mengandungi antioksidan yang baik untuk tubuh terutama untuk wanita mengandung. Kubis bunga ini juga kaya dengan folat dan vitamin A dan B yang mampu membantu pertumbuhan sel. Selain itu kubis bunga juga mengandungi kalsium yang tinggi untuk pertumbuhan tulang dan gigi yang sihat.

Khasiat kubis bunga
Kubis Bunga

Bawang Putih

Bawang putih terkenal mengandungi phytokimia dan allium yang boleh membantu mengurangkan risiko sakit perut, kolon dan kanser dubur. Bawang putih sangat penting dalam pengambilan diet sihat secara harian. Anda boleh amalkan pengambilan roti bawang putih (garlic bread) kerana ia baik untuk jantung. Baca khasiat bawang putih untuk Kesihatan Jantung

Khasiat bawang putih
Bawang Putih

Sengkuang

Sengkuang pula kaya dengan Vitamin C dan merupakan salah satu sumber antioksida terbaik yang dilupai ramai orang. Sengkuang bukan sahaja mampu membantu mengurangkan kadar kolestrol yang jahat di dalam tubuh, tapi juga dapat membersihkan darah di dalam badan kita.


Khasiat sengkuang
Sengkuang

Buah Pir Kuning (Buah Lai)

Ramai tidak tahu buah pir kuning ini kaya dengan asid folat yang sangat baik untuk ibu mengandung. Selain itu buah pir kuning juga kaya dengan Vitamin C yang boleh membantu mencegah infeksi. Kulitnya yang berwarna kuning ini pula mengandungi banyak serat yang boleh membantu melancarkan sistem pencernaan. Buah pir kuning juga kaya dengan antioksidan yang dapat menghalang radikal bebas.

Khasiat buah pir kuning, khasiat buah lai
Buah Pir Kuning

Kesimpulan
Makanan putih yang disebutkan di atas semua mudah diperolehi dan murah sahaja harganya. Ternyata kita tidak perlu bermewah-mewah untuk menukar gaya pemakanan harian kita kepada pemakanan yang lebih sihat. Amalkan pengambilan diet yang seimbang dan beri peluang kepada diri sendiri untuk menikmati kelazatan makanan-makanan berkhasiat ini.

Makanan sihat tak sedap hanyalah mitos. Sekarang dah banyak resepi-resepi hebat yang dicipta oleh chef terkenal menggunkan bahan-bahan makanan yang sihat berasaskan sayur-sayuran dan buah-buahan. Jangan takut mencuba resepi baru.

Selamat menikmati hidup sihat...!
Jom makan makanan putih.. :)





Sumber : Majalah RAPI (Februari 2016)



7 Jenama Fesyen Jam Tangan Popular Di ZALORA

$
0
0
Penggayaan fesyen jam tangan yang sesuai adalah satu kemestian bagi seseorang wanita. Bolehkah iphone, smartphones, tablet mahupun laptop menggantikan fungsi jam tangan, pasti sekali jawapannya TIDAK..! Biar semahal manapun gajet yang anda miliki, tidak akan menyamai perasaan teruja untuk menggayakan jam tangan sendiri. Penampilan anda tidak akan sempurna tanpa seutas jam tangan yang sesuai dengan personaliti diri anda.

Kini, banyak online store yang hangat mempromosikan jenama-jenama fesyen jam tangan popular keluaran tempatan mahupun antarabangsa. Tidak ketinggalan, ZALORA turut menawarkan koleksi penuh jam tangan yang menarik dan pasti dapat menambat citarasa anda.

7 Jenama Fesyen Jam Tangan Popular Di ZALORA

Jom kita tinjau sedikit koleksi jam tangan yang cantik-cantik di ZALORA dari 7 jenama popular ni. Dengan rekaan terkini yang menarik, kualiti tertinggi yang mengkagumkan dan harga pula berpatutan. Anda pasti tidak ingin melepaskan peluang keemasan ini.

SOMETHING BORROWED

Jenama Something Borrowed adalah salah satu jenama fesyen jam tangan yang popular dan tidak asing lagi di kalangan remaja dan kanak-kanak perempuan. Something Borrowed terkenal dengan rekaan warna-warna menarik dengan kualiti yang setanding. Antara keluaran Something Borrowed yang paling popular adalah Print Face Watches yang pasti menangkap perhatian anda. Rekaan ini tampil dengan warna dan corak abstrak yang sangat unik dan sering membuatkan anda terpegun.

Something Borrowed Print Face Watches
Anda boleh memilih sama ada rekaan Feather Print, Light Coloured Tribal Print, Digital Print, Snowflake Graphic Style dan The Overlay Print Face Watch. Warna-warna tali jam tangan yang ditawarkan juga sangat bersesuaian dengan pilihan corak antara muka fesyen jam tangan yang anda pilih. Koleksi Something Borrowed ini pasti sekali dapat memenuhi citarasa fesyen anda dan seterusnya dapat menyempurnakan penampilan anda sesuai dengan majlis yang ingin dihadiri.
Something Borrowed Tribal Face Watches

ALDO

Jenama Aldo pula terkenal dengan rekaan sederhana (simplicity) namun kekal anggun dengan cara tersendiri. Rekaan antara muka jenama Aldo biasanya berbentuk bulat dengan hiasan berkilau dan pilihan warna-warna menarik. Jangan terlepas memiliki fesyen jam tangan dengan sentuhan keemasan yang memukau ini. 

Tidak ketinggalan tali jam tangan jenama Aldo juga turut diberi sentuhan istimewa bagi melengkapkan koleksi mewah dan menawan. Namun, anda boleh dapatkan tali jam tangan yang boleh ditukar-tukar bagi disesuaikan dengan majlis atau aktiviti yang ingin dilakukan. Pilihan tali jam tangan kulit ular dengan sedikit kilauan dan sentuhan eksklusif adalah sangat popular dan memberikan sentuhan istimewa yang sangat luar biasa.

FOSSIL

Jenama Fossil sentiasa mempunyai kelas yang tersendiri dan terkenal dengan rekaan klasik dan vintaj namun tetap menonjol di dalam apa jua situasi dan majlis yang anda hadiri. Rekaan fesyen jam tangan dengan warna-warna seperti Rose Gold-Tone, Smoky, Grey, Brown, Silver-Toned Face Watches antara yang paling menarik perhatian. Dipadankan pula dengan rekaan tali fesyen jam tangan eksklusif seperti Super Slim Leather Straps, Merry Metallic Bands atau Double Bands yang seakan rantai tangan yang menarik. 

Jangan lepaskan peluang melihat koleksi penuh fesyen jam tangan wanita yang popular di LAZADA. Malah anda boleh dapatkan Kod Promo LAZADA Malaysia dengan melawati CouponBelanja.com

Jenama fesyen jam tangan Fossil memang sesuai untuk mereka yang berani, sentiasa mementingkan kehaluan dan inginkan perhatian..! :)

Fossil ES3466 Riley Multifunction Rose-Tone & Sand Leather Watch

DKNY

Apa yang membuatkan fesyen jam tangan DKNY ini sangat menonjol adalah rekaan antara muka yang bulat dan dipadankan pula dengan tali jam tangan berbentuk rantai tangan yang stylish dan kontemporari. Rekaannya nampak simple tetapi tetap elegan. Selain itu rekaan fesyen jam tangan keluaran DKNY terkenal dengan hiasan-hiasan tambahan (emblishment) yang menarik dan menonjol. Malah rekaan DKNY juga selalu menggunakan bahan bekas keluli tahan karat bagi menjaga kualiti simpanan berterusan.

EKYI

Eyki mempunyai reka bentuk yang menarik pada harga yang berpatutan. Rekaan corak bercetak (print design) sangat bergaya dan terkini untuk dimilki oleh sesiapa sahaja yang sukakan gaya santai namun tetap nampak fashionable. Sentuhan corak bunga-bungaan juga pasti memukau mata yang memandang. Anda turut diberi pelbagai pilihan tali jam untuk digayakan sesuai dengan rekaan antara muka jam tangan yang anda pilih. Ada antaranya turut mempunyai sentuhan Bejeweled yang tampak eksklusif dan mewah.
Eyki Kimio K523M Japan Quartz Leather Watch

TITAN

Fesyen jam tangan Titan terkenal dengan kecemerlangan mereka dalam ketukangan bermutu dan reka bentuk jam tangan yang kalsi dan indah. Diilhamkan oleh wanita, Titan Raga adalah gabungan yang sempurna antara keghairahan dan keanggunan. Pastikan anda meninjau koleksi Titan Raga di ZALORA. Selain daripada reka bentuk yang indah, koleksi fesyen jam tangan Titan juga sering dihiasi dengan kristal Swarovski dan mutiara mewah. Sentuhan enamel dengan warna-warna menarik menjadikan pilihan jam tangan Titan paling sempurna untuk digayakan di mana sahaja.

SKAGEN

Terkenal dengan kesederhanaan dan dan reka bentuk kontemporari, jam tangan Skagen adalah antara koleksi yang mesti ada dalam simpanan anda. Rekaan antara muka yang monokromatik dan bulat pasti sahaja dapat menarik perhatian anda dan membuatkan mata-mata yang memerhatikannya terus terpegun.


Di bulan Februari yang penuh CINTA dan KASIH SAYANG ini, jangan lupa manjakan diri anda dengan hadiah istimewa dan eksklusif untuk diri sendiri. Jom lihat koleksi menarik idaman hati di CouponBelanja.com dan sebarkan kasih sayang bersama insan tersayang bersama koleksi fesyen jam tangan terkini dan paling popular tahun ini.

Terdapat banyak pilihan yang bakal memaku perhatian anda dengan harga berpatutan. Jangan terlambat..!






Logo ‘No Pork’ Bukan Jaminan Makanan Halal

$
0
0
Sejujurnya saya terkejut membaca isu ini tadi. Bukan saya terkejut dengan kenyataan Menteri KPDNKK tu tapi saya sangat terkejut bila membaca komen-komen orang ramai berhubung isu ini. Rupa-rupanya masih ramai yang tidak tahu hakikat sebenar logo 'No Pork' yang digantung di premis-premis makanan seluruh Malaysia.

Semak status halal restaurant makanan kesukaan anda
Isu 'No Pork No Lard' dan 'Pork Free' di Malaysia 
Ini bermakna, ramai Muslim di Malaysia bukan sahaja keliru malah ada yang sudah tertipu dengan tanda 'No Pork' atau 'Pork Free' itu. Mereka sangka premis makanan itu memang menjual makanan halal dan mereka makan di premis makanan tersebut dengan gembiranya. Sedangkan, tanda 'No Pork'dan 'Pork Free' itu bukanlah tanda premis makanan itu menjual makanan halal sepenuhnya.

Mari kita baca kenyataan akhbar Menteri KPDNKK berkaitan isu ini.

Logo ‘No Pork’ Bukan Jaminan Makanan Halal - KPDNKK

KUALA LUMPUR - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) akan melihat kembali kesesuaian tanda “no pork” (tiada babi) dan “pork free” (bebas babi) yang dipamerkan premis makanan bagi mengelakkan kekeliruan kalangan umat Islam.

Justeru, Menterinya Datuk Hamzah Zainuddin menasihatkan pengguna Islam untuk lebih berhati-hati dengan premis makanan yang mempamerkan papan tanda atau pelekat sedemikian kerana ia tidak menjamin makanan dihidangkan adalah halal.

"Bagi pengguna Islam mereka perlu tahu kedai ada logo halal atau tidak.

KPDNKK, status makanan halal di malaysia
Datuk Hamzah Zainuddin - KPDNKK
"Kalau (premis) pamerkan tanda 'pork free' dan tidak ada logo halal, janganlah masuk, sebab mereka buat tanda itu mungkin untuk kaum lain yang tidak makan khinzir" katanya.

Bagi premis yang mempamerkan logo atau sijil halal, tetapi ada produk tidak halal, Hamzah menegaskan, tindakan akan diambil terhadap peniaga.

Mengulas lanjut Hamzah berkata, definisi khusus memperjelaskan maksud “pork free” juga perlu bagi memastikan istilah itu tidak mengelirukan pengguna yang terdiri daripada pelbagai kaum dan agama.

"Saya arahkan pegawai melihat kembali isu 'no pork' supaya tiada muslihat pemilik premis makanan daripada segi tanda yang dipamerkan," katanya.

Semalam, Mufti Pahang Datuk Seri Dr Abdul Rahman Osmab menyarankan kerajaan mewajibkan pengusaha premis makanan mempamerkan sijil halal bagi mengelakkan pengguna Islam daripada terkeliru dan tidak terpedaya dengan label ‘no pork’.


Ini pula kenyataan daripada Ketua Pengarah JAKIM berhubung isu sama

Isu 'Pork Free' @ 'No Pork' - Datuk Othman Mustapha

Pihak JAKIM amat menyedari tentang isu yang sedang menjadi polemik pada masa kini iaitu berkaitan dengan pernyataan 'Pork Free' atau 'No Pork'yang digunakan oleh segelintir pengusaha premis makanan dan pemilik restoran yang tidak memiliki Sijil Pengesahan Halal Malaysia. Mungkin pengusaha premis makanan atau pemilik restoran berkenaan mempunyai tujuan dan niat tersendiri, namun pernyataan sebegini pada hakikatnya boleh mengundang kekeliruan di kalangan para pengguna terutamanya Umat Islam di negara ini.

Justeru, saya menasihati semua para pengguna agar bijak dan peka dalam memilih makanan atau hidangan yang ingin dinikmati di mana-mana premis makanan dan restoran. Logo Halal Malaysia adalah panduan yang terbaik bagi semua para pengguna kerana produk yang ada logo Halal Malaysia sememangnya terjamin halal dan bersih (halalan tayyiban).

Permohonan Pensijilan Halal Malaysia telah dipermudahkan dengan sistem e-halal bagi menggalakkan pengusaha memohon Pensijilan Halal Malaysia. Di samping itu, pengguna juga lebih mudah membuat semakan status halal melalui Direktori Halal Malaysia di www.halal.gov.my atau melalui aplikasi mobile myJakim di peranti android dan iOS.

Pihak Jakim juga sentiasa menjalinkan kerjasama erat dengan Jabatan Agama Islam Negeri dan pihak KPDNKK bagi memastikan kepentingan masyarakat Islam sentiasa terjamin khususnya dalam mendapatkan makanan dan produk yang Halal. Ianya juga bagi mengelakkan pengguna Muslim terkeliru dan sebagai usaha untuk meningkatkan keyakinan pengguna terhadap Pensijilan Halal Malaysia. Jakim juga akan bergerak seiring dengan apa saja ketetapan yang dibuat oleh Jabatan Agama Islam Negeri dan pihak KPDNKK dalam menangani isu ini.

Sekian.

OTHMAN MUSTAPHA
16 Februari 2016


semak status halal premis makanan di myJakim
Logo Rasmi Halal Malaysia 

Pilih Yang Halalan Thoyyibban

Saya harap dengan penjelasan ini, rakyat Malaysia yang beragama Islam akan lebih peka dan sensitif semasa memilih tempat untuk menjamu selera. Hakikatnya, memilih yang halal itu adalah kewajipan kita sendiri. Jangan kerana restaurant tu popular dan ramai orang Melayu makan di situ, kita pun turut sama makan di situ tanpa membuat semakan status halal terlebih dahulu.

Biasakan diri memilih tempat makanan yang Halalan Thoyyiban iaitu bukan sahaja makanan itu mesti halal, tapi pembuatnya juga Muslim, penghidangnya juga Muslim dan paling penting bahan-bahan masakan dan cara masakan juga mengikut landasan Islam. Barulah kita yakin dengan apa yang disediakan untuk kita makan. Dalam erti kata mudahnya, pilihkan premis makanan Muslim..!

Kita tak boleh nak salahkan orang lain, sebaliknya kita mesti ambil tanggungjawab tu sendiri. Sama-samalah kita saling ingat-mengingatkan antara kita yang mana baik dan yang mana buruk. InsyaAllah.

Premis Makananan Popular Tidak Dapat Pengiktirafan Halal

Jangan tak tahu ya, banyak premis makanan popular di Malaysia ni sebenarnya tak ada status Halal yang sah dan dikemaskini. Ada yang ambil sijil Halal tapi dah tamat tempoh dan tak pernah perbaharui, ada pula yang ambil sijil Halal bagi sesetengah menu hidangan sahaja dan selebihnya tidak berstatus halal tetapi dijual secara bersama (tidak diasingkan yang halal dengan yang haram). Mohon hati-hati..!

Banyak juga premis yang berstatus Halal di sesetangah cawangan (outlet) sahaja. Contohnya Kedai Makan A di cawangan Bangi ada status Halal, tapi Kedai Makan A yang sama tapi di cawangan Sepang tidak mempunyai status Halal. Jangan kata ini mengarut atau mustahil. Hakikatnya perkara ini memang berlaku di Malaysia yang tercinta ini.

Semak sendiri status Halal premis makanan kegemaran anda di 
Masa buat semakan tu perhatikan tarikh tamat tempoh sijil Halal mereka.
Sebarkan untuk ingatan saudara Islam kita yang lain. Sama-sama kita jihad mencari yang halal..!







Segmen Bloglist Mac 2016 Bersama DRAMATIC UNIQ

$
0
0
Niat nak buat segmen bloglist ni dah lama tertangguh sebenarnya. Maklumlah bukan blogger sepenuh masa jadi kena pandai-pandai bahagikan masa. Kebetulan sejak seminggu dua ni semangat pula nak start segmen ni, mungkin sebab baru selesai job berbayar sebelum ni. Sementara mood masih ada ni, jom pecut terus.....!! 

Bagi yang belum tahu, hujung tahun lepas saya dah buat segmen ParodyMe : 1st Giveaway By DRAMATIC UNIQ . Alhamdulillah dan terima kasih untuk semua yang sudi menyokong segmen tu. Kali ni kita buat segmen simple je, segmen bloglist yang tak ada hadiah eh.


Segmen Bloglist Mac 2016 Bersama DRAMATIC UNIQ


Macam biasa, senang je syarat nak join segmen ni. 

1.  Follow blog Dramatic Uniq
2.  Add blog Dramatic Uniq dalam bloglist kalian
3.  Copy banner ini dan buat entry khas di blog anda dengan tajuk 
Segmen Bloglist Mac 2016 Bersama DRAMATIC UNIQ
4.  Tinggalkan URL entry anda tu di ruangan komen entry ini sahaja.
5.  Tarikh tutup : 29 Februari 2016

Untuk bulan depan, saya akan buat Bloglist Mac 2016 di sidebar bukan di pages yang berasingan. Jadi, selain dapat promote blog you all kat sini, saya juga janji akan blogwalking ke semua blog dalam bloglist Mac 2016 tu setiap hari walaupun you all tak update blog..! Okey tak..? hehehee.. 

Berapa blog yang terpilih belum ditetapkan lagi, bergantung kepada penyertaan ye. 

Jom ajak kawan-kawan blogger anda join segmen bloglist yang simple ni. Sama-samalah kita mengeratkan lagi ukhwah sesama blogger kita di sini. Semoga sama-sama kita memperoleh kebaikannya.. :)





Bollywood | Anak Beranak Pelakon (Bhgn II)

$
0
0
Baiklah, kali ni kita sambung lagi cerita-cerita pasal anak-beranak artis Bollywood ni. Oleh kerana hari tu saya dah update pasal anak-beranak versi artis perempuan, kali ni apa kata kita cerita pasal anak-beranak versi artis lelaki pula. Ada yang tanya saya di facebook kenapa semua artis perempuan je, mana Abishek Bachan, Ranbir Kapoor, Saif Ali Khan dan sebagainya. 

Sebelum tu pergi baca Anak-Beranak Bollywood Version Heroin ni dulu tau.

Hubungan kekeluargaan artis Bollywood, keluarga Bachachan, keluar Kapoor, Tiger Shroff, Shahid Kapoor, Saif Ali Khan, Hrithik Roshan
anak handsome-handsome sebab bapanya pun handsome.. setuju..?? :)

Like Father Like Son

Kita mulakan dengan pasangan ayah-anak yang paling kebaboom popular dan saya rasa semua orang kenal la. Siapa tak kenal pasangan ayah-anak ni memang korang hidup zaman batu lah namanya..! hehehehe. Siapa lagi kalau bukan pasangan ayah-anak antara Lagenda Bollywood All Times Favourite.. Mr. Amitabh Bachchan bersama satu-satunya anak lelaki beliau iaitu Abishek Bachchan

Amitabh Bachchan dengan Abishek Bachchan
Abishek Bachchan memasuki industri perfileman Bollywood pada usia yang sangat muda semasa ayahnya masih lagi aktif berlakon. Ini membuka banyak peluang yang bagus untuk beliau dan beberapa kali telah digandingkan bersama ayah dan ibunya sendiri di dalam sebuah filem. Ohh.. jangan lupa..! ibunya iaitu Jaya Bachchan juga merupakan seorang pelakon yang hebat.

Kini pada usia 40 tahun, Abishek dilihat sebagai antara pelakon yang paling bertuah sepanjang karier beliau di dalam industri ini. Tambahan lagi bila beliau mengahwini bekas Ratu Cantik Dunia yang juga merupakan pelakon hebat dan cantik; Aisywarya Rai pada tahun 2007. Pasangan ini kemudiannya dikurniakan seorang anak perempuan bernama Aaradhya Bachchan pada 2011.

Apakah legasi Bachchan akan diteruskan oleh Aaradhya..? Kita tunggu dan lihat.. :)

Aishwarya Rai Bachchan
Keluarga Bachchan
Pasangan ayah-anak seterusnya yang tak kurang popular dan sama-sama hebat adalah pasangan ayah-anak antara Rishi Kapoor bersama satu-satunya anak lelaki beliau; Ranbir Kapoor. Siapa tak kenal Rishi Kapoor yang terkenal dengan filem Bobby suatu masa dulu tu kan..? Rishi Kapoor pula kahwin dengan Neetu Sigh dan kini anak lelakinya pula mengikut jejak beliau dalam industri filem iaitu Ranbir Kapoor. Ini baru betul-betul kuah tumpah ke nasi..! :)

Legasi keluarga Kapoor
Neetu Sigh - Ranbir Kapoor - Rishi Kapoor
Ranbir Kapoor dinamakan antara bintang paling bersinar masa kini, sekali gus telah meletakkan nama beliau di dalam peta keluarga Kapoor yang popular. Melalui filem-filem seperti Barfi, Rockstar, Yeh Jaawani Hai Deewani dan telah melonjakkan nama Ranbir Kapoor di dalam industri. Tak kurang juga kisah peribadi beliau yang hangat dikatakan bercinta dengan Deepeeka Padukonedan Katrina Khaif suatu masa dulu. 

Pada usia 34 tahun kini, masa depan Ranbir Kapoor di dalam industri dilihat semakin cerah dan terbuka seluas-luasnya.

bakat besar Bollywood - Ranbir Kapoor
Pasangan ayah-anak yang ini pun sangat popular dan sangat berbakat. Rakesh Roshan dan anak lelakinya pelakon kacak Hrithik Roshan. Walaupun Rakesh Roshan pernah menjadi pelakon era 70an dan 80an namun nama beliau kurang menyerlah. Sebaliknya beliau lebih berjaya sebagai pengarah dan penerbit filem. Manakala anaknya Hrithik Roshan yang diperkenalkan buat pertama kali dalam industri filem Bollywood melalui filem Kaho Naa Pyar Hai (2000) pula lebih dikenali sebagai pelakon berbakat besar, hebat dalam semua genre filem sama ada romatik, aksi mahupun komedi.

Hrithik Roshan dengan Rakesh Roshan
Hrithik Roshan yang kini berusia 42 tahun dan mempunyai dua orang anak lelaki dianggap duda paling hot di Bollywood selepas berpisah dengan isterinya Sussane Khan pada tahun 2013. Aktiviti lakonan Hrithik Roshan juga mulai perlahan sejak setahun dua ini dan beliau dilihat mula memilih watak-watak yang ingin dilakonkan. Namun peminat-peminat Hrithik tidak pernah berputus asa dengan beliau malah sentiasa menantikan filem terbaru daripadanya.

Duda paling hot di Bollywood
duda paling hot menjadi rebutan ramai - Hrithik Roshan
Pasangan ayah-anak yang sama kacak dan sama berbakat ini pula antara pasangan ayah-anak paling dinantikan oleh peminat filem Bollywood. Walaupun jarang berlakon bersama, tetapi apabila mereka muncul di majlis-majlis anugerah, pasangan ini pasti mendapat perhatian lensa kamera. Siapa lagi kalau bukan aktor Pankaj Kapur dan anak lelakinya Shahid Kapoor. Filem terbaru buah tangan daripada pasangan ayah-anak popular ini adalah filem Shaandar (2015). Sejak Shahid Kapoor berkahwin tahun lepas, kisah rumahtangganya turut mendapat perhatian media. 

Shahid Kapoor dengan Pankaj Kapur
Shahid Kapoor - dah kahwin ni makin handsome pula
Pasangan ayah-anak terbaru yang berjaya mencuri perhatian ramai seterusnya ini ialah antara Jackie Shroff dengan anak lelakinya Tiger Shroff. Ramai yang tak sangka pelakon hebat era 90an ini mempunyai seorang anak yang handsome dan berbakat. Pun begitu, mutu lakonan Tiger Sharoff belum setanding bapanya lagi malah Tiger Shroff dilihat lebih berbakat dalam seni tarian berbanding ayahnya yang terkenal sebagai pelakon aksi.

Jackie Shroff dengan Tiger Shroff
Tiger Shroff ..auuummmm..!! :p
Seterusnya pasangan ayah-anak yang tak kurang hebat ialah antara Suresh Oberoi bersama anak lelakinya Vivek Oberoi. Kedua-dua pelakon ini mungkin kurang menonjol dan popular tetapi bakat yang mengalir di dalam tubuh kedua-dua anak-beranak ini tidak dapat dinafikan. Vivek Oberoi yang pernah kecewa bercinta dengan Aisywarya Rai suatu masa dulu kini sudah mulai menyepikan diri. Beliau berusia 40 tahun dan sudah berkahwin serta mempunyai dua orang anak.

Vivek Oberoi dengan Suresh Oberoi
Tidak dilupakan pasangan ayah-anak yang pernah meletupkan industri filem-filem Bollywood satu masa dulu iaitu Dharmendra dengan Sunny Deol dan Bobby Deol yang merupakan anak-anak lelakinya hasil daripada perkahwinan pertama beliau sebelum berkahwin dengan actress popular era 70an Hema Malini. Pasangan anak-beranak ini sangat terkenal dalam filem-filem aksi Bollywood era 70an hingga hujung 90an.

Bobby Deol - Dharmendra - Sunny Deol
Hampir terlupa juga kepada pasangan anak-ayah yang sudah lama tidak muncul di layar perak ini iaitu Vinod Khanna dan anak-anak lelakinya Rahul Khanna dan Akshaye Khanna. Selepas tu turut disenaraikan adalah pasangan ayah-anak yang kurang menonjol iaitu Jeetendra Kapoor dan anak lelakinya Tushar Kapoor

Vinod Khanna - Rahul Khanna - Akshaye Khanna
Tushar Kapoor dengan bapanya Jeetendra Kapoor
Akhir sekali, pasangan ayah-anak ini baru sahaja diperkenalkan. Si anak baru berlakon di dalam sebuah filem bertajuk Hero dan media terus memberikan perhatian yang besar kepada beliau. Memang mewarisi bakat dan kekacakkan ayahnya, Sooraj Pancholi sebenarnya adalah anak kepada aktor popular tahun 80an iaitu Aditya Pancholi. Bagaimanapun nama Sooraj Pancholi lebih terpaut kepada kontroversi kematian bekas kekasihnya yang dikatakan mati kerana bunuh diri iaitu actress Jiah Khans

Aditya Pancholi dengan anaknya Sooraj Pancholi
kes kematian Jiah Khan terus menjadi kontroversi
Sebagai penutup, saya sertakan juga lah satu-satunya pasangan ibu-anak paling popular versi aktor lelaki, tak lain tak bukan pastinya Saif Ali Khan. Antara 4 Khan terbesar dalam industri perfileman Bollywood selepas Shah Rukh Khan, Aamir Khan, Salman Khan dan beliau sendiri Saif Ali Khan. Mungkin ramai yang terlupa, Saif Ali Khan merupakan anak kepada Sharmilla Tagore iaitu actress popular tahun 70an dan 80an

Sharmila Tagore dengan anak lelakinya Saif Ali Khan
pasangan suami isteri paling popular - Kareen Kapoor Khan bersama Saif Ali Khan

Baiklah itu sahaja yang sempat saya senaraikan. Harap semua berpuas hati dengan barisan para pelakon yang saya dah senaraikan dalam kedua-dua bab anak-beranak pelakon di Bollywood ni. Semua gambar di ambil daripada Google Image selepas search satu-satu nama pelakon ini dan saya minta maaf kalau ada yang saya terlupa nak senaraikan. Tolong bagitahu saya dan tinggalkan di ruang komen pelakon mana pilihan anda atau pelakon mana yang anda ingin kenali lebih lengkap lagi. Saya akan cuba "search" kan maklumat mereka untuk anda. Ok..?

Terima kasih kerana sudi membaca entry yang agak panjang ni.. hehehehee.. :)
Nanti saya update tentang hubungan kekeluargaan yang lain pula seperti hubungan sepupu, ipar-duai, ibu tiri, anak saudara dan sebagainya, nak tak...?

Kalau nak, taip SAYA NAK di ruangan komen... hahahahaha..!!
*gurau je.. alahhh.. gurau pun tak boleh.. tak boleh gurau duduk surau...*

muahhhh...!! :)





7 Aktiviti Mesti Buat Untuk Kesihatan Jantung

$
0
0
Sebelum ni saya dah kongsi tentang diet harian yang baik untuk kesihatan jantung. Memang benar, apa yang kita makan menentukan siapa diri kita dan tahap kesihatan tubuh kita. Kerana itu juga lah, kita perlu menitik beratkan soal pemakanan harian kita tanpa mudah berkompromi. Bayangkan diri sendiri sepuluh atau dua puluh tahun lagi, adakah kita ingin kehidupan yang sihat, cergas dan ceria di samping keluarga atau inginkan kehidupan yang sia-sia di atas katil hospital? 


Aktiviti Fizikal Untuk Kesihatan Jantung

Jika anda sudah berkahwin, pastikan anda selalu melakukan aktiviti fizikal bersama pasangan. Kajian menunjukkan lelaki dan perempuan yang menjalani kehidupan rumahtangga yang bahagia dan menggembirakan mampu mengurangkan risiko penyakit jantung. Bukan sahaja aktiviti seks yang sihat, tetapi juga aktiviti fizikal yang ringan dan bersahaja juga baik untuk kesihatan jantung secara keseluruhan.

Peluk Dan Cium Pasangan Anda

Oleh itu, peluk dan ciumlah pasangan anda setiap hari. Selain itu bergurau dan berbual tentang hal-hal yang ringan juga membantu meningkatkan kesihatan jantung. Banyakkan bergurau dan ketawa bersama pasangan anda.

Gerua on Dilwale, Shah Rukh Khan hugging Kajol, Bollywood star, hug your lovers, peluk dan cium isteri baik untuk kesihatan
Peluk dan cium pasangan anda setiap hari

Selain daripada aktiviti berpasangan, anda juga mesti memerhatikan hal-hal kecil di dalam aktiviti harian tetap dititik beratkan, sebagai contoh pastikan anda mencuci tangan dengan kerap dan lebih baik jika mencuci tangan dengan sabun khas. Memastikan diri sentiasa bersih dan segar (fresh) akan memberikan aura positif kepada jantung anda.

Berlari Baik Untuk Kesihatan Jantung

Ramai yang sudah tahu fakta ini, berlari dan berjalan pantas sangat baik untuk jantung tetapi ramai yang membuat pelbagai alasan untuk tidak berlari. Jika cuaca di luar tidak baik untuk anda, pastikan anda berlari secara indoor di dalam gymnasium..! Atau lebih mudah lagi rajinkan diri anda untuk menaiki tangga sama ada tangga di rumah mahupun di pejabat. Tiada alasan untuk tidak melakukan aktiviti fizikal..!

berlari, berjalan dan menaiki tangga

Beli Punching Bag

Jika anda merasakan diri sendiri adalah seorang yang pemarah dan cepat naik angin, cuba beli punching bag dan gantung di bilik sendiri. Menggunakan punching bag untuk menyalurkan rasa marah anda sangat baik untuk kesihatan dan menjadikan aktiviti anda lebih positif untuk jantung.

Menonton Filem Seram

Ramai yang mengambil ringan fakta ini, tetapi tahukah anda menonton filem seram yang sesuai dengan tahap umur anda sendiri sebenarnya baik untuk kesihatan. Sebarang sebab yang membolehkan jantung bergerak dengan pantas adalah baik untuk jantung yang sihat.

Berenang Dan Menyelam

Ada yang lebih gemar menyelam di dalam laut dalam seperti snorkeling dan scuba diving lebih daripada sekadar berenang secara santai. Sama ada berenang atau menyelam, kedua-duanya baik untuk kesihatan jantung. Curi masa hujung minggu anda untuk pergi berenang dan menyelam..!

Berkayak Dan Memancing

Jika anda tak pandai berenang atau terlalu takut untuk menyelam di laut dalam, apa kata cuba mendekatkan diri dengan aktiviti air seperti berkayak ataupun memancing. Pergerakkan tangan semasa berkayak dapat menguatkan otot jantung. Manakalan memancing dapat membantu jantung berehat dan bertenang.

berkayak baik untuk otot jantung

Meditasi Untuk Hilangkan Depresi

Mencari ketenangan diri dengan meditasi adalah baik untuk pesakit jantung. Begitu juga untuk mereka yang berisiko untuk menghidapi sakit jantung kerana meditasi dan bertenang selama sekurang-kurangnya 20 minit akan merehatkan otot serta saluran jantung anda. Latih diri untuk bernafas secara perlahan-lahan dan ini dapat membuka ruang pernafasan anda dengan lebih baik.

Jauhkah diri daripada perkara-perkara yang boleh menambah tekanan kepada diri anda. Jika kerja anda terlalu stress, pastikan anda susun jadual hujung minggu anda sebaiknya supaya anda dapat membuang semua stress sepanjang hari anda bekerja. Lakukan aktiviti fizikal yang baik untuk jantung anda mulai hari ini supaya anda boleh berterima kasih kepada diri sendiri selepas sepuluh ke dua puluh akan datang.

:)



Sumber  :  Majalah RAPI (Februari 2016)

Kepentingan Mengambil Vitamin K

$
0
0
Rasanya tak ramai yang bercakap tentang Vitamin K sekerap mereka bercakap tentang Vitamin C. Mungkin kerana pendedahan tentang kebaikan dan kepentingan Vitamin K ini kurang popular. Malah ramai yang terlupa dan tidak mengetahui kepentingan Vitamin K kepada tubuh kita.

Ayuh kenali lebih dekat kebaikan Vitamin K ini.

Vitamin K Penting Untuk Elak Pendarahan

Manfaat utama Vitamin K untuk tubuh adalah bagi membantu pembekuan darah, sehingga anda tidak akan mengalami pendarahan yang berlebihan ketika terluka. Vitamin K juga berperanan penting dalam pembentukan tulang dan membantu mengubati diabetis.

Jika anda jenis yang mudah terluka bila terjatuh, pasti anda akan menyedari kadang-kala luka tersebut lambat untuk kering dan sembuh. Darah yang mengalir tanpa henti walaupun hanya luka kecil itu membuktikan anda kekurangan Vitamin K

Sumber Vitamin K, sayur-sayuran hijau kaya vitamin K, khasiat brokoli dan asparagus
Antara sumber makanan kaya Vitamin K

Bagaimanapun, pastikan anda mengambil kandungan Vitamin K yang sesuai dengan keperluan tubuh dan usia anda. Jika anda terlebih mengambil Vitamin K ini, anda boleh berhadapan dengan risiko penyakit lain seperti stroke dan penyakit lain berkaitan pembuluh darah.

Makanan Yang Kaya Vitamin K

Pastikan anda mengambil makanan ini setiap hari :

1.  Sayur Bayam
Bayam mengandungi banyak nutrisi selain Vitamin K, antaranya ialah kalsium, magnesium, riboflavin, zat besi dan lain-lain. Bayam juga sangat baik untuk meningkatkan kekebalan imuniti tubuh.

2.  Buah Anggur
Kandungan Vitamin K di dalam anggur adalah antara 22 mcg atau 21%. Ia salah satu sumber utama Vitamin K untuk tubuh anda. Bukan sahaja rasa yang sedap dan mudah didapati, anggur juga baik untuk ginjal dan mengawal kadar gula di dalam darah.

3.  Buah Kiwi
Buah kiwi kaya dengan Vitamin C dan turut mengandungi 40.3 mcg Vitamin K yang baik untuk anda. Selain itu buah kiwi sangat baik untuk kesihatan mata dan sistem pencernaan anda.

buah kiwi kaya vitamin C dan vitamin K

4.  Daun Bawang
Daun bawang adalah sayuran khas yang terkenal di seluruh Asia yang memiliki tekstur rasa yang menyegarkan, berbau harum dan boleh dijadikan campuran di dalam masakkan yang baik untuk sup. Daun bawang bukan sahaja mengandungi banyak flavonoid yang sangat baik sebagai sumber antioksidan malah sangat elok untuk mencegah semua jenis kanser dan tumor. 

5.  Sayuran Hijau
Selain daripada daun bawang, makanan lain yang mengandungi tinggi Vitamin K adalah sayur-sayuran hijau popular lain seperti kobis, brokoli, asparagus daun salad dan sayur kailan.

Oleh itu, untuk kebaikan tubuh anda, apa kata amalkan pengambilan sayuran hijau setiap hari bagi membekalkan kandungan Vitamin K yang baik untuk tubuh. Jadi tak adalah anda mengeluh setiap kali melihat luka kecil yang tak sembuh-sembuh..!

:)





Sumber  :  Majalah RAPI (Februari 2016)


WW : Funny Quotes With Minions

Buku Cerita #Projek100Buku Paling Menarik Dan Trending

$
0
0
Bertuahlah ibu bapa yang mempunyai anak-anak yang minat dan rajin membaca. Kadang-kala anak-anak ni hanya minat nak bermain gajet sahaja, tapi bila disuruh membaca buku bukan main susah lagi. Macam-macam alasan akan diberi bagi mengelak untuk membaca. Tapi kalau suruh bermain bukan main laju lagi.. :)

#PROJEK100BUKU | BUKU BERGAMBAR YANG WAJIB ADA DI SETIAP RUMAH

Peranan buku dalam kehidupan sangat penting. Sejak dari alam persekolahan lagi kita telah berdamping dan bersahabat dengan buku. Buku merupakan aset paling penting dalam dunia pembelajaran. Ia memberikan kita ilmu dalam pelbagai bidang. Walaupun zaman telah berubah kepada dunia moden dan teknologi, buku masih menjadi pilihan di sekolah mahupun Universiti. Buku sentiasa dekat dan terus menerus bersahabat dan memikat hati kita, dari kita kecil hinggalah dewasa.

Ummul Azkee Arts, Azkee Shahbudin, Karangkraft, Buku kanak-kanak menarik dan berwarna-warni

Tajuk-tajuk buku #Projek100Buku, Karangkraft, Ummul Azkee Blog, buku kanak-kanak menarik dan berwarna-warni hanya RM3 senaskhah

Pernah kah kita lihat kanak-kanak tidak berminat dengan buku? Cuba kita bawa anak-anak kecil berlalu di hadapan kedai buku, adakah mereka akan berhenti untuk melihat dan menyelak buku-buku yang dipamerkan ataupun tak tertarik lansung dengan buku. Pastinya mereka akan tertarik hati dengan buku, dan membelek-belek buku yang dipamerkan lebih-lebih lagi buku-buku yang berwarna warni atau mempunyai watak kartun yang comel. Buku sememangnya sangat dekat di hati kanak-kanak tapi untuk memupuk budaya membaca di kalangan kanak-kanak hingga dewasa memerlukan sokongan dari kedua ibubapa.

Atas kesedaran pentingnya budaya membaca di kalangan kanak-kanak dan juga memberikan ilmu bermanfaat yang menarik untuk kanak-kanak, Karangkraf telah menganjurkan #projek100buku bagi menyediakan bahan bacaan berkualiti dengan harga yang mampu dimiliki oleh setiap keluarga.



ISTIMEWANYA BUKU #PROJEK100BUKU


* Dihasilkan oleh penulis dan pelukis tempatan dengan bimbingan pelukis seni naif  dan penulis buku kanak-kanak berpengalaman, Yusof Gajah yang pernah memenangi pertandingan ilustrasi kanak-kanak di Pulau Nami,Korea dan kini berperanan sebagai juri dalam pertandingan tersebut.

* Dengan bimbingan Yusof Gajah, buku buku ini di hasilkan mengikut format buku kanak-kanak di peringkat antarabangsa.

* Berkonsepkan buku bergambar yang menitikberatkan gambar/ilustrasi, yang mana walaupun kanak-kanak tak mampu membaca tapi masih boleh memahami jalan cerita hanya dengan melihat gambar.

* Sangat dekat dengan dunia kanak-kanak ,yang mana buku ini dihasilkan dari sudut pandangan seorang kanak-kanak dan menitikberatkan apa yang disukai dan gemari kanak-kanak.

* Memberikan kanak-kanak ilmu tentang budaya hidup melayu dan kisah masyarakat di Malaysia yang kebanyakkan tidak diketahui oleh kanak-kanak disebabkan kurang pendedahan.

Buku bergambar ini bukan sekadar membantu kanak-kanak belajar membaca,tetapi juga berperanan menyelesaikan permasalahan yang di hadapi ibubapa dalam mendidik anak-anak dari segi kebersihan, kesihatan, pemakanan dan juga emosi.


Tajuk-tajuk buku #Projek100Buku, Karangkraft, Ummul Azkee Blog, buku kanak-kanak menarik dan berwarna-warni hanya RM3 senaskhah

Tajuk-tajuk buku #Projek100Buku, Karangkraft, Ummul Azkee Blog, buku kanak-kanak menarik dan berwarna-warni hanya RM3 senaskhah

Tajuk-tajuk buku #Projek100Buku, Karangkraft, Ummul Azkee Blog, buku kanak-kanak menarik dan berwarna-warni hanya RM3 senaskhah

Tajuk-tajuk buku #Projek100Buku, Karangkraft, Ummul Azkee Blog, buku kanak-kanak menarik dan berwarna-warni hanya RM3 senaskhah

Tajuk-tajuk buku #Projek100Buku, Karangkraft, Ummul Azkee Blog, buku kanak-kanak menarik dan berwarna-warni hanya RM3 senaskhah

MENGAPA BUKU #PROJEK100BUKU WAJIB ADA DI SETIAP RUMAH


*  Mempunyai 100 judul buku yang menarik untuk dipilih

* Mempunyai 5 kategori buku untuk memudahkan pemilihan.

* Ilustrasi yang comel dan berwarna warni 

*  Harga mampu milik, hanya RM3 sebuah

* Saiz buku yang kecil dan ringan sesuai dengan kanak-kanak

*  Cerita pendek sebanyak 16 mukasurat yang padat dengan ilmu pengetahuan dan nilai murni

* Didatangkan dengan kotak menarik untuk simpanan koleksi 100 judul buku sekiranya anda membeli 100 tajuk

Tajuk-tajuk buku #Projek100Buku, Karangkraft, Ummul Azkee Blog

Tajuk-tajuk buku #Projek100Buku, Karangkraft, Ummul Azkee Blog

Tajuk-tajuk buku #Projek100Buku, Karangkraft, Ummul Azkee Blog

Tajuk-tajuk buku #Projek100Buku, Karangkraft, Ummul Azkee Blog

  Tajuk-tajuk buku #Projek100Buku, Karangkraft, Ummul Azkee Blog

Untuk  dapatkan buku-buku #projek100buku secara online boleh dapatkan dengan melawati blog salah seorang pelukis ilustrasi #projek100buku ini di


Untuk maklumat lanjut tentang #projek100buku boleh juga ikuti laman sosial pelukis ini di


dan


Buku-buku #projek100buku ini boleh juga didapati di kedai-kedai buku milik Karangkraf.
Jangan lepaskan peluang ini dan cepat dapatkan koleksi buku kanak-kanak yang sangat istimewa ini. Ingat, minat membaca itu dipupuk sejak dari kecil dan mesti dimulakan daripada ibu bapa sendiri.

Selamat membaca dan bereksplorasi..!

:)





GIVEAWAY BIRTHDAY WISHES TO ME AND BLOGLIST 2016 By Noor Akma

$
0
0
Dah lama juga tak wish birthday kepada individu yang tak dikenali. Dulu masa mula-mula ada akaun Friendster bukan main rajin wish birthday kepada kawan-kawan terutama kawan-kawan yang dah lama tak jumpa ataupun kawan-kawan yang totally tak kenal pun.. hehehehee. Alaa, budak zaman sekarang mana lah faham dunia Friendster.. :)

Kali ni jom kita join Giveaway By Noor Akma ni. Hadiah menarik tau..! :)

Giveaway Birthday Wishes To Me And Bloglist 2016 By Noor Akma

Klik Banner di atas kalau nak join tau..! Jangan lepaskan peluang..
Cepat join tau..!! tarikh tutup 2 Mac 2016

Birthday Wishes Special Untuk Noor Akma

Happy Birthday to you..
Semoga semua doa-doa kamu akan dimakbulkan..
Semoga diberi kesihatan yang baik dan kebahagiaan yang diimpikan..
Jaga diri dan hiasai peribadi..
Jadikan kematangan usia ini untuk kamu menjadi insan yang lebih baik daripada sebelumnya..
Salam kenal, moga ukhwah di alam maya ini berkekalan..
Aamiin..

:)

Kepada admin blog Noor Akma, saya dah patuhi semua syarat ye
dah Follow dan Like semua.. :)

Blog  :  www.dramaticuniq.com
Facebook  :  Ain Nur
Instagram  :  @dramaticuniq
Google +  :  DRAMATIC UNIQ








Paparich HALAL Atau Tidak?

$
0
0
Sebelum ni saya ada cerita tentang kenyataan Ketua Pengarah JAKIM dan Menteri di KPDNKK berhubung isu label 'No Pork' dan 'Pork Free' di premis-premis makanan kat Malaysia yang sangat diragui malah menimbulkan kekeliruan tu kan? Banyak juga reaksi yang saya terima dan alhamdulillah, semakin ramai Muslim yang sudah prihatin soal status Halal di tempat makan kegemaran mereka. Harap diteruskan lah ye.

BACA DI SINI Isu Logo 'No Pork' Dan 'Pork Free'

Paparich Malaysia
website rasmi Paparich Malaysia : paparich.com.my

Paparich Buka Cawangan Kedua Di Amerika Syarikat

Baru-baru ni saya ada kongsikan di facebook berita tentang kejayaan rangkaian restaurant popular di Malaysia iaitu Paparich yang telah membuka cawangan keduanya di Amerika Syarikat. Cawangan tersebut merupakan cawangan ke-38 Paparich di luar Malaysia. Tahniah Paparich kerana telah berjaya membawa resipi makanan popular Malaysia ke peringat antarabangsa.

Soalnya, Paparich Malaysia ni Halal atau tidak untuk Muslim? Ada yang ragu-ragu nak makan dan minum di Paparich sebab tuan punya Paparich ni bukan orang Melayu beragama Islam. Jom kita berkenalan dengan pengasas rangkaian restaurant Paparich ni..

Pengasas Paparich, Rich Tan, Biodata Rich Tan
Biodata pengasas Paparich Mr. Rich Tan

Status Halal Restaurant Paparich 

Memang ada berita pada tahun 2010 mengatakan status Halal restaurant Paparich di Kepong Prima yang telah ditarik semula. Ini selepas pemeriksaan mendapati ayam yang digunakan oleh Paparich diragui status halal dan kebersihannya. Anda boleh baca artikel tersebut DI SINI

Tapi itu berita lama, sekarang kalau kita semak website Paparich (M) ni memang ada dipaparkan dengan jelas kenyataan berhubung status Halal restaurant Paparich ni. Siap dengan logo rasmi Halal Malaysia yang diakui. Malah kalau kita semak di website HALAL MALAYSIA pun akan disenaraikan semua cawangan Paparich di Malaysia, semua mendapat status Halal yang masih sah.

kenyataan status Halal Paparich

Kalau anda masuk ke premis restaurant Paparich dan tak nampak logo Halal Malaysia tu dipamerkan, jangan segan silu boleh tanya terus kepasa pelayan di restaurant berkenaan mana dia letak logo Halal tu. Mungkin terlindung sedikit. Tanya je okey...!

Kalau dia tak dapat nak pamerkan logo Halal tu, anda boleh buat aduan terus kepasa Halal Malaysia untuk membolehkan mereka membuat semakan.

semakan status Halal Paparich di website Halal Malaysia

Halalan Thoyibban

Pun begitu, kalau anda biasa pergi makan di restaurant Paparich mana-mana cawangan pun, anda pasti akan perasan kebanyakkan pelayan di Paparich ni berbangsa Cina ataupun pekerja asing (mungkin daripada Bangladesh ataupun Nepal yang mana kita pun tak tahu Islam atau pun tidak). Jadi kalau kita bercakap tentang Halalan Thoyibban, restaurant Paparich memang boleh diragui halalan thoyibbannya.

Adalah lebih baik kita sebagai Muslim memilih premis makanan yang kita yakini Halalan Thoyibban iaitu bukan sahaja bahan-bahan mentah yang digunakan dari sumber Halal malah tukang masak dan penyedia makanan di premis itu juga beragama Islam yang diyakini bersih dan mematuhi ajaran dan gaya hidup Islam. InsyaAllah.

Apapun, soal pemilihan tempat makan ni terpulang kepada individu. Kalau orang tanya saya "Paparich tu halal ke tak?" saya akan jawab "Ya, halal" sebab memang dapat pengiktirafan Halal daripada JAKIM. Tapi soal Halal yang Halalan Thoyibban atau tidak, baik tepuk dada tanyalah iman masing-masing ya.

Saya cuma berkongsi info. Pilihan di tangan anda.


:)



p/s  :  bagi yang suka makan di restaurant Mamak tu pun sama, semaklah dulu status Halal atau tidak. Pastikan betul-betul mereka mempamerkan logo Halal Malaysia yang sah dan masih belum tamat tempoh. Bukan semua restaurant Mamak diterajui oleh India Muslim ya, banyak restaurant Mamak yang bukan Islam. Mohon berhati-hati saudara-saudaraku.



SEGMEN PENCARIAN BLOGLIST 2016 BERSAMA KIMMIE

$
0
0
Sekali lagi tergerak hati nak join Segmen Bloglist. Walaupun segmen bloglist macam ni tak ada menawarkan hadiah yang mengancam atau kebaboom meletup, tapi segmen bloglist macam ni mudah nak disertai sebab tak banyak syarat pun. Cuma kena Follow dan Like sahaja. 

Tapi paling penting, segmen bloglist ni dapat meluaskan lagi lingkaran persahabat sesama kita sebagai blogger. Bagi blogger baru macam saya memang sangat penting segmen bloglist macam ni. Sambil blogwalking dan baca entry di blog lain, kita boleh dapat banyak ilmu. Percaya lah..! :)

Kali ni kita join satu lagi segmen bloglist okey.. jom..!!

Segmen Pencarian Bloglist 2016 Bersama Kimmie

Apa tunggu lagi.... Cepat lah join...!! Klik banner ehh untuk syarat-syarat penyertaan.
Tarikh Tutup : 29 Februari 2016

Kepada admin blog Kimmie, saya dah patuhi semua syarat ye.. :)

Blog  :  www.dramaticuniq.com
Facebook  :  Ain Nur
Instagram  :  @dramaticuniq
Google +  :  DRAMATIC UNIQ

harap berpuas hati dan best of luck untuk segmen bloglist awak.. :)





QURNEA THERAPY BAR | Sabun Jerawat Paling Selamat Digunakan

$
0
0
Begitu banyak lambakan produk khusus untuk merawat jerawat yang ada di pasaran tanahair. Sebut sahaja apa jenama dan rupa bentuknya, anda pasti akan pening dan keliru untuk memilih. Namun sedarkah anda, jerawat yang tumbuh pada kulit manusia mempunyai banyak jenis dan peringkat. Ada yang jerawat nasi, jerawat batu, jerawat di muka, jerawat di badan malah jerawat di kepala pun ada. 

Jadi bagaimana ingin merawat jenis-jenis jerawat yang menghantui anda ini..?

Qurnea Therapy Bar | Sabun Jerawat Paling Mujarab

Memperkenalkan QURNEA THERAPY BAR 

Kami sentiasa mendengar permintaan dan rungutan pengguna di luar sana yang tercari-cari produk merawat jerawat yang bukan sahaja BERKESAN tetapi juga SELAMAT digunakan. Mereka inginkan produk yang berasaskan bahan-bahan semulajadi yang banyak khasiat serta terbukti mujarab. Maka lahirkan Qurnea Therapy Bar ini yang khusus dicipta untuk mengatasi masalah-masalah kulit seperti berikut :

- JERAWAT KECIL MAHUPUN KRONIK
- JERAGAT
- RESDUNG
- HAMA
- BISUL
- PARUT
- GATAL-GATAL
- MINYAK BERLEBIHAN
- JERAWAT BERNANAH DAN BERBAU
- JANGKITAN KUMAN


Kerana sabun istimewa ini dicipta untuk membasmi kuman dan kotoran pada kulit sekali gus dapat menyelesaikan semua masalah yang disebutkan. Boleh digunakan pada wajah mahupun badan. Sesuai untuk semua jenis kulit dan diperkaya dengan bahan-bahan semulajadi yang terbukti dapat merawat masalah kulit dengan selamat.

Bahan-bahan semulajadi terpilih dan bergred tinggi

Qurnea Therapy Bar Diperkaya 100% Bahan Semulajadi

Untuk menjamin kualiti sabun jerawat terbaik di pasaran ini, kami hanya menggunakan 100% bahan semulajadi dan TIADA bahan terlarang yang merbahaya. Bahan utama Qurnea Therapy Bar adalah :

- Soap
- Tumeric
- Tea Tree Oil
- Glycerin
- Olive Oil
- Octyldocecenol
- Enchium Plantagiem seed oil
- Heliantus Annuus
- Unsaponnifiables
- Cardiospermum
- Halicacabum Flower
- Vine Extract
- Tocopherol
- Habbatus sauda
- Honey 


Qurnea Therapy Bar Boleh Digunakan Seluruh Badan 

Cara penggunaan sabun ini di muka sangat mudah. Hanya perlu basahkan muka dengan air, gosokkan sabun seluruh muka dan biarkan selama 1 hingga 2 minit, gosok di tempat yang bermasalah dan bilas sehingga bersih. Lapkan dengan kain bersih dan gunakan serum atau krim malam yang anda biasa gunakan. Mudah sahaja. 

Untuk masalah jerawat badan, boleh gunakan Qurnea Therapy Bar sebagai sabun mandi seperti biasa dan digalakkan selepas gosok di badan, biarkan 1 hingga 2 minit sebelum bilas. Boleh digunakan untuk kanak-kanak juga.

Penyelesaian masalah kulit anda..!! 
Kulit serta merta menjadi lembut dan segar setiap kali anda mencuci muka. Boleh digunakan setiap dengan kerap sesuai dengan keperluan atau aktiviti harian anda. Bau Aromatherapy memberikan kesegaran di waktu pagi dan ketenangan untuk tidur yang lebih lena di waktu malam.

Jom beri peluang kulit bermasalah anda mencuba Qurnea Therapy Bar. Order hari ini....!!

Harga Seketul Qurnea Therapy Bar (50gm)
RM45.00 (SM) | RM50.00 (SS)

WhatsApp AIN : 013 3572379





Segmen Bloglist Azhafizah.com March & Apr 2016

$
0
0
Tak lama nak masuk bulan March, makanya senarai bloglist untuk January & February akan bertukar bila masuk bulan March. So nak cari bloglist baru untuk March dan April. Jemput sertai Segmen Bloglist Azhafizah.com Mar & Apr 2016.

Klik banner untuk sertai  Segmen Bloglist Azhafizah.com Mar & Apr 2016



Segmen simple sangat. Cuma perlu buat entry dan copy & paste je.
Pemilihan 10 blog melalui random.org.

TAMAT : 28 FEBRUARY 2016

Jom cepat sama-sama join..! Mudah je caranya..
InsyaAllah ada rezeki dapat masuk dalam bloglist popular Azhafizah ni kan..
hehehehee.. :)

Best Of Luck..!




Hukum Menderma Rahim Oleh Fatwa Kebangsaan

$
0
0
Minggu lepas, sewaktu menonton televisyen bersama suami di rumah, kami telah menonton sebuah dokumentari khas tentang pemindahan rahim daripada seorang ibu kepada anak perempuannya di Sweden. Kalau tak salah saya, ia adalah kes pendermaan rahim pertama yang telah berjaya di dunia dan ia berlangsung pada 2012. Sejak itu beribu-ribu wanita di seluruh dunia telah menggunakan kaedah ini untuk mendapatkan anak.

Saya dan suami berasa agak terkejut menonton dokumentari tersebut. Saya sendiri sebenarnya baru pertama kali mendengar dan melihat tentang perkara ini. Tak pernah terfikir pula dalam fikiran saya yang rahim juga boleh didermakan.

Gambar hiasan (sumber : google image)

Beribu-Ribu Wanita Dilahirkan Tidak Mempunyai Rahim

Tahukah anda, beribu-ribu wanita di dunia ini dilahirkan tanpa rahim. Kajian demi kajian terus dilakukan bagi mencari punca mengapa seorang bayi perempuan boleh mengalami "kecacatan"ini sedangkan tubuh badan, perkembangan otak dan pertumbuhan organ lain pada bayi tersebut adalah normal.

Sebagai seorang Islam, kita percaya kepada Qada' dan Qadar yang telah Allah s.w.t. tetapkan dan kita berpegang sepenuhnya kepada Rukun Iman keenam itu. Tetapi bagi wanita yang bukan beragama Islam, lahir tanpa rahim itu adalah sesuatu yang memalukan dan tidak boleh diterima. Kerana itulah mereka tidak putus asa mencari alternatif bagi "mengubati" kekurangan tersebut. 

Sebahagian wanita pula, lahir dengan rahim yang sempurna tetapi kemudian telah mengalami kemalangan atau dihidapi penyakit seperti kanser. Wanita-wanita ini akhirnya terpaksa membuang rahim mereka buat selama-lamanya dan disahkan tidak mungkin dapat hamil. Mereka ini juga golongan yang paling berkehendak kepada kaedah pendermaan rahim ini.

perbezaan antara kaedah Ibu Tumpang dengan Derma Rahim

Derma Rahim Atau Guna Kaedah Ibu Tumpang

Di sesetengah negara kaedah Ibu Tumpang adalah diharamkan termasuk di Malaysia. Walaupun ia adalah kaedah yang popular terutama ni kalangan selebriti barat, namun tidak semua wanita ingin menggunakan kaedah Ibu Tumpang kerana faktor-faktor tertentu.

Paling utama, wanita-wanita yang tidak mempunyai rahim ini sebenarnya ingin merasai sendiri pengalaman mengandungkan dan melahirkan anaknya sendiri. Perasaan itu sangat bernilai dan tidak boleh digambarkan dengan apapun, hanya wanita yang pernah menjadi ibu sahaja yang faham. Oleh itu, kaedah Ibu Tumpang tidak disukai oleh sesetengah wanita.

Hukum Menderma Rahim Dalam Islam

Walaupun menderma rahim ini nampak sama macam derma organ lain, tapi hakikatnya menderma rahim tidak sama hukumnya di dalam Islam. Mengapa tidak sama? Kerana rahim itu tempat benih manusia disenyawakan dan dihidupkan. Secara tidak langsung, pendermaan rahim akan mengaitkan soal nasab dan keturunan bayi yang bakal di kandungkan itu.

Secara amnya, hukum menderma rahim dalam Islam mengikut Fatwa Kebangsaan adalah TIDAK HARUS kerana keperluannya belum mencapai tahap dharurah. Dalam erti kata lain, tidak perlu untuk wanita Islam yang dilahirkan tanpa rahim atau wanita yang mempunyai rahim yang bermasalah untuk mencari penderma rahim.


Dalam Islam jika wanita yang tidak boleh mengandung masih boleh mengambil anak angkat atau membenarkan suami berkahwin dengan wanita lain (poligami) untuk kelangsungan zuriat dan sebagainya. Konsep redha dan belajar menerima ketentuan daripada Allah s.w.t. dengan memikirkan hikmah di sebalik setiap kejadian juga sangat penting bagi wanita Islam.

Gambar hiasan (sumber : google image)
Walaupun saya memahami perasaan seorang wanita yang terlalu ingin memiliki anak sendiri, tetapi kaedah mendermakan rahim ini bukanlah pilihan. Kita boleh cuba dan berikhtiar dengan apa pun kaedah perubatan moden mahupun tradisional tetapi bukan dengan mencari penderma rahim. Adalah lebih baik kita tenangkan diri dan perbanyakkan istighfar serta doa kepada Allah s.w.t. serta tak lupa banyakkan bersedekah. InsyaAllah, apa jua keinginan kita jika memang baik untuk kita pasti nanti Allah s.w.t. akn beri juga.

Memang seronok dan kagum bila baca mengenai berita pendermaan rahim ini. Kalau orang barat tu macam-macam kaedah dan cara mereka buat demi nak menghalalkan yang haram apatah lagi bab-bab kemanusiaan ni. Kalau orang yang tak beragama atau tak berpandangan jauh, memang akan terikut cara mereka. 

Tapi kita yang beragama Islam ni janganlah mudah terikut-ikut. Hebat mana pun ilmu Sains, hebat lagi ilmu Allah s.w.t.

Senyum... :)



Baca berita lanjut di sini :





Viewing all 185 articles
Browse latest View live