Quantcast
Channel: DRAMATIC UNIQ
Viewing all 185 articles
Browse latest View live

Gula BUKAN Sumber Tenaga Untuk Tubuh Manusia..!!

$
0
0
Unoficial survey yang dilakukan sepanjang setahun berada dalam industri pasaran stevia ini menunjukkan hampir 100% masyarakat Malaysia salah faham berkaitan gula dan keperluan tubuh badan. Salah faham ini termasuklah golongan berpendidikan tinggi, apatah lagi mereka yang tiada pendidikan.

Gula masih dianggap sumber tenaga yang utama. “Kalau tak makan gula tak letih ke?” Ini bentuk soalan majoriti daripada mereka.

bahaya gula putih, gula beracun, gula bertoksid, sugar is the most dangerous drugs
Gula Putih Beracun..!!

Gula BUKAN Sumber Tenaga Manusia

Gula tidak boleh dijadikan sumber tenaga manusia. Malah bukan dari kategori makanan yang diperlukan oleh tubuh. Ia tercipta adalah sebagai bahan perasa. Sama seperti garam yang suatu ketika dulu menjadi bahan perasa yang utama sehingga dijadikan alat tukaran seperti wang. Buktinya gula sudah tidak ada dalam Piramid Makanan kerajaan Australia! Sebuah negara yang dikatakan paling terkehadapan dari sudut kesihatan.

Namun kerana rasa gula itu manis yang menjadikan makanan itu sedap, maka ia menjadi keperluan. Tambahan pula ia mengandungi glukosa, dan paling mudah didapati di dalam rumah, menyebabkan ia menjadi rawatan hypo (kekurangan gula) terutama bagi pesakit-pesakit kencing manis yang mengambil ubat-ubatan.

Keadaan ini menjadi persepsi yang kuat di mana bila hypo badan akan letih dan bila ambil gula badan kembali bertenaga, maka kesimpulannya gula adalah sumber tenaga. Mesti ambil gula untuk memberikan tenaga. Persepsi inilah yang mengundang padah kepada rakyat Malaysia. Ia adalah salah faham!

bahaya gula putih, gula beracun, gula bertoksid, sugar is the most dangerous drugs
Sugar is the most dangerous drugs...!!

Kempen Kesedaran Bahaya Gula

Hari ini penerangan tentang bahaya gula cukup luas. Para doktor dan petugas kesihatan sering mengingatkan tentang mudaratnya gula, namun masyarakat tetap tak boleh tinggal gula. Pesakit kencing manis sendiripun masih curi-curi makan gula! Kenapa? Kerana gula mempunyai sifat yang MENDORONG KETAGIHAN..!! Buktinya, cuba anda tinggal gula hari ini. Minum air masak, anda akan rasa pahit. Makanan akan rasa payau tak boleh telan. Tapi cuba bertahan dengan tidak ambil gula 100% selama 3 minggu. Anda akan rasa biasa dengan semua yang tawar dan payau tadi. Itulah kajian terhadap ‘taste buds’ pada lidah kita.

Gula Mengundang MAUT..!!

Akhirnya manis tak mampu ditinggalkan dari lidah rakyat Malaysia. Ia sudah sebati menjadi keperluan. Biarlah sakit asal mulut sedap. Begitu hebatnya kesan manis kepada manusia. Jika ini tidak dikawal sekarang, generasi akan datang dalam bahaya. Malaysia telah menduduki ‘rangking terbaik’ dunia sebagai pengguna gula pasir. Bagaimana mungkin kes serangan jantung dan kadiovaskular, kes kencing manis dan obesiti yang menjadi ibu kepada penyakit itu dapat di atasi?

Gula Alternatif Diperkenalkan 

Di sinilah pemanis alternatif memainkan peranan. Allah telah menciptakan setiap masalah ada pemyelesaiannya. Hadirnya stevia sebagai bukti kekuasaa Allah yang menjadikan Steviol Glycoside itu manis dan meliputi pohon Stevia Rebaudiana (stevia). Kini dipermudahkan lagi dengan ekstrak daun Stevia menjadi cecair yang selamat digunakan oleh siapa sahaja. 

RCC Stevia dibotolkan dengan kaedah terbaik bagi menjamin kualiti ekstrak Stevia yang sampai kepada pengguna. Botol pun comel lotey sahaja senang nak bawa ke mana-mana. Singgah makan atau minum di kedai makan, jangan minta air bergula tapi gunakan RCC Stevia untuk kemanisan yang menyihatkan.

RCC Stevia dengan kotak baru, bahaya gula putih, gula beracun, gula bertoksid, sugar is the most dangerous drugs
Kini dengan packaging baru yang lebih meyakinkan
Kita sebagai penggerak kepada perubahan..!! Kalau kita yang sebarkan ilmu ini, siapa lagi? Jangan tunggu generasi masa depan kita hancur dek kerana ketagihan kepada toksid di dalam gula putih. Ayuh kita jadi pengerak yang mula-mula ke hadapan.

Tinggalkan gula putih yang beracun...!!
Beralih kepada gula semulajadi yang menyihatkan.

kelebihan menggunakan Stevia, RCC Stevia, Gula semulajadi, bahaya gula putih, gula beracun, gula bertoksid, sugar is the most dangerous drugs
RCC Stevia yang menjadi rebutan ramai


Agent Perubahan Anda..!! 
Mari kita celikkan mata mereka yang masih tidur......!

WhatsApp : 013 3572379




SegmenBloglists azlindaalin.com Mac 2016

$
0
0
Last minutes baru nak join segmen bloglist rakan sesama EFG yang sorang ni.. Ya ampuuunnn..!! hehehehee.. Bukan apa, kadang-kala kita terlepas pandang juga segmen anjuran kawan-kawan ni. Terutama bila lama tak blogwalking ke blog kawan-kawan (alamakk..! kantoiii pula.. opssss..). Pun begitu, dengan pecutan tahap maksima maka sempatkan juga join segmen bloglist yang simple-simple macam ni, nasib baik syarat tak susah sangat.. hehehehehee.. :)

Siapa-siapa nak join tu silakan klik banner di bawah ya..



SegmenBloglists azlindaalin.com Mac 2016


Siapa tak join segmen bloglist yang rajin blogwalking macam puan azlinda alin kita ni memang lah rugi tau..! hehehehehe.. Bagai orang mengantuk di sorongkan bantal, mesti la harap sangat blog picisan Dramatic Uniq ni terpilih ya.. :)

Sempat lagi nak join, sebelum 11 malam ni (29 Feb 2016 ; Isnin) 
Cepat join..! Klik banner ehh.. :)

Blog  :  www.dramaticuniq.com
Facebook  :  Ain Nur
Instagram  :  @dramaticuniq
Google +  :  DRAMATIC UNIQ





Giveaway Februari 2016 By Blogger KHEZMAIRA

$
0
0
Ini kes kecuaian diri sendiri yang suka sangat buat kerja last minute dan kelam-kabut lepas tu tak cukup tanah nak berlari lepas tu mula la nak salahkan semua orang lepas tu rasa bersalah dan rasa tak patut lepas tu rasa malu lepas tu rasa nak left group whatsapp lepas tu rasa nak tutup blog lepas tu rasa nak boom je komputer ni....!! *berapa banyak "lepas tu" daaaaa...*

Al-kisahnya, saya RASA macam dah join Giveaway By KHEZMEAIRA ni hari tu, rasa-rasa memang dah join dah..! Apa entah kalutnya kepala masa tu, fikir lain lepas tu buat lain. Ini lah masalah penyakitnya..! aduhhhh.. kesian kan saya..? Mohon maafkan lah kekhilafan saya ini, memang tak sengaja nak terlepas pandang Giveaway ni.. Ampuuuuuunnnnn....!

Giveaway Februari 2016 By Blogger KHEZMAIRA



Tarikh Tutup Hari Ni 29 FEBRUARI 2016 ....!!

Korang cepat la pergi join.. Rugi tak join oiii..
Hadiah best-best..!! Siapa nak kurus.. nak cantik.. wajib join okehh...!
Siapa tak join nanti jangan gigit jari pula tengok orang lain menang hadiah eh.. ini serius..! bukan komedi.. Cepat pergi join..!! Sempat lagi ni... cepaaaaaaatttttttt....!

:)

SAYA DAH JOIN ye blogger KHEZMAIRA sekalian.. 
..cayang korangggg...!! muaaaahhhhh... 
..sorry lambat skit.. hehehehe..





12 Blog Terpilih Mengisi Bloglist Mac Bersama DRAMATIC UNIQ

$
0
0
Alhamdulillah Segmen Bloglist Mac Blog Dramatic Uniq ni secara rasmi telah pun ditutup pada 11:59 malam semalam. TERIMA KASIH yang tidak terhingga dan banyak-banyak peluk kasih dan sayang untuk semuaaaaaaaaaa yang telah sudi join segmen tak seberapa ni. Seronok sangat sebab dapat 'berkenalan' dengan ramai blogger-blogger yang saya baru kenal buat pertama kali. Salam perkenalan diucapkan.

Tanpa membuang masa yang berharga ni, marilah saya senaraikan blog yang terpilih mengisi Bloglist Mac di Dramatic Uniq. Seperti yang saya janji sebelum ni, semua blog yang terpilih akan saya lawati (blogwalking) setiap hari.. InsyaAllah. Semoga saya diberi kesempatan dan kelapangan..hehehehee.. :)

Sending Lots Of Love.... :)  
(gambar hiasan, pinjam dari : http://www.themomcreative.com/)

12 Blog Yang Terpilih Mengisi Bloglist Mac Dramatic Uniq

Selepas di telek-telek dan direnung-renungkan, saya menetapkan untuk memilih hanya 12 blog yang terpilih untuk mengisi bloglist Mac nanti. Kalau banyak sangat nanti, saya pula tak ada masa nak blogwalking satu-satu blog kan. Jadi biarkan saya beli baju ikut size badan sendiri.. gituuuewww...!! :p

5 blog mula-mula ni saya pilih berdasarkan Top Komentator sepanjang bulan lepas (Februari). Jadi yang 5 blog ni automatik masuk ke Bloglist Mac. Anggaplah ini sebagai reward saya kepada mereka yang rajin komen kat blog saya ni ye.. :)


Dua blog ni pula adalah blog "kakak angkat" saya di EFG. Oleh kerana mereka sangat baik dengan saya dan senang sangat nak jaga, jadi saya dengan besar hati nak masukkan mereka berdua ni sama-sama dalam Bloglist Mac. Jangan marah ye, bagi chance la adik nak sayang-sayang kakak.. hehehee.. :)

Seterusnya, 5 blog lagi akan dipilih menggunakan random.org sahaja. Jom kita tengok blog mana yang terpilih..! hehehehehee... *bunyi drumroll....!!*


Generate...!! Generate...!! 5 kali generate.. dan inilah hasilnya..






Okey selesai pemilihan dan selesai jugalah debaran.. ewaahhh..!! berdebar-debar ke..? hahahahahaa.. :p  Saya harap semua berpuas hati dan boleh check semula Bloglist Mac kat sidebar tu ye. Sama-samalah kita merajinkan diri blogwalking ke blog-blog kesayangan kita ye. Selain dapat berkongsi ilmu, kita juga dapat menunjukkan sokongan kita kepada mereka. 

Terima kasih sekali lagi untuk semua yang telah turut serta memeriahkan segmen ini. 
InsyaAllah.. ayuh kita meriahkan dunia blogging..! :)





7 Jenis Tarian Paling Efektif Untuk Kurus

$
0
0
Tahukah anda, dengan menari anda dapat membakar kalori yang sama banyak seperti anda berjalan pantas, berenang ataupun berbasikal. Dengan menari selama setengah jam, anda mampu membakar sebanyak 200 hingga 400 kalori. Jika anda melakukan senaman tarian dengan kerap dan teratur, ia boleh membantu merendahkan tekanan darah dan mengawal kandungan kolestrol di dalam tubuh.

Selain itu, pakar turut menyarankan agar senaman berasaskan tarian dapat dilakukan selama 30 hingga 40 minit dalam tempoh 3 ke 4 kali seminggu. Sangat mudah bukan? Dengan menari anda bukan sahaja dapat tampil lebih sihat dan cergas, cantik dan kurus tapi dapat melegakan tekanan serta membuatkan anda lebih ceria.

7 Jenis Senaman Tarian Paling Efektif 

Jika rutin senaman anda setiap hari sama sahaja, pasti anda akan cepat bosan. Oleh itu, usah terikat dengan satu jenis tarian sahaja. Anda boleh pelbagaikan jenis tarian anda dan menukar tempat (venue) untuk melakukannya. Misalnya menari di rumah, di taman mahupun di tepi pantai. Apa yang penting anda lakukan senaman tarian ini dengan betul, anda pasti mendapat hasil yang diidamkan pada tubuh anda.

Zumba

Senaman tarian paling popular dalam era ini. Di mana-mana sahaja kita boleh lihat ramai yang memilih zumba sebagai aktiviti kecergasan yang menghiburkan. Zumba bukan sahaja dapat membakar kalori dengan efektif, malah dapat menggembirakan emosi dan membentuk personaliti seseorang dengan lebih baik dan mudah mesra.


Belly Dancing

Latihan belly dancing selama 60 minit mampu untuk menyahkan sekitar 270 kalori dalam satu masa. Belly dancing juga dapat membaiki postur tubuh, memperkuatkan 'core strength' dan abdominal seseorang.

Folk (Line Dance)

Antara contoh tarian folk yang paling popular adalah poco-poco dan line dance. Tarian ini sememangnya menjadi pilihan ramai kerana dapat membakar 250 hingga 350 kalori manakala jika dilakukan secara lebih intensif, boleh membakar hingga 420 kalori.


Salsa

Tarian yang terkenal kerana gerakan yang padu (sharp) dan penuh keseksian ini sebenarnya mampu membakar 400 hingga 480 kalori dalam tempoh 80 minit jika dilakukan dengan betul. Pun begitu, step tarian salsa ini tidak semudah yang anda sangkakan. Latihan demi latihan diperlukan untuk mendapatkan tarian salsa yang terbaik.

Ballet

Aktivti ballet secara umumnya dapat membakar 380 hingga 450 kalori per jam. Paling istimewa tarian ballet ini dapat membaiki postur tubuh dan kemahiran mengimbang badan yang baik.

Hip Hop

Menari hip hop akan menyebabkan seluruh badan anda bergoyang dan bergerak secara sepadu. Tarian ini cukup baik untuk membakar lemak secara intensif kerana dalam tempoh 60 minit menari hip hop anda dapat membakar sekitar 370 hingga 610 kalori.


Freestyle

Ini tarian paling mudah dan paling ramai amalkan. Apa yang anda perlu lakukan hanya menari sahaja mengikut muzik yang dipasangkan. Kalori yang dibakar bergantung kepada jenis gerakan anda sendiri. Banyak video rujukan boleh didapati di dalam Youtube mahupun filem-filem komedi. Anda mesti mencuba tarian freestyle ini, sangat mudah tapi berkesan..! :)

Kesimpulan
Apa juga aktiviti yang membuatkan tubuh anda bergerak secara keseluruhan dan dapat meningkatkan kadar degupan jantung sebenarnya adalah baik untuk kesihatan tubuh anda sendiri. Apa yang pasti, kalori tetap dibakar sama ada secara intensif atau minima. Gerakkan tubuh anda hari ini dan bakar kalori secara santai. Yang penting anda happy, enjoy dan tidak terlalu memaksa tubuh anda.





Sumber  :  Majalah RAPI (edisi Februari 2016)


Kempen Derma Buku Anjuran PROGRESS SMART Selangor

$
0
0
Saya kalau dengar bab nak bina perpustakaan secara percuma ni memang teruja rasanya. Teringat masa saya kecil dulu ayah memang khususkan sebuah bilik untuk saya dan abang sulung saya jadikan mini perpustakaan. Walaupun banyak buku-buku cerita sahaja, tapi sedar tak sedar dari mini perpustakaan itulah lahirnya minat membaca dan mengarang kami.

Seronok sangat masa tu. Setiap hari balik dari sekolah mesti habiskan masa dalam perpustakaan mini kami yang sederhana tapi sangat bermakna tu. Terima kasih ayah, terima kasih mak..! :)

Kempen Derma Buku anjuran PROGRESS SMART Selangor

CSR PROGRESS SMART Selangor

 
membina satu mini perpustakaan untuk kaum orang asli
 
Assalamualaikum and hello lads!

Pernah dengar pasal orang Asli di Pulau Carey? Agak-agak menarik tak ye tempat dia? ha, kalau anda pernah membuat program di sana, kali ini kami pula yang akan merasainya sendiri. Untuk pengetahuan semua, seramai 100 orang peserta dari Programme on Graduate Employability Enhancement (PROGRESS) for SMART Selangor akan pergi ke sana untuk membuat khidmat komuniti servis. Community service yang dijalankan oleh kami ini lebih dikenali sebagai Smart Bakti.

Program ini ditaja khas oleh kerajaan Selangor dengan kolaborasi bersama Irshad HR Consulting untuk memberi kursus selama sebulan kepada anak-anak Selangor yang baru sahaja beberapa bulan tamat pengajian tetapi masih belum mendapat sebarang pekerjaan. 

Di samping belajar mengenai Project & Event Management, Effective Business Writing dan lain-lain, kami juga perlu mengadakan satu program untuk semua peserta PROGRESS demi menjayakan kursus PROGRESS SMART Selangor.  

Kita semua akan dapat banyak kelebihan kan. dapat baca buku, ada library sendiri, dapat menimba macam-macam ilmu pengetahun, tapi apa salahnya pula kalau kita dapat menderma buku/majalah kepada kaum orang Asli ini supaya mereka juga dapat mencari ilmu sepertimana kita semua. Tujuan kami ke sana adalah untuk membina satu mini perpustakaan supaya mereka dapat bersantai di situ sambil membaca buku-buku ilmiah yang akan di dermakan oleh kalian. 

Jadi, tunggu apa lagi. :) andai kata rasa banyak buku tapi dah tak tahu nak buat apa, jom datang ke tempat yang dinyatakan dalam gambar berikut dan menderma sebanyak mungkin.

SUMBANGAN BUKU TERPAKAI DIPERLUKAN!! . . Anda mempunyai banyak buku yang sudah dibaca? Tiada ruang lagi untuk disimpan? JANGAN BUANG!!!!!! . . Kami dalam usaha mengumpul buku-buku terpakai untuk disalurkan kepada Perpustakaan Mini di Perkampungan Orang Asli Kg. Sg. Bumbun, Pulau Carey bagi Program CSR yang akan diadakan pada 6 Mac 2016. . . Buku-buku diperlukan : - Buku teks / rujukan akademik - Buku bacaan umum - Majalah - Buku ilmiah . . Sumbangan buku - buku boleh dibuat dengan cara : 1. Serahkan buku-buku tersebut pada kami di alamat yang tertera (Hotel Carlton). . . Untuk sebarang pertanyaan sila hubungi : - Atiqah Jafri (013-2254675) - Elmi Farhana (011-18623632) E-mail : smartbakti2016@gmail.com . . Kami memohon jasa baik anda semua untuk membantu kami menghebahkan kepada orang ramai tentang usaha ini. Mari menderma, selain dapat berkongsi anda juga mendapat pahala. . . #ThePaybackTime #bookdonation #dermabuku #SMARTBAKTI2016
A photo posted by Smart Bakti (@smartbakti) on

Carlton Hotel Holiday and Suites ni betul-betul berada bersebelahan dengan Pusat Akuatik dan juga Tesco Shah Alam. kalau ada sebarang pertanyaan, boleh hubungi nombor yang tertera. jumpa di sana nanti ye :) 

sampai di sini sahaja. in shaa ALLAH kita berjumpa lagi.
 

Rahsia Parineeti Chopra Dari Saiz 38 Ke Saiz 30

$
0
0
Sebenarnya saya bukanlah peminat Parineeti Chopra sebelum ni. Mungkin kerana saya terlalu memberi perhatian kepada filem-filem lakonan artis yang saya sukai iaitu Deepeeka Padukone, jadi saya hampir terlepas pandang pelakon wanita yang lain. Sehingga saya menonton Daawat-e-Ishq yang mana filem tersebut menggandingkan hero kesayangan saya Aditya Roy Kapur dengan Parineeti Chopra. Daripada itu saya mula memberikan perhatian kepada pelakon kecil molek ini.

Awal tahun yang lalu, saya sangat terkejut melihat penampilan beliau yang ternyata sudah banyak berubah deripada sebelumnya. Setahu saya dia memang agak gempal dan berisi terutama di bahagian peha dan lengan tangannya. Tapi kini, lihatlah sendiri penampilan terbaru Parineeti Chopra yang nyata nampak semakin cantik..!

Parineeti Chopra from size 38 to size 30 in 12 month

Mengapa Parineeti Chopra Nekad Ingin Kuruskan Badan

Saya pun tanpa berlegah terus mengorek rahsia mengapa tiba-tiba sahaja pelakon manis ni boleh nampak kurus dan ramping? Buat pembedahan buang lemak ke atau dia tiba-tiba dihidapi penyakit kronik ke? Maklumlah artis kan, sekejap gemuk sekejap kurus. Sekelip mata pun boleh. Banyak duit, buat apa sahaja pun mudah. 

Menurut laporan di laman web BollywoodShaadiss ni, rupanya Parineeti Chopra memulakan regim diet sihatnya sejak setahun lalu. Selepas 12 bulan berusaha menukar tabiat pemakanan dan gaya hidupnya, akhirnya Parineeti berjaya mencapai berat badan ideal yang diinginkan. Sebelum kita korek lebih banyak rahsia kurus beliau, mari tengok dulu Parineeti setahun yang lalu semasa saiz 38

Gempal juga kan..?
Bagi Parineeti Chopra, sejak masuk ke dalam industri perfileman ni beliau sering menghadapi masalah-masalah berikut, kerana itu akhirnya beliau nekad ingin menguruskan badan dan mendapatkan tubuh yang lebih langsing dan sihat.


   %  Susah nak dapatkan pakaian yang sesuai dengan bentuk tubuh
   %  Tak boleh pakai pakaian yang mendedahkan bahagian perut
   %  Pengkritik filem sering mengkritik penampilannya berbanding mutu lakonan beliau
   %  Kurang stamina dan cepat penat
   %  Sukar menari dengan cantik
   %  Diberi peranan yang sama setiap kali tawaran berlakon filem kerana bentuk tubuhnya

Maka, tanpa menunggu lebih lama Parineeti Chopra yang kini berusia 26 tahun memulakan langkah untuk menguruskan badan dan menutup mulut semua pengkritik yang sering mempersoalkan penampilannya. 

tampil lebih yakin

Kurus Dengan Latihan Seni Mempertahankan Diri Kalaripayattu

Untuk mencapai berat badan ideal yang diidamkan, beliau telah menukar regim senama hariannya secara drastik.

   @  Mulakan pagi beliau dengan jogging
   @  Meditasi
   @  Melakukan yoga selama satu jam
   @  Buat aktiviti yang disukai seperti berenang atau menunggang kuda
   @  Berlari di atas treadmill
   @  Melakukan tarian rancak dan laju yang boleh membakar extra calories
   @  Melakukan aktiviti kardio dan senama biasa

Pun begitu, Parineeti Chopra mengakui dia kurang berminat bersenam di dalam gymnasium kerana ia membosankan. Oleh itu, beliau telah berlatih sejenis seni mempertahankan diri yang popular di Karala yang dikenali sebagai Kalaripayattu.

Seni mempertahankan ini bukan sahaja dapat membakar banyak kalori tetapi juga dapat membentuk tubuh yang lebih langsing, lebih fleksibel, membina otot yang lebih pejal dan dapat menguatkan stamina. Beliau telah mengamalkan senaman ini secara disiplin sejak setahun lalu.

Kalaripayattu
Selain daripada kerja kerasa secara fizikal, Parineeti Chopra jug atelah menukar diet yang diamalkan sebelum ini kepada diet yang lebih sihat. Beliau telah menjalani satu sesi detox tubuh yang sangat efektif dan memberi kesan yang lebih sihat untuk tubuhnya. Beliau juga telah meninggalkan makanan kegemarannya iaitu pizza selama satu tahun.

Kini Parineeti Chopra tampil dengan lebih langsing dan fit. Beliau nampak segar dan jauh lebih muda daripada sebelumnya. Pengorbanan beliau selama satu tahun sudah menampakkan hasil dan memberikan kesan kepada perkembangan kariernya dengan lebih baik. Beliau akui kini hidupnya lebih gembira, kurang stress dan tawaran lakonan dan menjadi duta produk juga datang mencurah-curah.




Seperti ramai pelakon wanita yang lain di Bollywood, Parineeti Chopra juga menegaskan beliau bukan inginkan tubuh badan kurus kering seperti model, sebaliknya inginkan berat badan yang ideal dan masih mengekalkan bentuk (curve) pada tubuh yang menarik. Bagi seorang pelakon, bentuk badan adalah sangat penting. Kurus kering seperti papan lapis tidak sesuai untuk pelakon Bollywood.

:)

Semoga kita sama-sama mendapat inspirasi daripada kisah gadis ini.
Semua orang boleh kurus dengan usaha keras, positif dan tidak mudah putus asa.




MH370 | 2 Tahun Masih Dalam Ingatan

$
0
0
Seperti baru semalam kita dikejutkan dengan berita yang telah menyentap hati seluruh rakyat Malaysia ini, rupa-rupanya hari ini semuanya sudah dua tahun berlalu pergi. Begitu pantas masa meninggalkan kita dan selama itu juga persoalan dan kerinduan mereka tidak pernah terjawab. Memang mudah mengatakan simpati tetapi hakikatnya mereka yang melalui kehilangan itu, mereka yang sedang menanggung rindu yang sarat itu. Hanya mereka sahaja yang paling tahu.

Al-Fatihah tidak putus dikirimkan.
Walau di mana jua mereka 'berada' kini, semoga mereka di dalam rahmat dan pelukan kasih sayang Illahi. Saya selalu bersangka begitu kerana dengan mendoakan yang baik-baik sahaja sedikit sebanyak dapat mengubati hati yang terluka.

2 Tahun Berlalu MH370 Masih Dalam Ingatan 


Al-Fatihah untuk MH307

ingatan buat MH307, nahas MH370 pada tahun 2014

genap 2 tahun tragedi MH370






Ucapan Hari Wanita Daripada Artis-Artis Malaysia

$
0
0
Sempena sambutan Hari Wanita Sedunia pada hari ini 8 Mac 2016, ramai yang mengambil kesempatan ini untuk menyatakan jata-kata penghargaan buat wanita-wanita istimewa di dalam hidup mereka. Kerana wanita memang ciptaan Allah s.w.t. yang sangat istimewa kan.. :) *senyum ciked* 

Sayangnya sepanjang scroll Instagram kebanyakkan hanya artis perempuan yang up pasal Hari Wanita Sedunia ni. Haii.. yang lelaki-lelaki terutama para suami tu tak nak wish Happy Woman's Day pada isteri u all ke...? errmmmm.. *anggap je diaorang dah ucapkan secara sembunyi-sembunyi ya.. hehehehee..*

Happy Woman's International Day 

Jom kita usha antara artis popular Malaysia yang meluangkan masa memberikan ucapan hari wanita mereka di akaun Instagram masing-masing.


















SELAMAT HARI WANITA SEDUNIA
istimewa buat semua pembaca blog ini..!

Hargai keistimewaan dan kelebihan yang telah Allah kurniakan kepada kita.. sesungguhnya kecantikan dan kesempurnaan kita milik Allah s.w.t. jua. Dan selalulah ingat secantik-cantik hiasan di dunia ini adalah Wanita Solehah..

:)




Berapa Kali Anda Selfie Dalam Sehari

$
0
0
Kalau masuk bab selfie ni, rasanya semua orang tahu dan pernah buat. Paling-paling pun sekali mesti pernah selfie kan? Tolak bab selfie cantik ke buruk ke, nampak smart ke selekeh ke atau selfie yang sekali terus 'jadi' atau banyak kali snap pun tak 'jadi-jadi'...hehehehe. Semua orang selfie, ustaz dengan ustazah pun selfie apatah lagi selebriti, perdana menteri, kanak-kanak, gelandangan, kaum orang asli waima binatang peliharaan. Zaman sekarang semua pandai selfie..!

Antara kita citarasa berbeza-beza. Ada yang suka selfie, ada yang tak suka. Mungkin ramai yang anggap selfie ni sesuatu yang annoying, tapi ada juga yang anggap selfie ni satu bentuk motivasi diri. Terpulang bagaimana kita memahami makna selfie tu. Raikan perbezaan, jangan bertelagah tentang hal-hal remeh.. okey..?

gambar hiasan

Selfie Dalam Erti Kata Muhasabah Diri

Sebenarnya kalau kita aplikasikan selfie dalam kehidupan, selfie ni bermaksud memuhasabah diri. Macam mana kita nak orang tengok kita, cantik ke, baik ke, senonoh ke, sempurna ke atau bagaimana? Macam self checking la. Kalau dulu sebelum keluar rumah kita mesti nak tengok cermin, check penampilan kita macam mana kan? haaaaa... sekarang orang tak guna cermin. Orang guna selfie...!

Selalu kalau kita selfie tu, mesti kita check dulu gambar tu. Kalau cantik dan nice, baru kita upload di media sosial macam Instagram contohnya. Kalau tak cantik atau kurang menarik, kita akan delete dan ambil selfie yang lain. Bila dah puas hati baru kita share dengan orang. Lepas tu letak caption gempak-gempak baru la ramai yang bagi perhatian dan 'like' gambar kita tu kan..?

Macam tu lah kaedah kita muhasabah diri. Cuba check diri kita ni sebelum bercakap dengan orang. Sebelum nak mengata mengutuk orang, cuba check diri sendiri dulu. Sempurna sangatkah kita? Sebelum kita nak share apa-apa hal peribadi kita, tanya dulu pada hati.. adakah ia bertujuan untuk menunjuk-nunjuk dan berasa riak? Kalau setakat nak berlagak, lebih baik kita delete sahaja lah.. tak payah di upload.

gambar hiasan

Muhasabah Diri 5 Kali Sehari

Kalau ikutkan, kita kena selalu check diri kita ni setiap masa setiap saat. Tapi macam mustahil sahaja kan? Selalunya bila sesuatu tu dah berlaku baru lah kita nak tanya diri kita balik "betul ke apa aku cakap tadi?" Kadang-kala apa yang kita cakap tu sudah pun melukakan hati orang lain. Tapi kita tak boleh nak tarik balik. Orang kata terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata memakan diri.

Sekurang-kurangnya selfie lah diri kita 5 kali sehari iaitu sebelum menunaikan solat fardhu 5 kali sehari tu. Sebelum kita menghadap Allah s.w.t. cuba check dan muhasabah diri dulu apa yang kita dah buat, apa yang kita dah cakap, apa yang kita dah ubah.. apakah ia semua membawa kepada kebaikan atau sebaliknya..?

Renung-renungkan.
InsyaAllah, semoga kita semua sering pesan berpesan.






7 Sebab Kenapa Tak Jadi Nak Tutup Blog

$
0
0
Sejujurnya, sudah beberapa kali saya terfikir nak tutup blog ni. Terutama apabila sedang dihimpit kesibukan kerja dan urusan peribadi. Sedih sangat tengok blog terabai dan tidak ada entry baru sedangkan masih ada yang sudi singgah ke sini setiap hari. Pun begitu, setiap kali rasa nak tutup blog setiap kali itu juga la saya akan terfikir tentang 7 sebab utama ni. Mulalah hati berbelah bahagi. Nak tutup blog tapi rasa sayang.

Orang kata benci tapi rindu..! macam tu lah.. :)

nak tutup blog ke tak..? nak tutup blog ke tak..?

7 Sebab Kenapa Saya Tak Jadi Tutup Blog

Selain faktor sayang sebab dah lama buka blog dan dunia blog yang dah sebati dengan diri sendiri, jom tengok 7 sebab kenapa saya tak jadi nak tutup blog ni. 

1.  Sudah Lama Berblog
Saya sendiri mula berblog sejak 2007. Dah dekat nak 10 tahun kan. Mestilah dah rasa sebati sangat dengan jiwa ni. Fikiran ni asyik teringat nak update blog walaupun sibuk dengan urusan lain. Ada sahaja cerita nak share kat blog tapi tak sempat. Jadi kalau saya tutup blog, macam mana agaknya kehidupan saya...? owwhhhh... no..!!

2.  Pengikut Dan Pembaca Setia
Bukan mudah nak kumpul follower yang sentiasa setia baca blog kita. Walaupun kadang-kadang kita rasa blog kita ni tak ada lah apa-apa yang special sangat pun. Tapi hari demi hari follower bertambah. Ya Allah, alhamdulillah sangat. Tak sampai hati nak hampakan follower kan?

3.  Entry Dikongsi Oleh Stranger
Betul..! Ini lah yang paling mengharukan sekali bila entry kita di'like' dan di'share' oleh orang yang kita pun tak kenal siapa. Rasa penat lelah dan kesungguhan kita up entry tu berbaloi dan terbalas. Rasa dihargai sangat-sangat kan.. :)

4.  Terima Komen-Komen Yang Membina
Ini satu lagi sebab yang selalu membakar semangat saya untuk terus berblog. Bila baca komen-komen yang membina macam ni rasa teruja nak update blog selalu. Ye lah kan, bila entry kita tu dapat membantu orang, memberi semangat kepada orang dan dapat memberi kesedaran kepada orang kan bagus tu. Memang itu lah tujuan kita buat blog kan? Untuk menyebarkan kebaikan. InsyaAllah.

komen dari entry Resepi Rahsia Teh Tarik Sedap Untuk Memikat Suami
komen dari entry Berapa Kali Anda Selfie Dalam Sehari
komen dari entry Bermulanya Perjalanan Saya Bersama COSMODERM

5.  Susah Payah Tukar Template Blog Sendiri
Kalau dulu saya tak faham kepentingan responsive template untuk blog, tapi sekarang saya dah tahu. Jadi walaupun susah dan pening kepala nak tukar template sendiri ni, tapi saya rasa seronok sebab saya dapat belajar benda baru. Bila dah susah-payah tukar template ni, tak kan nak tutup blog kan? Sayangnyaaaaaaa....!

6.  Dapat Job Dan Duit Poket Dengan Blog
Alhamdulillah, sejak setahun lebih buka blog Dramatic Uniq ni saya dah dapat beberapa job berbayar. Walaupun tidak lah lumayan sangat, tapi alhamdulillah saya terima sebagai rezeki. Dapat juga tambah duit poket.. hehehehehe. Kalau saya tutup blog ni, rugilah kan. Tak ada sumber pendapatan sampingan lagi.

7.  Kawan-Kawan Baru dan Kelab Blogger
Ini perkara yang saya paling sayaaaaaaaaannngggg nak tinggalkan..!! Ya, kawan-kawan baru yang saya 'kenal' melalui blog ni. Semua baik-baik dan banyak ilmu baru saya dapat. Bukan ilmu pasal blog je tapi ilmu pasal kehidupan, agama malah resipi semua sekali.. hahahahaha. Walaupun kita cuma kenal secara maya, tapi rasa seronok dan bangga sangat dapat kenal you all semua, blogger-blogger hebat...!

Paling sayang sekali, kalau saya tutup blog ni bermakna saya terpaksa dengan berat hati meninggalkan EFG (Exchange Feed Group) sedangkan kawan-kawan di EFG tu saya anggap dah macam adik-beradik. Kami dah rapat sangat. Bergurau, usik-mengusik, berkongsi ilmu blogging, bercerita tentang pengalaman itu dan ini. Alahaiiiiii, sayangnya dengan EFG. Kalau boleh tak nak langsung tinggalkan EFG. Mesti rasa kosong je hidup kalau tak menyembang kat group whatsapp EFG yang havoc tu..!

Follow la instagram EFG..!KLIK SINIand tekan follow ehh..! :)

So, anda pula macam mana? Mesti ada alasan tersendiri kan kenapa nak tutup blog. Walaupun kadang-kala rasa tertekan dan penat jadi blogger ni tapi jauh dalam hati kita masih ada rasa sayang kannnn. Mungkin saya perlu fikirkan semula niat nak tutup blog ni. Atau biarkan masa menjawab segalanya... ewahh..!! :p

Kongsi la sikit apa pandangan anda.
Kenapa anda sayang blog anda dan kalau anda pernah terfikir nak tutup blog, apa agaknya alasan anda..?





p/s : apapun.. TERIMA KASIH sanyak atas sokongan dan kesetiaan anda terhadap blog ni. Hanya Allah yang tahu betapa saya sangat terharu dan menghargainya. Terima kasih sekali lagi.. :)


Filem MUNAFIK Banyak Scene Tak Logik..!!

$
0
0
Minggu lepas akhirnya berjaya juga saya pergi menonton filem paling seram 2016 ni di panggung wayang. Memang tertunggu-tunggukan peluang ni sebab baca banyak review tentang filem ni memang hebat dan menyeramkan. Tambahan pula saya memang dah lama tak pergi menonton filem seram di pawagam apatah lagi filem seram Malaysia. Ditambah dengan sound system yang memang kebaboom kat panggung tu, makin teruja rasa nak tengok filem ni.

[ maaf entry ni panjang ]

Syamsul Yusoff, Nabila Huda, Skop Production, filem seram melayu, lakonan terbaik Nabila Huda, review filem Munafik, kenapa anda wajib tonton Munafik?

MUNAFIK Filem Paling Seram 2016

Memang tepat sangat kalau digelar ini filem paling seram 2016. Tak tahu lah kalau lepas ni ada lagi filem seram bakal ditayangkan di panggung, tapi sekurang-kurangnya untuk pembukaan awal 2016 anda wajib tonton filem Munafik dan rasakan sendiri lompatan adrenalin tanpa henti. Dari scene mula sampai scene penghabisan, padat dengan kejutan demi kejutan.

Lakonan Nabila Huba seperti diperkatakan ramai, memang hebat dan mantap. Tanpa solekan tebal, malah dengan telekung atau kerubung hitam sahaja, lakonan Nabila Huda sebagai Maria paling berkesan. Saya sangat menghormati komitmen dan penghayatan yang diberikan untuk watak Maria. Berbaloi dan patut diberi pujian malah tak pelik kalau Nabila Huda bawa pulang trofi Pelakon Wanita Terbaik nanti melalui lakonan hebat beliau dalam Munafik.

Syamsul Yusoff, Nabila Huda, Skop Production, filem seram melayu, lakonan terbaik Nabila Huda, review filem Munafik, kenapa anda wajib tonton Munafik?

Watak Maria dan Ustaz Adam

Lakonan Syamsul Yusoff pula bagi saya tak banyak perbezaan daripada filem-filem sebelum ni. Jujurnya saya lebih suka lakonan beliau dalam KL Gangster. Tapi watak Ustaz Adam yang dipikul oleh Syamsul bukanlah mudah. Sangat mencabar. Tapi ada scene yang masih kaku dan rasa 'tak sampai' di hati saya, pun begitu ada juga beberapa scene watak Ustaz Adam sangat mengesankan hati saya malah berjaya membuatkan airmata saya bergenang. Paling hebat, cara Syamsul Yusoff membacakan ayat Al-Quran sepanjang filem ini. Sangat meyakinkan. Berdiri bulu roma dibuatnya. Tahniah Syamsul Yusoff.

Jom tengok wayang, Syamsul Yusoff, Nabila Huda, Skop Production, filem seram melayu, lakonan terbaik Nabila Huda, review filem Munafik, kenapa anda wajib tonton Munafik?

Scene Paling Hebat Dan Mantap

Scene paling saya suka adalah sewaktu Ustaz Adam dan kawannya lakonan Fizz Fairuzz cuba nak pulihkan Maria yang sedang di rasuk jin. Scene tu sangat mendebarkan dan nampak real gila...! Saya suka sebab tak ada aksi pegang-pegang atau meronta-ronta. Tapi tetap seram...! Dialog sepanjang scene ni pun best dan mantap. Siap ada disebut Dajjal..! dan muntah paku tu.. perrgghhh... real..!!

Scene Ustaz Adam gali kubur dan bawa balik mayat berbungkus tu pun rare..!! Seram woo.. saya tutup muka dengan pashima (tapi mata tetap tengok screen) sepanjang scene ni sebab tak boleh nak tahan punya berdebar-debar. Tapi walau pun seram tetap nak tengok satu-satu, tak nak terlepas satu scene pun. Mayat berbungkus tu macam real woiii...! Terbayang-bayang lagi sampai sekarang.

Scene akhir masa Ustaz Adam diserang oleh si Munafik yang sebenar tu paling menyentap sanubari lah. Dialog dan penjelmaan Iblis tu paling klimaks. Memang scene yang akan diingati sampai bila-bila. Saya hampir menangis waktu tu. Rasa nak melompat pergi selamatkan Ustaz Adam. Kesian sangat tengok dia..! Bila kita faham "kesakitan" jiwa dia, kita memang akan rasa nak pergi tolong dia dan jerit kuat-kuat "Ya Allah selamatkan dia...!! selamatkan Ustaz Adam..! kesian dia.. dia tak salah..! Ya Allah tolong dia...!"

Syamsul Yusoff, Nabila Huda, Skop Production, filem seram melayu, lakonan terbaik Nabila Huda, review filem Munafik, kenapa anda wajib tonton Munafik?

Scene Paling Tak Logik

Okey, saya harap tak ada yang marah saya bila baca review jujur ni. Tapi serius la, filem Munafik ni pun sama macam tipikal filem seram Melayu yang lain juga. Banyak scene tak logik..! Saya sedikit frust la sebab saya rasa Syamsul Yusoff terlalu tumpu pada pengisian skrip bermesej sampai ada beberapa scene jadi tak logik. Tak tahu la kalau scene tu nampak tak logik sebab dah dipotong oleh Lembaga Penapisan Filem kan.

Contohnya scene Maria kat hospital lepas tu tetiba masuk bilik mayat tu. Scene tu dah perfect, real dan seram gila..! Tapi kenapa dan macam mana scene tu ada yang jadi tak logik. Mana ada hospital sunyi sepi tak ada seorang nurse dan doktor pun? Patutnya buat la macam nurse dan doktor tu ada, tapi Maria seorang je yang nampak hantu. Jadi Maria lari-lari daripada hantu tu, lepas tu termasuk pula dalam bilik mayat, lepas tu dia sorang-sorang terkunci dalam tu. Nurse dan doktor berusaha buka pintu tapi tak boleh. So, Maria terperangkap dalam bilik mayat tu. Kan real sikit..! Ini tak, tetiba Maria bangun.. jalan-jalan panggil nurse.. sorang nurse pun takde.. hospital sunyi sepi dan gelap tak pasang lampu.. apa hal..?! 

Scene tayar kereta pancit tiba-tiba tu pula okey dah, tapi bila tunjuk Maria tu sendiri usaha nak tukar tayar kereta tu tak logik la. Dah la malam, Maria sorang-sorang pula tu. Kereta jenis besar pula kan, kalau naik Viva logik la juga..! Tetiba Maria nak tukar tayar sendiri sorang-sorang? mana logik..! Tunjuk la Maria try call mekanik ke, ayah dia ke.. tapi handphone habis battery atau tak ada coverage.. then Maria tunggu je dalam kereta. Nampak la logik skit. Perempuan tukar tayar kereta sorang2 malam2 kat terowong pula tu, tak logik dah zaman sekarang..!

Saya frust juga bila watak Fizz Fairuzz dihilangkan macam tu je. Kenapa..? Masa Ustaz Adam pergi rumah Maria tu kenapa Ustaz Adam pergi seorang diri? Setahu saya mana-mana Ustaz atau pengamal perubatan Islam tak akan pergi seorang diri bila nak buat rawatan apatah lagi kalau dia tahu yang nak dirawat tu bukan mahram dia. Mana watak Fizz Fairuzz di akhir cerita? Kenapa dia tak bersama-sama Ustaz Adam ke banglo kosong tu?

Syamsul Yusoff, Nabila Huda, Skop Production, filem seram melayu, lakonan terbaik Nabila Huda, review filem Munafik, kenapa anda wajib tonton Munafik?

Ada beberapa lagi la scene tak logik dalam filem ni tapi saya tak nak ulas satu-satu nanti potong mood you all nak tengok filem ni. Dan saya nak tekankan, walaupun ada banyak scene tak logik, you all tetap akan teruja nak tengok filem ni saat demi saat. Sebab sepanjang menonton tu, you all tak sempat nak fikir logik ke tak logik sebab Syamsul Yusoff bijak buat korang rasa seram tak henti-henti.

Lepas satu scene terkejut, terkejut lagi lepas tu terkejut lagi, tak sempat nak tarik nafas, terkejut lagi..!! Macam tu lah punya dasyat Syamsul Yusoff susun scene demi scene. Saya walaupun tak jerit-jerit sepanjang tengok filem ni tapi banyak kali urut dada woiii..!! dia punya shoot tu kemas dan tepat kat 'sasaran'. Maknanya kalau hantu tu muncul, memang dia bagi close-up punya hantu.. mahu tak seram..?? huuuuuuu... bebanyak zikir la dalam hati eh..! sila hafal zikir2 dan doa ringkas sebelum masuk panggung.. hehehehehe.. :)

Pujian saya untuk Syamsul Yusoff lebih kepada pengarahan dan pembinaan watak. Cara beliau memberatkan satu-satu watak dan pengisiannya dengan dialog-dialog penuh makna sebenarnya yang menjadikan filem Munafik ini wajib ditonton. Walaupun anda seorang yang penakut nak tengok filem seram, tapi Munafik anda mesti tonton kerana isi dan mesejnya sangat berkualiti tinggi.

Di akhir filem ini nanti anda akan merasakan seolah-olah filem ini sedang bercakap dengan diri anda sendiri. Terutama watak Ustaz Adam. Jika anda betul-betul memahami maksud tersirat yang ingin disampaikan oleh filem ini, pasti anda akan dapat melihat diri anda sendiri di dalam Ustaz Adam. Nak tahu macam mana? Anda mesti tonton filem ni sendiri..!!

Lakonan Sabrina Ali, Pekin Ibrahim dan Rahim Razali seperti biasa sangat memuaskan. Lakonan Fizz Fairuzz juga cemerlang tapi sayangnya dimatikan terlalu awal. Lain-lain pelakon termasuk Amir (anak Ustaz Adam), Zarina dan A.Galak juga mantap. Tahniah untuk keseluruhan team filem Munafik ini. Saya tahu tak mudah nak siapkan sebuah filem seram macam ni. Banyak usaha dan kesungguhan di sebaliknya. Tapi you all berjaya buat saya rasa berbaloi tonton filem ni. Memang sangat berbaloi..!

Saya bagi 7/10 untuk filem Munafik.
Tahniah Syamsul Yusoff, saya harap beliau akan terus menghasilkan filem-filem bermesej seperti ini lagi di masa akan datang. Saya doakan juga usaha dakwah beliau dipermudahkan walaupun dengan cara beliau sendiri.

:)



p/s : ada orang kata filem Jengka lagi seram..! tapi saya tak terbuka hati nak tengok filem tu.. tunggu la semangat dah ada nanti baru tengok filem seram lain.. 'hantu Munafik' pun masih terbayang-bayang lagi ni.. hahahahahahaa.. :p  Serius tau..!! habis je tengok filem ni, korang elakkan la naik lift sorang, drive sorang2 malam2 lalu kat terowong atau sorang2 masuk tandas yang ada cermin tu malam2..!! kikikikiii.. tak caye.. tengok laaaa... :)


Wordless Wednesday : Funny Growing Up With Siblings

$
0
0







                Sumber : FlyFM Facebook

Pertandingan Muatnaik Foto One Happy Family

$
0
0
Masih sempat untuk anda turut serta dalam pertandingan foto keluarga yang menawarkan hadiah-hadiah menarik ni terutama orang-orang Kuching, Sarawak. Kalau anda minat ambil gambar keluarga, apa kata cuba sertai pertandingan ni. Mana tahu gambar anda terpilih, dapatlah ganjarannya. Kalau tak terpilih pun, apa salahnya sertai untuk suka-suka dan tanda sokongan kita.. betul tak? :)

klik poster untuk paparan lebih jelas

PERTANDINGAN MUATNAIK FOTO ONE HAPPY FAMILY SEMPENA KARNIVAL ONE SSM SARAWAK


Pertandingan anjuran agensi-agensi kerajaan ini akan berlangsung pada 25 hingga 27 Mac 2016 di City One Megamall. Bagaimanapun tarikh tutup menghantar penyertaan adalah sebelum atau pada 20 Mac 2016. Ada lebih kurang 3 hari lagi, sempat sangat kalau anda nak join.

Semua syarat penyertaan dan butiran cara menyertai boleh dibaca melalui poster di atas. Jangan lupa snap gambar cantik-cantik yang memenuhi tema, reka slogan yang menarik kemudian upload sahaja gambar keluarga anda dengan meletakkan hashtag (#) yang diwajibkan. Mudah sangat kan..!

Selamat berjaya....!

:)



1st EFG Gathering | Detik Bersejarah Penuh Kenangan

$
0
0
Akhirnya hari yang dinanti-nantikan tiba jua. Selepas beberapa bulan kami merancang dan menyusun segala jadual, tarikh keramat buat Exchange Feed Group (EFG) pun tiba dengan penuh keterujaan. Tanggal 19 Mac 2016 (Sabtu) yang lalu buat julung kalinya kami di Exchange Feed Group (EFG) yang merupakan kelab blogger dengan tagline Bukan Sembang Kosong telah mengadakan gathering kami yang pertama..! :)

1st EFG Gathering Yang Penuh Kenangan Manis

Saya sendiri tak tahu nak gambarkan keterujaan saya macam mana, sampaikan malam sebelum gathering ni, saya tak boleh tidur lena. Asyik membayangkan yang macam-macam sahaja. Maklumlah ini KALI PERTAMA saya akan berjumpa dengan rakan-rakan sekelab EFG ni. Selama ni kami bersembang di group whatsapp sahaja. Perasaan gembira, takut, gementar, teruja.. semua ada..! hehehehehee. Selain daripada tu risau juga kalau apa yang dirancangkan tak menjadi kenyataan. Biasa lah kan perasaan risau tu sentiasa ada. 

kenangan terindah 19 Mac 2016

Seramai 17 orang ahli EFG yang berkesempatan hadir 1st EFG Gathering ni. Yang tak dapat hadir tu tak apa, InsyaAllah di lain masa kita akan buat gathering lagi dan harap semua dapat hadir.

Pelbagai aktiviti telah dirancang namun tak semua dapat dilaksanakan kerana kekangan masa dan keadaan. Maklumlah cuaca panas kan sekarang ni, jadi aktiviti perlu dihadkan. Tapi yang paling penting kami semua telah berusaha sedaya-upaya memberikan yang terbaik kepada semua barisan penaja 1st EFG Gathering kami ni. Risau juga kalau tak sempat nak buat live update kan, tapi alhamdulillah hasil kerjasama padu daripada semua yang hadir, kami berjaya juga buat live update dengan senarai penaja yang tak tertinggal satu pun. Syabas semua EFG..! :)

Bawa Balik Kenangan Manis

Sebenarnya banyaaaaaaakkkk sangat yang saya nak kongsikan tentang 1st EFG Gathering ni, tapi tak puas kalau cerita pendek-pendek.. hehehehehe. InsyaAllah saya akan cerita lagi dengan lebih lanjut tentang majlis kami ni di entri yang akan datang. Tungggggguuuuuuuu....!

menang cabutan bertuah pula tu woiii...!! hahahahahaa.. memang kenangan manis la kannn.. :)

Bagi saya apa yang paling penting, sepanjang majlis berlangsung saya sentiasa terhibur dengan kerenah ahli EFG yang lain. Memang tak kering gusi dibuatnya. Ada sahaja lawak berseloroh mereka ni. Macam kami dah selalu jumpa je, padahal kebanyakkannya baru pertama kali jumpa.

Walaupun panas dan macam tak cukup rehat, tapi seronok sangat. Dapat kenal dengan rakan-rakan yang selama ni hanya kenal di alam maya. Ini lah kenangan paling manis saya sepanjang bergelar blogger yang baru setahun jagung ni.

Akan saya bawa semua kenangan manis ini sampai bila-bila. Walaupun kami 'dihujani' dengan pelbagai buah tangan, doorgift, produk kesihatan dan kecantikan tak lupa dilimpahi juga dengan pelbagai jenis juadah dan pencuci mulut yang enak-enak TAPI tak akan dapat menggantikan nilai kenangan dan pengalaman yang kami ciptakan sepanjang majlis berjalan.

Terima kasih untuk kenangan manis ini.. Kak Ain akan simpan dalam lipatan memori yang paling istimewa... :)

sebahagian keluarga besar Exchange Feed Group (EFG)

Terima kasih kepada barisan penaja yang telah sudi merealisasikan majlis kami dan memeriahkan lagi gathering kami sampai rasa bertuah sangat-sangat sebab dimanjakan dengan macam-macam produk dan hadiah. Terima kasih sekali lagi.. :)

Biobax Cool Therapy
Biobax Cool Therapy 
#biobaxcooltherapy

Kelantan City Tour Xcelltravel
Kelantan City Tour Xcelltravel 
#xcelltravel

Jus Orlin (jus ketat)
#orlin
Kotak Lensa Instant Photo Booth
Kotak Lensa 
#kotaklensa #instantphotobooth

The Violet Sofia
The Violet Sofia
#thevioletsofia
#almumayyazbyvioletsofia

Fennelle Beauty
#fennellebeauty 
#fennellerenewalserum

VCO NUTRASENSE
VCO NUTRASENSE
#VCO #Nutrasense

Nizar Faez Studio
Nizar Faez Studio
#nizarfaezstudio

VanLela Hiphoody
VanLela Hiphoody
#hiphoodyvanlela

Balloon Decoration

Majesticevents Sdn Bhd
Majesticevents Sdn Bhd
#khemahkahwin

Cafe Cerita Kambing
Cafe Cerita Kambing
#cafeceritakambing #kambingbakar

Produk Kesihatan Forever
#aloeveraklang0136283485
#aloeverashahalam0136283485

Qaseh Zamri Collection
Qaseh Zamri Collection 
 #qasehzamricollection

Yusmizee Naturopathic
#yusmizeenaturopathic

Qesyamin
#qesyamin

RaisahRafhanah
#headchain #flowercrown

Hazirah
#muchochocolatechips

Sakura Sasuke
#sakurastyle

Acit Guest Book
#hantaranmurahsaya

LadyDaissy Pastry
#LadyDaissyDoorgift

Design&Printing 
#dexsignprinting

Aniq sya 
#aniqsyaquqiz

Homemade Cookies 
#myhomemadecookies

Jus kedondong asam boi 
#manjavakedondongasamboi
FB: Man Java 

Reqa Creative
#reqacreative

Alhamdulillah! majlis berjalan dengan jayanya!

Dan hari ni, dah mula RINDUUUUUUU korang semuaaa.. hehehehehe.. :) Bila tengok gambar je terus tersenyum-senyum. Korang best sangat..! sporting and kelakar. Kak Ain rasa bertuah dapat kenal dengan korang semua.. :)




Tips Tidur Di Waktu Panas Melampau

$
0
0
Musim panas ni memang macam-macam ragam orang yang kita boleh jumpa. Ada yang lucu ada juga yang merepek dan memalukan. Sebagai umat Islam, kita mesti redha dengan ujian musim panas ni dan janganlah kita mengeluh mengenainya. Panas atau hujan semuanya adalah pemberian Allah, pasti ada hikmah di sebaliknya. Malah marilah kita sama-sama bersyukur kerana ujian ini adalah peringatan daripada Allah yang sayangkan hamba-hambaNya.

Jadi Lebih Kreatif Ketika Musim Panas

Rakyat Malaysia secara amnya memang kreatif belaka. Ada sahaja idea nak menjadi lain daripada orang lain. Terutama di musim panas ni kan, semua orang ada cara masing-masing nak sejukkan badan dan mengelakkan strok haba

Jom tengok kekreatifan mereka ni, mana lah tahu ada idea yang anda boleh cuba sendiri.. :)

Tips Tidur Di Waktu Panas Melampau

Ini baru betul tidur sambil 'mimpi basah'... hahahahaha..!! Kalau nak lagi real, boleh ukir dulu ketul ais tu bentuk teddy bear ke baru lah sedap nak peluk.. :p

tidur dengan ais

Mandi Ais Untuk Kesihatan

Musim-musim panas ni kalau boleh setiap masa nak mandi. Bila mandi tu rasa segar sikit kan. Tapi kadang-kadang lepas mandi pun berpeluh lagi. Baru lap badan dan basah balik dek peluh. Stress sangat kan..! Jom mandi ais.. sejukkkk woooo... :)

air pancuran ais  (gambar dari fb Siakap Keli)

DIY Kipas Ais Khas Untuk Musim Panas

Kalau rajin boleh cuba buat kipas ais macam brother ni. Memang syok dapat kipas yang boleh bagi udara sejuk macam kipas ni. Confirm semua nak duduk depan kipas ni sepanjang masa, silap-silap berebut-rebut dan tolak-menolak pula.. hehehehehe.

kipas ais (gambar dari fb Siakap Keli)

Rendam Kaki Dalam Air 

Ini cara paling senaaaaangggg...! kalau rumah dekat dengan sungai atau air terjun boleh la ajak kawan-kawan lepak minum teh atau kopi macam pakcik-pakcik yang cool ni.. hehehehe. Releks je depa rendam kaki sambil sembang-sembang. Jangan ada yang terlena dan hanyut pula dibawa dek arus sungai tu ye...! hehehehehe.. :)

gaya orang lama.. (gambar dari fb Siakap Keli)


Selamat Mencuba..!
Semoga kita semua diberi kesihatan yang baik sepanjang musim panas yang menduga ni.
Kurangkan aktiviti luar, banyakkan minum air kosong, kerapkan mandi dan banyakkan makan buah-buahan yang juicy okey.. 

:)




Viral Belon Bunga Gergasi..!!

$
0
0
Ramai antara kita yang selalu pandang ringan soal hiasan-hiasan untuk mencantikkan dan menceriakan sesuatu majlis. Selalunya orang perempuan je yang rajin nak fikir soal hiasan bunga, gantung lampu lip-lap, letak hiasan jurai-jurai dan sebagainya. Tapi tak salah kan kalau orang lelaki pun ambil bahagian dalam bab menghias. Lagipun zaman sekarang ni nak hias majlis bukan semestinya kena guna bunga-bunga je.

Yang penting kreativiti...! :)

hiasan belon untuk majlis, clown untuk majlis harijadi, belon comel warna-warni, belon menceriakan lagi majlis, belon berbentuk bunga gergasi, idea decoration, balloon decoration,
Kak Chik dan Mommy Irra bergambar dengan belon bunga gergasi.. :)

Belon Hiasan Untuk Ceriakan Majlis

Jika anda sukakan kelainan dan sesuatu yang lebih unik daripada kebiasaan, apa kata anda cuba hiasan belon warna-warni daripada WOW Clown & Balloon Specialist ni. Belon-belon yang comel-comel ni bukan sahaja berwarna-warni tapi boleh direka dan dibentuk ikut kesesuaian majlis anda. 

Sebagai contoh, boleh buat bentuk bunga, bentuk basikal, bentuk binatang dan banyak lagi. Sangat sesuai untuk hiasan pintu masuk, pelamin, khemah, pentas dan sebagainya. Mereka di WOW Clown & Balloon Specialist ni memang pakar bab hiasan belon. Anda sebut je nak warna apa, tema apa dan hiasan bentuk apa. Mereka akan berikan yang terbaik untuk anda sesuai dengan bajet yang anda kehendaki.

hiasan belon untuk majlis, clown untuk majlis harijadi, belon comel warna-warni, belon menceriakan lagi majlis, belon berbentuk bunga gergasi, idea decoration, balloon decoration,
Belon Bunga Gergasi istimewa untuk EFG Gathering

Belon Bunga Gergasi Yang Comel Untuk #1stEFGathering

Semasa kami adakan #1stEFGathering pada hari Sabtu lepas, WOW Clown & Balloon Specialist ni turut sponsor hiasan belon untuk kami tau. Belon-belon comel warna pink dan putih untuk hiasan di kanopi manakala belon hiasan berbentuk bunga gergasi pula untuk backdrop kami bergambar.

Sakan la kami bergambar dengan bunga gergasi yang cantik ni. Geram sangat tau tengok belon gergasi tu, rasa nak peluk dam picit-picit je. Tapi jangan risau, hiasan belon daripada WOW Clown & Balloon Specialist ni tahan lasak tau..! Belon dari bahan berkualiti kan jadi tak ada lah mudah pecah. Kami pegang-pegang, peluk-peluk malah angkat ke sana ke sini pun masih kukuh je belon tu, tak pecah..! best kan.. :)

#1stEFGathering
tengok la belon pink dan putih untuk hiasan kanopi tu.. cantik kan..!! :)

hiasan belon untuk majlis, clown untuk majlis harijadi, belon comel warna-warni, belon menceriakan lagi majlis, belon berbentuk bunga gergasi, idea decoration, balloon decoration,
semua tak nak lepaskan peluang bergambar dengan Bunga Gergasi

Bukan sahaja boleh jadi model bergambar dengan belon gergasi tu, jadi backdrop untuk gambar-gambar lain pun boleh. Bila nak bergambar je semua nak diri dengan belon bunga gergasi.. kerlassssss takk..? hehehehehe.. :)

#1stEFGathering
kalau boleh semua nak masuk frame.. hehehe.. :)

hiasan belon untuk majlis, clown untuk majlis harijadi, belon comel warna-warni, belon menceriakan lagi majlis, belon berbentuk bunga gergasi, idea decoration, balloon decoration,
susah nak pilih mana lebih comel.. rasanya Bunga Gergasi lah paling comel kan.. :)

WOW Clown & Balloon Specialist Menawarkan Khidmat Belon Hiasan 

Jadi kalau anda rasa macam berminat, rasa teringin, rasa teruja nak bergambar dengan belon gergasi macam kami ni cepat-cepatlah hubungi WOW Clown & Balloon Specialist ni. Bagitahu je anda nak hiasan belon yang macam mana, mereka boleh adjust untuk penuhi permintaan anda. Kan semua boleh bincang bohh...! hehehehee.. :)

WOW Clown & Balloon Specialistmenawarkan perkhidmatan belon hiasan dan badut (clown) untuk majlis seperti majlis harijadi, majlis perkahwinan, majlis pembukaan (opening ceremony), majlis reunion, majlis hari keluarga, majlis anugerah dan lain-lain. Semua boleh customize mengikut bajet dan kehendak anda. 


hiasan belon untuk majlis, clown untuk majlis harijadi, belon comel warna-warni, belon menceriakan lagi majlis, belon berbentuk bunga gergasi, idea decoration, balloon decoration,
pelbagai hasil kerja WOW Balloon untuk pelbagai majlis

hiasan belon untuk majlis, clown untuk majlis harijadi, belon comel warna-warni, belon menceriakan lagi majlis, belon berbentuk bunga gergasi, idea decoration, balloon decoration,
TERIMA KASIH daun keladi ye WOW Balloon..!! :)


Silakan usha facebook mereka dan tengok sendiri banyak lagi hasil kerja mereka yang menarik. Jangan tunggu lagi, terus hubungi mereka hari ini untuk dapatkan badut dan belon hiasan bagi menceriakan majlis anda.. :) 

Call or WhatsApp : 017 3133184





Sewa Kanopi Dengan Set Lengkap Di Shah Alam

$
0
0
Apabila kita mula merancang untuk mengadakan sesuatu majlis, perkara paling penting untuk difikirkan tentulah lokasi majlis tersebut ingin diadakan. Nak pilih lokasi ni bukan benda mudah sebenarnya, kerana kita perlu pertimbangkan banyak perkara termasuk jenis majlis (formal atau santai), cuaca, bilangan tetamu, kelengkapan lain dan sebagainya. Jika nak buat majlis tu di rumah, elok la sewa kanopi atau khemah tetamu. Bukan sahaja dapat memberi keselesaan kepada tetamu tapi juga dapat memudahkan tuan rumah.

Sewa kanopi murah di Shah Alam

Di Mana Nak Sewa Kanopi Cantik Di Shah Alam

Bagi anda yang tinggal di Shah Alam atau sekitarnya, anda sangat bertuah kerana ada Majestic Events yang merupakan syarikat pengusaha kelengkapan majlis yang sangat professional. Paling penting perkhidmatan mereka sangat lengkap. Dari pelbagai jenis kanopi, meja, kerusi, kipas, PA system dan macam-macam lagi. Pendek kata anda sebut sahaja apa yang anda inginkan, mereka pasti dapat sediakan. :)

Bentuk dan jenis kanopi serta hiasan boleh disesuaikan dengan apa juga majlis anda. Sama ada majlis bertunang, majlis cukur jambul, majlis sambutan hari jadi, majlis reunion mahupun party tupperware...! semua pun boleh.. hehehehee... :p

Antara perkhidmatan sewaan yang disediakan

Kadang-kala kita yang nak buat majlis pertama kali ni, selalu terlupa tentang hal-hal kecil kan? Contohnya terlupa tentang sarung kerusi, alas meja, lampu, kipas dan lain-lain. Tapi kalau kita berurusan dengan Majestic Events ni tak perlu risau, mereka akan suggest kan semua hal yang berkaitan. 

Maklumlah mereka ni professional dan dah biasa buat macam-macam jenis majlis. Check list mereka dah siap lengkap..! Kita sebagai tuan rumah atau penganjur majlis tentu nak majlis yang berjalan lancar kan, dengan Majestic Events lah semua tu InsyaAllah akan tercapai.

Kanopi Transparent

Tolong pertimbangkan keadaan cuaca semasa ye. Kalau anda buat majlis sebelah malam, mungkin boleh cuba kanopi transparent macam gambar di atas. Nampak cantik dan trendy kan..?


Kalau meja tetamu yang bulat tu dah terlalu biasa, anda boleh juga pilih meja panjang untuk tetamu. Kalau pandai susun atur dan kena pula dengan hiasan, pasti nampak cantik dan ekslusif selain dapat menjimatkan ruang. 

Pasti anda dah tak sabar nak hubungi Majestic Events kan?
Boleh usha-usha dulu website dan facebook mereka melalui link di bawah :

Majesticevents Sdn Bhd
Majesticevents Sdn Bhd
#khemahkahwin

Ataupun boleh hubungi mereka di talian :
Tel: 03-5166 3417 / 012-2978417
Fax:03-51673417

Atau datang terus ke pejabat operasi mereka :
23, Jalan 32/189. Bukit Naga Industrial Park. 40460 Shah Alam. Selangor


terletak molek kanopi merah jambu kami .. :)

1stEFGathering Di Payungi Kanopi Merah Jambu

Sebaik sahaja tiba di lokasi 1stEFGathering pada 19 Mac lalu iaitu di depan rumah Penge'muda' EFG yang terletak di Meru, Klang tu, saya memang agak terkejut dan terkasima juga lah melihat kanopi warna putih dan merah jambu yang tersergam molek. Tak sangka cantik betul kanopi siap scallop tu, Bukan main grand lagi kanopi dari Majestic Events ni 'menyambut' ketibaan kami.

Selain kanopi piramid serta scallop pink dan putih tu, pihak Majestic Event juga telah menyediakan 4 meja bulat, 2 meja banquet, 50 biji kerusi yang siap bersarung dan diikat reben pink (comel kan siap ada reben.. hehehehe..) dan palinnngggg penting sekali siap ada kipas diri yang besar tu dua biji...! Dalam cuaca panas ni kan, kipas memang SANGAT PENTING tau..! Take note ya kepada siapa yang nak buat majlis di waktu siang.. :)

nampak leboh kemas bila kerusi bersarung dan dihias reben

Alhamdulillah, dengan kerjasama yang baik daripada pihak Majestic Event ni majlis 1stEFGathering kami pun berjalan lancar. Memang puas hati dengan perhidmatan mereka dan harap dapatlah kami bekerjasama lagi pada masa akan datang.

Bagi anda yang tinggal di Shah Alam, Klang dan sekitarnya boleh la dapatkan perkhidmatan sewaan kanopi dan kelengkapan majlis daripada Majestic Events. Jangan lupa tau, hubungi mereka segera dan booking tarikh majlis anda hari ini sebelum tempahan sudah 'penuh'....! 

:)


Sekali lagi TERIMA KASIH daun keladi Majestic Events 




Cafe Cerita Kambing Dengan Menu Kambing Bakar Special

$
0
0
Saya dan keluarga kalau bab kambing bakar ni memang jarang mengelak. Tambahan pula kalau sesekali makan kambing bakar ni, makin berselera jadinya. Kambing bakar kalau kena dengan sos lada hitam dan daging kambingnya pula lembut dan tidak berbau hamis, memang laku keras di mana-mana. Ratah kambing bakar begitu sahaja pun sedap walau tanpa nasi.

Soalnya mana nak dapatkan menu kambing bakar yang sedap dan special ni?
Jom kita ke Cafe Cerita Kambing di Anggerik Mall, Shah Alam

Terima kasih Cafe Cerita Kambing

Cafe Cerita Kambing, Anggerik Mall Shah Alam

Lokasi yang sangat strategi memudahkan penggemar menu kambing bakar untuk datang singgah dan menjamu selera. Orang Shah Alam memang tahu sangat Anggerik Mall ni kan, senang nak cari dan kawasan pakir pun mudah dan luas. Masuk sahaja ke dalam Anggerik Mall tu dan cari restaurant Cafe Cerita Kambing ni. Sangat popular di situ.

Selain daripada menu kambing bakar, Cafe Cerita Kambing ada menyediakan pelbagai lagi menu makanan berasaskan kambing seperti kari kambing dan sebagainya. 

Makan Tengahari 1stEFGathering Dengan Menu Kambing Bakar

Alhamdulillah, pertama kali saya dapat merasai keenakkan menu dari Cafe Cerita Kambing ni tentulah semasa 1stEFGathering tempoh hari. Menu makan tengahari kami ditaja sepenuhnya oleh beliau. Makin teruja dan gembira la ahli EFG semua sebab makan lauk kambing hari tu.

Antara menu yang dijamukan kepada kami adalah kambing bakar, kari kambing, ayam masak merah, acar timun, nasi beriani, air sirap sebagai minuman dan pengat pisang sebagai pencuci mulut. Sangat bertuah kan kami dapat menikmati jamuan tengahari yang sangat enak dan memenuhi selera.

kambing bakar
Memang sedap kambing bakar ni bila makan panas-panas. Daging kambing lembut dan tidak berbau hamis. Digandingkan pula dengan sos lada hitam yang pekat dan menggiurkan. Memang ini lah menu yang saya terkam dulu... hehehehee.. :)

acar timun
Acar timun ni pun sedap. Sedang elok je rasanya. Bila kita makan lemak-lemak macam kambing bakar dengan kari kambing tu, acar timun ni buat 'potong' rasa berlemak dan berminyak tu. Baru  la balance.. :)

kari kambing
Mula-mula saya pandang sebelah mata je kari kambing ni, maklum lah mata duk pandang kambing bakar dengan sos black paper tu je kan.. hehehehe. Tapi bila sekali rasa kari kambing ni terus jatuh hati. Lembut giler daging kambing dalam kari ni. Memang sedap meratah. Kalau buat minum petang cecah dengan roti pun sedap tau.. ehhh..! :p

ayam masak merah
Pokchik memang kegemaran sangat ayam masak merah. Memandangkan Pokchik tak makan lauk kambing, jadi ayam masak merah dari Cafe Cerita Kambing ni jadi penyelamat. Pokchik bagi thumbs up untuk ayam masak merah ni. Dia suka dan siap bertambah pula tu.

Tak ada dalam gambar adalah Nasi Beriani yang super lembut dan gebu. Memang sedap jadi peneman kambing bakar. Orang putih kata perfect...! :)

pengat pisang
Walaupun saya kurang gemar makan pengat, tapi melihatkan pisang yang cantik dengan warna kuning diraja tu, rasa melambai-lambai pula ke dalam hati. Menggoda betul. Tanpa berlengah saya cuba pengat pisang Cafe Cerita Kambing ni semangkuk. Sedap, manis dan pekat kuah santannya. Tak cukup semangkuk, tambah pula semangkuk lagi (anggap je saya makan kan bagi pihak Pokchik.. boleh gitu..?? hehehehehe..) 

Alhamdulillah memang berselera kami makan tengah hari tu. Sambil makan sambil berborak-borak dan gelak-gelak pula tu, tak sedar licin dan nasi di pinggan. Terima kasih sekali lagi Cafe Cerita Kambing, InsyaAllah ada rezeki boleh kami menjamu selera lagi.

Bagi anda yang sedang mencari-cari tempat untuk menjamu selera dengan menu kambing yang lazat dan harga berpatutan, sila la singgah ke Cafe Cerita Kambing. Pasti anda akan terpaut hati. Alamat mereka seperti berikut :

Cafe Cerita Kambing 
Level 1, Anggerik Mall, 
Seksyen 14, Shah Alam




Mencandat Sotong T-Shirt Giveaway

$
0
0
Rasa lama pula tak join segmen giveaway kan. Kebetulan ada peluang keemasan yang sangat menarik, terus teruja nak join. Peluang nak dapat menang t-shirt cantik dan bergaya daripada Xcelltravel kan, mana boleh dibiarkan berlalu begitu sahaja..!! hahahahahaaa.. :)

Jom join sama-sama...!

MENCANDAT SOTONG T-SHIRT GIVE AWAY

[by Xcelltravel & Tours Management Sdn Bhd]

Bersempena Musim Mencandat Sotong 2016 dan Tahun Melawat Kelantan 2016 , Xcelltravel & Tours Management Sdn Bhd (Peneraju Pakej Kelantan Tours) ADA menganjurkan Give away melalui Blog www.nazlee.com . Tujuan adalah untuk memperkenalkan kepada umum berkenaan pakej-pakej pelancongan yang disediakan oleh Xceltravel seperti di laman web rasmi mereka xcelltravel.com 

Salah satu daripada pakej-pakej yang ingin diperkenalkan adalah PAKEJ MENCANDAT SOTONG 2016 (KELANTAN) . Jika korang yang berminat 'candat' boleh lah turun mencandat sotong, jika tak dapat turun mencandat tahun ini, kita semua berpeluang menyarung t-shirt mencandat sotong khas daripada penaja (gambar di bawah). Peluang mudah menang dengan cara menyertai MENCANDAT SOTONG T-SHIRT GIVE AWAY ; bermula pada 26 Mac 2016 sehingga 30 April 2016



Terdapat 10 helai t-shirt tersebut untuk dimenangi (10 pemenang) dengan mengikut syarat-syarat  mudah seperti berikut :

1) FOLLOW PAGE FACEBOOK Xcelltravel & Tours Management Sdn Bhd (https://www.facebook.com/xcelltravel/)

2) FOLLOW INSTAGRAM Xcelltravel & Tours Management Sdn Bhd (https://www.instagram.com/xcelltravelofficial/)

3) Buat 1 Entri blog

4) Penyertaan terbuka untuk Blogger Malaysia .

5) Tempoh GA bermula pada 26 Mac 2016 sehingga 30 April 2016

Ok, selamat ber-giveaway !




Viewing all 185 articles
Browse latest View live